『 ► now on air : maniac 』
|| chapter 9
Drrt.. drrt..
"Ad?"
"J-j-jimin.."
"Ad, kau okey tak ni?"
"Uh.. a-aku nak jumpa kau, pukul 9 nanti. B-boleh?"
"Okey, aku boleh je. Kau kat mana ni, Ad? Apasal kau gagap ni?"
"N-nantilah aku cerita. Nanti aku text kat mana nak jumpa."
"Okey.." Panggilan diputuskan. Adalyn menelan perit liur sebelum menurunkan tapak kaki, memijak lantai marmar yang sejuk. Pakaiannya yang bertaburan di atas lantai dikutip, pipi yang sudah basah dengan air mata dilap kasar. Tuala yang tersidai di sofa berdekatan dicapai dan dililit menutupi badan.
Darren yang masih nyenyak tidur dipandang. Gadis itu terus berpaling dan bersiap dengan pantas untuk keluar dari situ.
+ maniac +
"Come on, bagitahulah. Kenapa mata sembab ni? Kau nangis, eh? Ni- oh my god-" Mulut becok Jimin ditekup dengan tangan sebelum jejaka itu dihadiahkan jelingan maut.
Dua aiskrim Magnum White Almond diambil dan dibayar di kaunter. "Ambillah satu, kau punya."
"Yeay!" Jimin tersengih gembira seperti anak kecil. Aiskrim Magnum itu dinikmati dengan bahagia.
"Hmm, cakaplah. Macam mana semalam? Darren okey tak?"
Adalyn mengeluh. Kesan hickey di bahagian bahunya diselak. "Ni yang aku dapat. Kau nak apa?"
Jimin tergamam seketika. "Dia ada cakap apa-apa?"
"He'll let me go as long as aku ikut je semua cakap dia." Jimin meraup wajah pasrah.
"Gila ke apa hah Darren tu? Apa masalah dia do? Eii, kalau aku jumpa dia dah lama aku- eyy haa maghoh la ni maghoh."
Dia menghentak kaki geram dan menggigit aiskrim sampai tinggal separuh sekali ngap.
"Oh ni. Aku pun ada nak bagitahu something jugak dekat kau. Jangan potong cerita aku, eh?"
Ting!
"Jap." Adalyn mengeluarkan telefon pintarnya dari poket. Ada mesej dari nombor yang tidak dikenali. Gambar..? Kening bertaut, gambar itu dibuka. Adalyn terdiam, mati kata. "Ad..?"
"Kook.. dah jumpa yang b-baru, eh?" Jimin menepuk dahi. Ni benci ni haa. Rambut perangnya dikuak ke belakang. "Ini yang aku nak bagitahu kau, Ad. Dengar dulu cerita dia-"
"S-sampai h-hati dia."
Jimin tersandar. Mampus aku macam ni.
+ maniac +
Jimin menepuk bahu Jungkook yang tersenyum-senyum memandang skrin telefon. "Sophia, eh?" Dia mengangguk perlahan dan mengukir senyuman. "Piza dah sampai dah?"
Jimin menggeleng. "Belum. Kook, aku ada benda nak bagitahu kau ni. Aku nak kau pasang telinga kau elok-elok, buka pintu hati kau dan jangan berani nak menyampuk cakap aku."
Bibir Jungkook tercebir halus. "Apa?"
"Pasal cerita sebenar hubungan Ad dan Darren."
Mata Jungkook terguling ke atas. Tak habis-habis isu ni yang dibangkitkan. "Tak habis lagi ke? Aku lemaslah."
"Dengar dulu, Jeon Jungkook." Anak Jeon mengunci bibir saat suara Jimin mulai berubah, macam marah pun ada. Geram pun ada.
"Ad jadi girlfriend Darren sebab dia terhutang budi dengan lelaki tu. Darren yang minta, kalau tidak Ad kira berhutang lagi dengan dia.
"Mula-mula memang dia berat hati sebab dia fikir pasal kau. Tapi dia kenal kau siapa. Kau akan ambil balik apa yang kau punya.
"Jadi Ad setuju, sebab dia yakin dengan kau, yang kau akan bawa dia pergi dari Darren. Turns out, kau dan Ad terserempak. Salah timing pulak tu.
"Kau dah salah faham. Kau cakap Ad itu, Ad ini. Kau give-up dengan dia, lepastu kau pergi dekat Sophia pulak. Lupakan Ad macam tu je.
"Kook, Ad sayang kau. Dan aku tahu, kau pun sayang dia lagi. Darren dah makin gila, Kook. Dia sentuh Ad ikut suka dia.
"Bila dia rasa dia nak baham si Ad tu, dia baham je. Dah tak peduli perasaan Ad. Kau tak kesian dekat dia ke? Kau sayang dia kan?"
Panjang lebar Jimin memberi tazkirah pada Jungkook, dengan harapan sahabatnya itu membuka mata semula. "Habis, Sophia?"
"Kau kenal Ad lagi lama atau Sophia lagi lama? Semuanya terpulang dekat kau. Kalau kau rasa kau nak pertahankan Ad dan cinta kau, itu hak kau.
"Kalau nak tengok Ad kena seksa berterusan dengan Darren tu, terpulang. Kau yang pilih." Jimin bangun dan terus keluar dari bilik Jungkook.
Dia diam, mencerna setiap butir bicara Jimin sebentar tadi. "Ad.." Wajah diraup kasar.
+ maniac +
"Dia dah bencikan aku. Haha."
Adalyn berkelakuan pelik sejak petang tadi, selepas pulang dari bertemu Jimin. Dia hanya berkurung seorang diri di dalam bilik, langsung tak keluar bertegur sapa dengan ahli rumahnya yang lain. Walaupun dengan Papanya sendiri.
Dalam bilik dia terbaring diatas katil, memerhatikan siling dan mengingati setiap memorinya dan Jungkook, dan tak lupa juga Darren. Dia cuma ketawa sedang air mata menitis tanpa henti.
Adalyn bangun dan mengeluh. Gunting tajam di atas meja belajarnya dipandang lama. "It's been a long time since I touched someone's neck with that scissors.." Dia tersenyum lebar, persis seorang psiko.
Membayangkan gunting itu menyelusuri kulit tubuh Sophia, senyuman Adalyn semakin lebar.
『 ❚❚ to be continued : maniac 』
edited - 060721.
YOU ARE READING
✓ hate your girlfriend | jjk.
FanfictionSeorang ais batu, seorang lagi lava gunung berapi. Haih. 2020 © JIMENGKIM