₂₈

30 2 0
                                    

Pagi itu, aeya turun ke bawah menuju ke dapur. Keadaan ruang tamu yang sunyi itu menghairankan hatinya. Selalunya daddy nya duduk membaca surat khabar hujung minggu macamni. Dia bergerak menuju ke dapur.

"kak tuti, mana daddy?" tanya aeya duduk di meja makan. Pembantu rumah, kak tuti yang sedang menyediakan makanan itu memandang aeya.

"tadi tuan faliq dah keluar awal-awal. Nak ambil seseorang dia kata" jawab kak tuti menuang air kopi untuk aeya.

"siapa? selalu nya weekend daddy stay rumah je" kata aeya musykil. Kak tuti tidak menjawab lalu beredar ke dapur. Aeya menjamah makanan seorang diri.

Sedang dia mengunyah makanan, kedengaran kereta masuk di perkarangan banglo. Muncul wajah tengku faliq dan seorang perempuan berwajah manis. Mereka berdua masuk ke dalam banglo beriringan.

"aeya! dah bangun ke?" sapa tengku faliq sambil membawa beberapa beg plastik. Aunty farah dibelakangnya hanya tersenyum kepada aeya.

"dah, daddy pergi mana?" tanya aeya memberikan jelingan kepada aunty farah.

"daddy ambil aunty farah tadi, dia kata nak tolong masak untuk kita harini" jelas tengku faliq yang cuba membuatkan aeya menyukai aunty farah. Susah bebenor.

"aunty takde aktiviti time weekend macam ni, sebab tu aunty datang tolong ni, saje" ujar aunty farah dengan senyuman di bibir.

"kan selalu kak tuti masak, aeya pun boleh masak. Kenapa nak suruh orang luar pulak masak untuk kita?" sindir aeya. Tengku faliq dan aunty farah terkedu mendengar kata-kata aeya.

"aeya kenapa kurang ajar sangat? bukannya salah pun aunty farah tolong. Nanti dia jadi mummy aeya tak lah kekok" balas tengku faliq menahan amarah dengan anak tunggalnya ini.

Aeya menolak pinggan makanannya. Dia segera berjalan naik ke bilik. Bukan dapat apa pun kalau bercakap dengan daddy nya itu. Asyik nak backup aunty farah.

"you sabar je lah, dia masih budak lagi" pujuk aunty farah walaupun hatinya sedikit terguris mendengar jawapan aeya.

"sampai bila dia nak jadi macamtu, tak pandai hormat orang" bebel tengku faliq. Aunty farah hanya terdiam.

***

Aunty farah yang sedang mengangkat pinggan untuk makan tengahari di dapur mengangkat kepala apabila aeya yang sudah bersiap melimpasi dapur. Dia menegur aeya.

"eh aeya? nak pergi mana?" tanya aunty farah. Tengku faliq berada di dalam bilik kerjanya.

Terhenti langkah aeya mendengar teguran aunty farah. Sibuk je nak tau.

"nak keluar"

"jomlah makan dulu, aunty dah siap masak. Lepastu boleh la aeya keluar" pujuk aunty farah namun aeya membalas dengan jelingan.

"tak payah, lagi sedap makan kat luar" balas aeya selamba. Aunty farah terdiam. Tengku faliq yang berdiri di sebalik dinding menyampuk.

"penat tau aunty farah masak, makan la sikit" tengku faliq turut memujuk.Kelihatan aunty farah sudah menundukkan mukanya. Keras betul hati anaknya ini.

"aeya tak suruh pun dia masak, dia yang terhegeh" jawab aeya berani. Tengku faliq berasa berang lalu mengangkat tangannya untuk menampar pipi aeya.

PANG!

Aeya mengaduh kesakitan apabila tangan daddynya hinggap di mukanya. Dia ditampar? Tidak menyangka tengku faliq akan berbuat begitu.

"daddy tampar aeya? waw! nice! so daddy backup dia ni la dari anak sendiri" kata aeya dengan senyuman sinis. Dia berusaha menahan air matanya jatuh.

"aeya, daddy tak sengaja" ucap tengku faliq. Dia tidak dapat mengawal marahnya mendengar ayat aeya tadi. Aunty farah tergamam. Dia berasa bersalah menjadi punca mereka berdua bergaduh.

"waw! daddy backup sangat kan? fine!" balas aeya lalu berjalan keluar dari banglo itu. Tengku faliq sudah tidak menyanyanginya lagi. Dia bertekad untuk tidak pulang ke banglo lagi. Enjin kereta dihidupkan lalu keretanya meluncur pergi.

Dia memandu dengan laju. Air matanya mengalir deras. Dia berasa kecewa dengan sikap daddynya yang mudah berubah. Aeya menghentak stereng kereta.

Ting!

Tangan kirinya membuka clutch di sebelah untuk mengambil telefon. Sebuah text diterima.

'alololo kena tampar ye? auch sakit kan kena marah daddy sendiri?  best nya' - unknown

Aeya menghentak stereng dengan kuat. Kepalanya kusut. Dia memberhentikan keretanya di bahu jalan. Tak pasal-pasal masuk hospital.

a new life, live, love! Vacation to Bali!Where stories live. Discover now