₂₁

24 2 0
                                    

Diana turun ke bawah setelah mendapati jas tiada di dalam bilik. Begitu juga dengan aeya dan anna. Mana pulak pergi pagi macamni?

Kemudian dia berpusing di ruang tamu mencari kelibat mereka bertiga, tiada sesiapa. Telinganya menangkap suara ketawa dari kolam renang. Dia menghampiri kolam renang. Kelihatan jas, aeya dan anna sedang mengadakan floating breakfast.

"eh hi diana! baru bangun?" sapa aeya. Diana mengangguk.

"aku ingatkan korang ke mana tadi" balas diana.

"tak lah kiteorang saja nak breakfast dalam swimming pool" balas anna sambil tersenyum. Diana hanya mengiyakan.

"so what's your plan today?" tanya jas sengaja ingin mengetahui aktiviti diana.

"tak tahu lagi, maybe petang sikit pergi mall. Not confirm yet, why?" soal diana kembali dengan kening terangkat.

"tak lah tanya je" jawab aeya laju.

"nak kiteorang temankan ke?" tanya anna. Segera diana menggeleng.

"tak payah, tak lama pun" balas diana.

"okay then" jawab jas.

Diana pun beredar ke dapur mencari hana. Dia sebenarnya sudah berjanji dengan hana untuk menemani hana keluar hari ini. Diana tidak mahu memberitahu jas, aeya dan anna kerana dia tahu pasti mereka bertiga akan melarang perbuatannya. Dia cuma berkawan dengan hana.

"jadi ya rancangan kita hari ini mau keluar?" tanya hana membawa segelas susu. Dia menyerahkan kepada diana.

"ofcourse jadi, hari ni kita shopping puas-puas tau" jawab diana sambil tersenyum.

***

Matanya memandang bangunan di hadapannya. Anna sudah tiba di syarikat Seminyak's Villa. Tujuannya untuk menjalankan rancangan mereka malam itu. Mujur syarikat pelancongan yang menaja mereka ini tidak jauh dari villa.

"guys, aku dah sampai" kata anna. Dia sedang bercakap dengan jas dan aeya di atas talian menggunakan airpod. Rambutnya dibetulkan agar airpod di telinga tidak kelihatan.

"okay now kau masuk, cari jalan untuk ambil file pasal info hana" arah jas. Dia menyerahkan tugas itu kepada anna kerana anna pintar bab menyelinap masuk dan mencuri fail.

"and make sure, takde siapa yang kenal kau. Termasuk pak wayan" aeya mengingatkan anna. Anna berjalan masuk ke dalam bangunan itu. Dia berjalan seperti biasa.

Kelihatan para pekerja sibuk melakukan tugas masing-masing. Ada yang sibuk menguruskan pembayaran, ada yang sibuk menaip sesuatu.

Anna terpandang seorang perempuan yang sedang berbual dengan seorang pelanggan di kaunter. Ini peluangnya. Dia harus berjalan melimpasi kaunter tersebut untuk masuk ke dalam pejabat. Harap-harap perempuan itu tidak perasan kehadirannya.

Kepalanya ditundukkan sedikit. Anna berjalan seperti biasa. Lagi beberapa langkah dia akan tiba di dalam pejabat. Kemudian dia ditegur.

"kamu pekerja baru yang dibilangin pak sarto ya?" sapa perempuan yang berdiri di kaunter. Damn! Anna segera menoleh ke arah perempuan itu sebelum mengangguk.

"dari tadi saya nungguin kamu, sepatutnya kamu udah mulai bekerja jam 6 petang tadi" kata perempuan itu seperti membebel. Anna menggaru kepalanya, tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Perempuan tersebut berjalan ke dalam pejabat. Dia berhenti melangkah apabila melihat anna masih tidak bergerak.

"ayok! nanti di marah!" gesa perempuan itu. Anna mengikut langkah perempuan itu masuk ke dalam pejabat. Akhirnya anna berjaya masuk ke dalam pejabat.

Sebaik tiba di hadapan tandas, perempuan tersebut menyerahkan mop dan baldi kepada anna.

"apa ini?" tanya anna blur.

"kamu kan pekerja baru cleaner, buat bagus-bagus ya kalau mau balik awal" pesan perempuan itu lalu pergi.

"aku pulak yang kena jadi cleaner harini, ish!" rungut anna bersendirian. Dia mula mengemop pejabat itu sambil matanya tajam mencari bilik fail.

***

"terputus pulak" kata aeya menekan telefonnya untuk mendail anna sekali lagi. Masih tidak diangkat. Begitu juga jas.

"maybe bad signal kot" balas jas. Aeya mengeluh. Tiba-tiba mereka berdua terdengar bunyi kaki seseorang. Jas dan aeya segera memejamkan mata. Buat-buat tidur.

Diana hairan melihat jas dan aeya yang berbaring di atas sofa di ruang tamu. Malas dia nak bangunkan.

"udah ya?" tanya hana muncul dari dapur. Diana mengangguk. Mereka berdua bersiap untuk keluar shopping bersama. Diana ingin membawa hana makeover serta menonton wayang.

"are you ready for shopping?" tanya diana gembira.

"yes!" jawab hana excited. Mereka berdua berjalan beriringan keluar. Hana menghidupkan skuternya, diana membonceng dibelakang.

Setelah skuter dinaiki diana dan hana sudah pergi, jas dan aeya membuka mata.

"tadi dia tak cakap pun nak keluar dengan hana" kata jas apabila mendapat tahu diana keluar dengan hana.

"aku tak tau motif dia but aku pergi dulu, kau tau kan apa nak dibuat?" tanya aeya mencapai kunci kereta. Tugasnya ialah mengintip pergerakan diana dan hana. Takut hana nak buat benda jahat.

"yep, anything bagitau tau" pesan jas. Aeya mengangguk lalu memandu kereta dengan laju. Jas meraup mukanya sebelum melakukan tugasnya pula.

a new life, live, love! Vacation to Bali!Where stories live. Discover now