f o u r t e e n

120 18 3
                                    

『 ► now on air : h

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

now on air : h. y. g.

|| chapter 14

"Aaron, are you okay? You look so pale." Bahu Aaron disentuh lembut, mengejutkan si jejaka yang ralit mengelamun.

"Hah? Ah, I'm fine." Nafinya lalu mengukirkan senyuman nipis, sedaya upaya meyakinkan Adalyn bahawa tiada apa-apa yang terjadi. Anda fikir Adalyn begitu bodoh untuk tertipu?

Tidak sama sekali.

Namun Adalyn malas hendak memanjangkan cerita, segelas jus oren yang diminta Aaron tadi disua. "Kalau ada apa-apa janganlah simpan. Share, aku ada kat sini."

Abangnya menarik rapat Adalyn ke sisi. Bahunya dipeluk. "Untung siapa dapat adik aku ni." Adiknya berdecit, hidungnya dicuit. "Untung siapa dapat abang aku ni." Mereka berdua ketawa bersama.

+ hyg +

"Hek eleh kau-" perbualan Adalyn dan Jungkook mati saat telefonnya berdering dahsyat. "Boyfriend baru lah tu." Kening gadis itu terangkat, bibirnya menyinggung senyuman sinis.

"Pandai pun."

Mata Jungkook membulat. Tangan yang menongkat dagu dari tadi terjatuh. Adalyn dengan selamba taik lembu menjawab panggilan dari Aaron.

"Helo, sayang."
"Ini.. cik Adalyn ke?" Senyumannya terus mati.
"Ya, saya Adalyn. Mana Aaron?"
"Tuan Aaron dalam keadaan kritikal. Dia kemalangan tadi. Cik boleh datang sekarang? Saya cuba call Tuan Davis tapi tak angkat."
"B-baik, hantar saya location. I'll be there now." Panggilan ditamatkan.

"Aaron ke?" Jungkook menjeling dan tersengih, banana uyu ditangan disedut dengan straw Cooky limited editionnya. "A-aku nak pergi hospital." Beg terus digalas, kaki pantas diayun ke luar dewan kuliah. Langsung tak peduli kelasnya akan bermula dalam beberapa minit lagi.

"Ad! Adalyn!"

Jungkook juga tak duduk diam, beg terus dibawa bersama mengejar derapan pantas Adalyn. "Adalyn! Kelas nak start kot!" Tangannya ditarik, namun gadis itu merentap ganas.

"Stop, shit! Abang aku accident!" Jeritnya dengan mata berkaca. Keretanya diunlock dari jauh. Adalyn terus berlari meninggalkan Jungkook kelu sendirian. "J-jap, jap, Ad!" Dia terus mengejar dan berhenti di pintu tempat pemandu.

"I'll drive."

Adalyn merengus. Kedua-dua mereka memboloskan diri ke dalam kereta. Jungkook tak betah berlama-lama, terus menghidupkan enjin dan memecut laju ke hospital.

"Awak.. yang telefon saya tadi ke?" Adalyn menegur seorang gadis yang sedang duduk sambil tertunduk di hadapan dewan bedah. Gadis itu mendongak dan terus berdiri. "C-cik ni cik Adalyn?" Dia mengangguk. "Aaron macam mana? Okey?"

"Saya tak tahu. Doktor tak keluar lagi."

Adalyn mengeluh berat. "It's okay. What's your name?"

"Saya Yunha." Yunha mengukirkan senyuman nipis. "Thank you sangat-sangat, Yunha. Awak pergilah, balik berehat. Saya boleh tunggu-"

"Takpe, cik Adalyn. Saya tak boleh tidur fikirkan keadaan Tuan Aaron sekarang." Adalyn mengangguk, akur sahaja. Siapa je boleh tidur bila orang terdekat kita tengah bertarung nyawa dalam bilik bedah?

Adalyn berjalan ke arah Jungkook yang berdiri agak jauh dari mereka berdua. "Abang kau macam mana?" Adalyn menggeleng. "Tak tau. Tapi dia kritikal. Hiks.. a-aku kena call Papa.."

"Ad.. please don't cry.." bahunya diusap, memberi sedikit semangat. Adalyn mengangguk dan menyeka air mata. Dia mula mendail ayahnya.

"Hi, gorgeous. Kenapa call Papa ni? Takde kelas ke?"

"P-papa.. A-Aaron.."

"Ad sayang? Kenapa dengan Aaron- are you crying?"

"Pa.. A-abang accident, pa.."

"G-gosh.." Adalyn tertunduk, Jungkook segera menariknya ke dalam pelukan suam.

"P-papa come here, please.."

"O-okay. Papa datang sekarang. J-just send me the location."

"A-Aaron dalam dewan bedah sekarang.. d-dia kritikal.."

"Sayang, sayang Papa. Listen. Stop crying, start praying. Praying for Aaron. Will you do it for your brother, Adalyn?"

"I-I will, Papa."

Ayahnya menamatkan panggilan. Tangisan lirih mula bergema di lorong sunyi itu. "Ad.." Jungkook bersuara, mula menyusun kata untuk menenangkan gadis itu.

"A-aku t-takut-"

"Shhhh, this is not you, Adalyn. Adalyn yang aku kenal kuat. Dia bukan macam ni." Jungkook dipeluk erat. "When Aaron felt a pain, I felt that too. He's a part of me, Jungkook."

Belakangnya diusap-usap. "Ingat Papa kau cakap apa tadi? Pray for Aaron. Doakan yang baik-baik."

"Cik Adalyn!"

Pelukan terlerai. Pandangan mereka berdua teralih ke arah Yunha yang sedang menggamitnya. Terlihat seorang doktor baru keluar dari dewan bedah.

Mereka berdua berlari ke arah doktor itu. "Doktor, doktor, abang saya macam mana doktor? Dia selamat?"

"Encik Aaron.."

❚❚ to be continued : h. y. g.

edited. 060621.

✓ hate your girlfriend | jjk.Where stories live. Discover now