₂₃

21 2 0
                                    

Sudah 15 minit diana berdiri menunggu hana. Naik lenguh kakinya. Ditambah pula dengan cuaca sejuk. Dia menggosok lengannya. Hatinya risau apabila kelibat hana belum muncul. Pasti jas, aeya dan anna menunggunya di villa.

"diana"

Diana menoleh melihat hana berdiri sambil tersenyum memandangnya.

"hana, kita tak payah karaoke la. Lain kali je la, dah lambat ni. Risau pulak jas, aeya and anna nanti" bebel diana melihat jam tangannya. Sudah beberapa kali anna menelefon, namun diana takut untuk mengangkat panggilan tersebut. Dia berasa bersalah kerana menipu mereka bertiga.

"kamu nggak takut dengan aku?" tanya hana mendekati diana selangkah. Diana berasa pelik dengan soalan hana.

"buat apa nak takut pulak? i tahu you seorang yang baik, i trust you" jawab diana yakin.

Diana mengeluarkan telefon dari bag. Dia membuka chat dari anna.

'please percaya kiteorang this time, dia dengan abang dia ada plan something bad untuk kita. Kiteorang ada bukti yang hana  jahat' - anna

Diana menelan air liur setelah membaca chat dari anna. Dia mengundur setapak apabila hana semakin dekat dengannya.

"kamu percaya sama aku kalau aku seorang yang bahaya?" tanya hana mencuba mendekati diana.

"kau nak buat apa ni?" jerit diana. Dipandangnya sekeliling, sunyi tanpa kereta. Dia harus mencari jalan untuk lari dari hana.

Kedengaran hana ketawa sendiri. Naik seram diana mendengar.

"jangan risau, kamu bilang kamu percaya aku. Ngapain mau takut? kamu percaya sama aku lebih dari temen kamu yang lain kan?"

Diana segera berlari meninggalkan hana di belakang. Telefon di tangannya asyik berdering, namun dia tidak sempat menjawab kerana sibuk berlari.

"kamu fikir kamu bisa lari dari aku?" jerit hana apabila dia dapat memintas diana. Tangan hana segera menarik rambut diana yang panjang itu. Diana tidak sempat mengelak lalu terjatuh di atas jalan raya. Dahinya terkena sebuah batu. Telefonnya tercampak di atas rumput. Diana pengsan tidak sedarkan diri.

"diana!" jerit hana memangku kepala diana. Kelihatan dahi diana mengalirkan darah.

"hana? apa yang terjadi?" tanya raihan yang baru tiba. Hairan melihat diana pengsan di pangkuan hana.

"tolong aku" pinta hana. Raihan menolong hana mengangkat diana.

***

Anna masih berusaha menelefon diana namun masih tidak diangkat. Jas memandang ke luar tingkap mencari kelibat diana. Hampa, belum dijumpai.

"dia angkat call tak?" tanya jas. Anna menggeleng. Mana lah si diana ni?

Tiba-tiba kereta yang dipandu aeya berhenti. Aeya mencuba menghidupkan kereta berkali-kali namun percubaannya sia-sia.

"damn! minyak habis" kata aeya. Jas dan anna mengeluh.

"kita kat mana ni?" tanya jas. Cuma pokok-pokok di sekeliling ditemani kepekatan malam.

"kita kena cepat cari diana before something bad jadi dekat dia" kata anna yang duduk di belakang.

"nak tak nak, kita kena keluar. Maybe dia dengan hana ada dekat area sini ke? Let's try to find them" kata aeya lalu membuka pintu kereta. Jas dan anna berasa gentar namun diberanikan jua.

"takkanlah dia dengan hana kat sini? gelap kot. Dahlah area hutan" kata anna berdiri dekat dengan jas. Jas turut memandang sekeliling.

"maybe dia dekat sini, sebab tadi aku nampak bayang diorang macam kat sini" balas aeya.

"kita try cari" ujar jas. Mereka bertiga berjalan kaki menyusuri jalan raya yang sunyi. Hati mereka berharap diana ada di kawasan itu. Namun tetap sunyi sejak tadi.

"takde pun" kata jas penat. Mereka bertiga berhenti seketika untuk melepaskan penat.

"try call lagi" arah aeya. Anna mendail nombor diana. Telinganya menangkap bunyi deringan telefon di kawasan berdekatan. Anna berjalan sambil menunduk memandang rumput. Dia terjumpa telefon bimbit milik diana.

"guys! diana's phone" anna berpusing memandang ke arah jas dan aeya. Mereka berdua seperti melihat sesuatu dengan gaya menunduk di atas jalan raya.

"anna, i think you should see this" ujar jas. Anna mendekati mereka berdua.

"darah" kata anna gugup.

"yes darah! and kau jumpa phone diana. What does these mean?" bentak aeya. Mereka bertiga terdiam buntu.

a new life, live, love! Vacation to Bali!Where stories live. Discover now