Daddy Issue
❝Let's misbehave❞
____________________
TAEHYUNG memberhentikan keretanya di halaman rumah banglo tersebut.
Untuk seketika, suasana hening tercipta didalam kereta. Harley menjadi panas punggung, jantungnya sudah berdegup kencang.
Dia takut namun dalam masa yang sama dia tertanya- tanya.
Dahinya berkerut menoleh ke tempat duduk pemandu.
Taehyung cuma duduk diam disitu, dia membuka seatbelt lalu menyandarkan tubuhnya padan kerusi.
Sengaja rambutnya yang agak panjang itu dia raup ke belakang, menampakkan dahinya serta keningnya yang mempunyai parut dihujung.
“So, what are you waiting for baby girl?” soal Taehyung dengan nada suara yang agak sensual, bibir bawahnya digigit membuatkan lelaki itu nampak terlalu seksi saat itu.
Harley terkebil- kebil.
Waw, t- tak sangka Taehyung boleh tahan hot juga, bisik Harley seraya menggeleng kepalanya. Mahu menghilangkan bisikan nakal tersebut.
“Sa- saya tukar fikiran!”
“Harley, kalau aku dah mulakan, tak boleh berhenti.” ucap Taehyung sebelum merapatkan tubuhnya, bahu Harley dia tahan agar tak meronta.
Sengihan nakal terbit di hujung bibir Taehyung, rambut panjang yang menutupi bahagian dada Harley itu dia selak sebelum leher gadis itu dia sentuh.
“Kau sedia disentuh oleh lelaki selain Jungkook?” soal Taehyung, sengaja mahu mengingati gadis itu yang dia milik Jungkook.
Namun Harley cuma diam, bibirnya diketap, tanpa sempat dia mahu mengulas lebih lanjut tentang perkara itu, bibirnya sudah dikecup kasar oleh Taehyung.
Pergelangan tangan Harley ditahan sementara satu lagi tangan Taehyung dengan nakalnya mahu melepas cardigan yang menutupi bahu gadis itu.
Harley pejamkan mata, ciuman Taehyung dibalas namun untuk beberapa saat bunyi ketukan di tingkap kereta menghentikan segala perbuatan mereka.
Harley menoleh keluar tingkap, disitu ada seorang wanita sedang menggelengkan kepalanya lalu membuat tanda 'X' menggunakan lengannya.
“Ahh eomma, bu- buat apa kat luar? Eomma masuk dulu, nanti Tae masuk.” gelabah Taehyung membetulkan rambut serta bajunya yang kusut bila mamanya memberikan tatapan tak suka.
“Kenalkan dekat mama dulu!” ucap wanita itu seraya melambaikan tapak tangannya pada Harley lalu dia melangkah masuk kedalam.
YOU ARE READING
[S1&S2] Daddy Issue ✓
Random[Remake version of Suami Untuk Disewa.] "I'm not your daddy." "Jadi kenapa awak 'beli' saya kalau tak nak kena panggil daddy?" Dibeli oleh seorang lelaki kaya dan muda, Harley berfikir bahawa lelaki itu mahu menjadi sugar daddy bagi dirinya. Namun l...