₂₄

24 2 0
                                    

Keesokan harinya, jas, aeya dan anna mendapat panggilan dari pihak Hospital Bali tentang kemasukan diana ke dalam hospital malam tadi. Sudah semalaman mereka bertiga buntu mencari jalan untuk mencari diana. Mereka bergegas ke hospital.

"diana are you okay?" sapa jas setelah melihat diana yang duduk di atas katil ditemani seorang jururawat yang menukar balutan di kepala diana.

Diana berasa terkejut mendengar sapaan jas bersama aeya dan anna. Dia berasa bersalah atas penipuan malam tadi. Kalau dia tidak menipu, pasti benda ini tidak terjadi.

"apa yang jadi?" tanya anna memandang diana. Diana mengeluh seketika.

"aku okay jer"

"betul ni?" aeya memegang tangan diana. Mereka bertiga risau akan kesihatan diana.

"sorry girls sebab susahkan korang" balas diana menunduk.

"manada susahkan! kiteorang risau tau tak?" kata jas geram.

"takpe yang penting, you are safe now" balas anna tersenyum. Diana turut tersenyum.

"bila discharge?" tanya aeya.

"hari ni" jawab diana.

"nice, dah boleh balik" kata jas gembira.

"tapi kau dah call mama kau about this?" soal anna. Puan ariana wajib tahu pasal ini.

"dah. By the way sikit je ni" tipu diana. Dia tidak mahu mamanya risau sampai nak datang menjenguknya.

"manada sikit sampai berdarah ni" marah jas. Diana tersengih.

"siapa yang hantar kau kat sini? hana?" aeya memandang diana. Dia ingin tahu.

"after aku bangun, doktor cakap hana yang hantar aku malam tadi but dia dah lari dengan someone. A boy. Macam mana korang tau aku keluar dengan hana semalam?" ujar diana. Jas, aeya dan anna berpandangan.

"aku follow kau semalam, kiteorang risau" jawab aeya.

"hana lari dengan abang dia" kata anna. Diana terkejut kerana dia tidak pernah tahu hana mempunyai abang.

"really?"

"yes, and semalam anna berjaya curi fail pasal hana and guess what? dia pernah kena buang sekolah sebab banyak kes" terang jas menunjukkan fail maklumat hana. Diana membaca isi fail tersebut.

"serious ah? omagad" respon diana.

"and i found this" jas menyerahkan gambar yang dijumpanya semalam. Diana memandang gambar itu.

"macam familiar tapi kat mana?" tanya diana.

"dia jiran kita" jawab anna.

"tapi kenapa abang dia biarkan hana jadi maid rumah kita eh?" tanya diana musykil.

"takpelah yang penting you are safe with us" kata aeya tersenyum lalu memeluk diana. Jas dan anna turut berbuat begitu. Diana berasa terharu dengan sikap jas, aeya dan anna.

***

Malam itu, insp ranea datang ke villa untuk menjenguk keadaan mereka berempat. Jas, diana, aeya dan anna duduk berkumpul di ruang tamu.

"how are you guys? okay?" tanya insp ranea setelah duduk. Muka jas, diana, aeya dan anna dipandang.

"we're okay" sahut jas. Harap insp ranea tidak mengetahui apa yang berlaku sebelum ini.

"maaf ya, saya sibuk sama kes baru. Di pejabat Seminyak's Villa terdapat pencerobohan. Mereka mendapat tahu yang bilik fail pekerja hilang, kami mau mencari tahu siapa yang pecah masuk pejabat itu" terang insp ranea. Jas, diana, aeya dan anna terdiam. Anna menelan air liur.

"udah ketemu ya pesalah itu?" tanya anna. Dia mengawal gugup. Insp ranea menggeleng.

"belum, masih dicari. Untuk pengetahuan kalian juga, beberapa orang pembantu sudah melarikan diri. Termasuk hana, pembantu rumah kalian dan raihan, pembantu rumah sebelah" ujar insp ranea lagi.

"pembantu rumah?" tanya aeya. Dia baru tahu raihan juga bekerja sebagai maid. Damn!

"pihak polis masih nyiasat apa yang berlaku, tapi kalian jangan bimbang nanti pihak villa akan sediakan kalian pembantu rumah yang  baru"

"takpayah inspektor, kiteorang okay je" jawab diana laju. Jas, aeya dan anna segera mengangguk.

"baik, dahi kamu kenapa diana?" soal insp ranea hairan memandang dahi diana berbalut.

"biasalah, terjatuh sikit" balas diana.

"get well soon, sebaiknya kalian jangan keluar dahulu. Keadaan luar amat bahaya untuk kalian, suspek membunuh luna ada dimana-mana" pesanan insp ranea mendapat anggukan mereka berempat.

"baik inspektor" jawab jas.

"tapi jika ada info apa-apa, just give me a call dan ingat, jangan lakukan hal yang bukan-bukan. Nanti kalian nggak bisa pulang ke malaysia"

Jas, diana, aeya dan anna mengetap bibir. Namun diangguk sahaja. Insp ranea meminta diri untuk pulang.

"now macam mana? fail tu dekat kita. Kalau polis tahu habis kita tau!" kata anna sebaik mereka berempat berkumpul di meja makan.

"kita letak lah balik dekat office tu" jawab jas.

"macam mana nak letak kalau polis tengah siasat siapa yang ambil fail tu. Kita boleh kena tangkap tau" jawab anna serabut. Menyesal pulak dia menceroboh tempoh hari.

"kita sorok je lah fail tu" cadang aeya pula. Malas nak bergaduh.

"haah, kita ambil fail tu pun sebab nak tahu info pasal hana, kalau tak dia masih serumah dengan kita tau" ujar diana. Nasib baik dia tidak terpedaya dengan lakonan hana.

"takpe anna, atleast kita dah tahu the truth. Manalah tau si hana tu dari malaysia ke menyamar jadi maid bila datang sini" balas jas berfikir. Anna turut memikirkan kata-kata jas.

"ke dia ada kena-mengena dengan pembunuhan luna? maybe dia yang hantar text before ni sebab dia serumah dengan kita and dia tahu apa yang kita buat everyday" kata aeya yakin. Mungkin betul.

"maybe, thank god kita dah singkirkan awal-awal" ucap diana. Mereka berfikiran positif.

Ting!

Diana mengeluarkan telefonnya untuk membaca notification yang baru diterima.

'thanks girls sebab singkirkan hana! makin senanglah nak jalankan strategi untuk balas dendam dekat korang - unknown

Jas, diana, aeya dan anna berpandangan sesama sendiri. Mereka tersilap langkah.

a new life, live, love! Vacation to Bali!Where stories live. Discover now