₂₂

22 2 0
                                    

Matanya memandang tajam ke arah kereta yang dipandu aeya. Dia berpusing masuk semula ke dalam villa. Raihan tahu pasti ada sesuatu yang dirancang jas, aeya dan anna.

Dia segera mengambil telefon sambil menaip text untuk memberitahu hana. Harapnya hana membaca text yang dihantarnya.

Raihan mencapai kunci motor sebelum mengambil helmet. Separuh mukanya ditutup menggunakan mask hitam. Dia bergerak meninggalkan villa itu ditemani kegelapan malam.

***

Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Sudah selesai staf-staf pulang ke rumah. Anna yang sedang mengemop di hadapan kaunter meletakkan mop nya disisi. Cuma guard yang berjaga di pondok.

Dia berjalan masuk ke dalam pejabat. Selama beberapa jam dia cuba mencari lokasi bilik fail yang menempatkan biodata pembantu-pembantu rumah yang bekerja di villa. Anna masuk ke dalam bilik fail yang terletak di tingkat 2. Matanya memandang segenap bilik itu. Terdapat rak-rak yang berhabuk tersusun. Dia mula membuka laci satu persatu. Beberapa kali dia terbersin akibat debu yang berterbangan.

Tiba-tiba kedengaran suara aeya di atas talian melalui airpod. Finally!

"anna, kau dah jumpa ke fail tu?" tanya aeya yang sedang mengikut  langkah diana dan hana yang baru keluar dari pawagam. Jenuh aeya menunggu.

"aku tengah cari la ni, mana jas?" kata anna. Tangannya laju menyelongkar laci. Kemudian kedengaran suara jas pula menyertai call mereka.

"so macam mana guys?" tanya jas. Sudah dua jam dia menggeledah bilik hana. Cuba mencari sesuatu yang mencurigakan. Kecuali sebingkai gambar.

"aku masih ikut diorang" jawab aeya segera menghidupkan kereta apabila diana dan hana mula menunggang skuter. Aeya menyangka mereka berdua mungkin bergerak pulang.

"aku dah jumpa!" kata anna. Dia membaca fail yang mengandungi biodata milik hana. Tertera nama hana disitu. Anna membuka fail itu untuk memastikan isi maklumat berkenaan hana.

"okay gud! ambil fail tu sekarang! and guess what? aku jumpa gambar hana dengan someone. Tapi aku tak sure siapa, but looks familiar tho" balas jas memegang gambar yang dimaksudkan. Dia terjumpa gambar itu di bawah katil hana. Ada seorang lelaki berdiri di sebelah hana.

"okay ambil gambar tu and kita show semua bukti yang kita jumpa dekat diana after this, aku rasa diorang on the way pulang" balas aeya tekun memandang diana dan hana di atas skuter tidak jauh dari kereta dipandunya. Namun di satu simpang, hana membelok ke satu arah lain. Iaitu arah bertentangan dengan jalan pulang.

"girls! aku rasa hana bawak diana pergi tempat lain"

"what?! diorang pergi mana" tanya anna. Dia mula berjalan keluar dari bangunan itu. Risau guard yang berjaga melihat kelibatnya.

"tak tahu, aku tengah follow diorang" jawab aeya.

"okay aeya kau follow je diorang, kejap lagi aku dengan anna datang jumpa kau" balas jas mengemas apa yang digeledahnya sebentar tadi. Dia menutup rapat pintu bilik hana.

"okay, nanti aku send location" kata aeya. Mereka memutuskan panggilan.

***

"betul ke ni jalan dia?" soal diana dibelakang hana sambil memandang sekeliling. Hana mengajaknya untuk karaoke, dia pun bersetuju.

"betul, nggak lama lagi kita akan sampai" jawab hana fokus menunggang skuter. Diana di belakangnya memegang bahunya.

"kenapa macam seram je? are you sure?" soal diana lagi apabila hana menunggang berhampiran kawasan hutan. Dia seorang yang penakut. Cuma dengan hana dia bergantung sekarang.

Hana tidak menjawab sebaliknya memberhentikan skuternya di tepi jalan. Mereka berdua turun dari skuter.

"kita buat apa kat sini?" soal diana apabila hana terdiam memandang hutan yang gelap itu.

"aku mau cari sesuatu, jangan khuatir. nggak lama" jawab hana memandang diana.

"you nak cari apa malam-malam macamni? jom lah balik" ajak diana seram mendengar bunyi cengkerik dari dalam hutan.

"lepas ini kita karaoke ya, tunggu" balas hana lalu masuk ke dalam hutan bersendirian. Tinggal lah diana berseorangan.

***

"maksudnya, hana ada abang?" soal aeya di dalam kereta selepas jas dan anna tiba. Mereka meneruskan pemanduan untuk mencari diana dan hana.

"haah dekat file ni tulis, dia ada seorang abang. And both of them anak yatim piatu sejak kecil. Hana pernah dibuang sekolah sebab banyak buat kes macam bakar bilik guru and pukul cikgu" terang anna yang membaca isi fail berkenaan hana. Terbuntang mata mereka bertiga mendengar penjelasan anna.

"terok gila perangai" komen jas. Teruk dari elena kot.

"and dia and abang dia kerja dekat syarikat Seminyak's villa" sambung anna lagi.

"so both of them kerja jadi maid la?" tanya aeya.

"maybe" jawab anna. Jas teringat gambar yang dijumpanya tadi. Dia mengeluarkan gambar itu.

"so lelaki yang dalam gambar ni abang dia lah?" jas menunjukkan gambar itu kepada aeya dan anna.

Lagi sekali aeya terkejut. Dia terkejut apabila melihat lelaki yang disebelah hana di dalam gambar tersebut ialah raihan!

"aku rasa ni abang dia" balas anna.

"raihan? raihan abang hana?" soal aeya tidak percaya.

"yes, kenapa?" tanya jas.

"raihan ni lah yang jiran kita tu! dia yang pinjamkan kereta ni" jawab aeya lalu menutup mulut. Rupanya mereka berjiran dengan abang hana!

"omg! korang tak rasa ke yang raihan maybe tolong hana untuk bunuh kita?" teka anna. Jas teringat peristiwa mengintip hana tempoh hari.

"that means orang yang teman hana berbual malam tu, raihan!" jerit jas.

"and diorang plan nak buat benda jahat kat kita!" jerit anna pula. Jas dan anna berpandangan. Bingo!

"sekarang macam mana?" tanya aeya yang masih memandu di jalan raya yang gelap itu. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam.

"kita kena cari diana now! dia dalam bahaya. Comeon! anna call dia, kalau tak dapat text" arah jas. Anna segera mendail nombor diana.

a new life, live, love! Vacation to Bali!Where stories live. Discover now