Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Lepas ni dah chapter last. Korang nak happy ending ke sad ending?
『► now on air : h. y. g. 』
|| chapter 15
"Aaron.. kau nak aku belikan apa-apa?" Aaron menggeleng lembut seraya mengusap pipi gebu milik Adalyn. "Dah. Kau takyah risaulah. Pergi balik. Kesian Jungkook tu. Sampai tertidur dia tunggu kau."
Pujuknya lembut lalu mereka berdua melirik Jungkook yang tertidur di sofa. "Takpe ke?" Abangnya ketawa halus. "Takpe. Aku kan dah besar. Aku taulah nak jaga diri." Adalyn berdecit dan menggeru lengan Aaron. "Kalau pandai jaga diri macam mana boleh accident?"
"Itu langgar lari, I guess. Entahlah, aku tak ingat sangat."
Gadis itu terpempan. Langgar lari? Siapa yang berhari busuk nak langgar Aaron sampai macam ni sekali?
"Dah dah. Pergi kejut Jungkook tu. Pergi balik." Adalyn mencebik. "Yelah." Dia bangun dan berjalan ke arah anak Jeon. Bahu jejaka itu ditepuk. "Kook, jom. Balik."
Jungkook menggosok-gosok mata lalu mendongak memandangnya. Adalyn menahan ketawa, comel sangat muka mamai Jungkook.
"Balik?"
Adalyn mengangguk. "Jom." Mereka bergerak pulang tanpa sebarang tutur kata. Tuan Davis dah datang tadi, tapi dia terpaksa kembali ke pejabat atas urusan penting. "Kau nak dinner?"
+ hyg +
"Langgar lari? Ada orang tak suka abang kau ke?" Adalyn mengangkat bahu. Dagunya ditongkat, keluhan dilepaskan. "Entah dia. Tapi dua tiga hari ni nampak macam dia risau pasal something."
Jungkook melarikan pandangan dan menggigit bibir. "Kau nak cari siapa dalang kes langgar lari ni? Aku ada sorang kawan, dia polis. Kita boleh tengok cctv. Kau boleh cek phone Aaron. Amacam?"
Adalyn tersenyum. "Thanks, Kook. Aku appreciate sangat-sangat." Mereka senyum sesama sendiri sebelum tertunduk malu.
Halah halah.
"Takyahlah. Kau apahal senyum kat aku macam tu?"
"Eleh, kau pun sama je. Tak sedar diri."
Mereka berdua ketawa perlahan.
+ hyg +
"Member aku tu dah cek dah, number plat kereta tu kabur sikit. Phone Aaron kau dah cek?" Adalyn mengangguk laju sambil mengeluarkan telefon dari beg. "Ni, ada mesej dari unknown number. Dia ugut nak ganggu aku. Aku rasa dia dah delete chat sebelum ni."
Unknown Number Hutang kau dengan aku tak selesai lagi. 27/2, 18:52 p.m.
Kalau kau tak datang, aku takkan biarkan Adalyn selamat. 27/2, 18:53 p.m.
Your choice, Aaron sayang. ;) 27/2, 18:53 p.m.
Jungkook menggaru-garu rambut. "Kau dah cek nombor ni?" Gadis itu menggerakkan kepala ke atas dan kebawah. "Aku tak kenal. But I guess it's a girl. Patutlah nampak macam dia risaukan something sebelum ni."
"Oh.." Jejaka itu menghirup macchiato. "Thank you tau. Aku nak kena gerak ni. Nak singgah hospital kejap." Jungkook mengangguk dan menghantar pemergian Adalyn dengan pandangan.
Telefonnya tiba-tiba berdering, segera panggilan itu diangkat.
"Kau kat mana?!"
"Aish, sabarlah. Aku baru habis lunch dengan Ad. Apa? Excited sangat ke? Hah?"
Jungkook menolak pipinya dengan lidah. "Berjanggut konon. Dah, duduk situ diam diam. Nanti daddy sampai, okey?"
Panggilan terus tamat. Jungkook ketawa perlahan. "Dasar plastik. Cakap je nak Jeman. Last-last cari aku jugak." Beg galasnya diambil, langkah disusun ke kereta.
+ hyg +
"JAP! JAP! JAP! ADALYN DAVIS!"
"WOI AKU KAT SEBELAH KAU JE LAH!" Kepala Jimin dilepuk kuat. Jimin pula tersengih comel, terlalu teruja. "Aku dapat track nombor tu." Mata Adalyn membulat. "IYA? MANA? MANA?!!" jeritnya nyaring di telinga Jimin.
Amek kau.
"YAISH! KAU NI TELAN MIKROFON KE APA! Ni, dia sekarang tengah on the way- eh. Ini kan jalan nak pergi rumah Taeyong."
Mereka berbalas pandangan.
"Kenapa dia nak pergi sana?"
"Harini kan Taeyong ada buat birthday party girlfriend dia." Jimin mencebik dan mengurut bahu yang kelenguhan. "Kejap, aku rasa aku boleh track number plat kereta ni. Jap."
Adalyn menyandarkan badan pada kerusi. Bibir comelnya menghela keluhan kecil. "DA FISH MAN"
"ASAL WEH ASAL?"
"Ini nombor plat kereta Jungkook siaa!"
Mereka berdua terdiam, segala-galanya menjadi semakin kusut dan berterabur. "Girlfriend baru dia ke?" Jimin mengangkat bahu. "Rasanya." Adalyn menggeleng-geleng.
"Bulan ni je dah 25 orang aku psiko, kau tau tak? INI JE DAH GIRLFRIEND DIA YANG KE 26! Sehari berapa ramai perempuan dia mengorat odoe"
Jimin juga tak terlepas untuk mengeluh dan menghantukkan kepala pada keyboard laptopnya. Adalyn menggertap rahang, amarahnya terhadap gadis yang menjadi punca kemalangan Aaron tiba-tiba membuak-buak.
Dia terus bangun dengan wajah ketat. Terkejut Jimin dengan bunyi kerusi terjatuh kerana Adalyn yang berdiri terlalu ganas.
Eh? Asal ayat aku macam ni?
K abaikan.
"Ad? Kau.. jangan nak pergi-"
"CIAO. AKU NAK SUMBAT PEREMPUAN TU DALAM LUBANG KUBUR."