My Baby,
Your Daddy.“MOMMY.”
Teguran dari Rania buatkan Harley yang mengelamun itu sedikit tersentak. Di hujung tangga, Rania sedang memandang dirinya dengan mata bundarnya.
“Ya, sayang?”
“Boleh Nia tanya pasal Daddy?”
“Nak tanya apa? Daddy Tae kan tengah mandi, kenapa tak tanya tadi?” soal Harley, Rania menggeleng kecil. Punggung dilabuhkan pada tempat kosong disamping Harley.
“Nia memang ada niat nak tanya Daddy tadi, tapi Daddy macam marah- marah. Nia tak jadi nak tanya. Mommy gaduh dengan Daddy Tae ke?” soal Rania polos.
Harley mendiamkan diri, pipi Rania diusapnya perlahan sebelum dia menggeleng kecil.
“Tak adalah, sayang. Daddy busy kerja kot.” jawab Harley sambil melemparkan senyuman kecil pada Rania.
Terpaksa berbohong supaya Rania tak terganggu. Yalah, masa balik tadi pun, Taehyung direct saja masuk kedalam bilik tanpa mengucapkan sepatah kata.
Wajahnya ketat dan nampak macam akan marah pada bila- bila saja.
“Nia nak tanya apa tadi, sayang?” soal Harley menukar topik.
“Nia nak tanya pasal Daddy tadi. Betulke yang lelaki tu Daddy Rania? Kalau dia Daddy Rania, habis tu Daddy Tae bukan Daddy Rania,lah?” soalan Rania buatkan Harley terdiam seribu bahasa.
Soalan yang tak sepatutnya ditanya oleh Rania.
Soalan yang menjerat dirinya.
“Rania... itu bukan Daddy Rania. Dia bukan sesiapa bagi Rania. Tolong jangan dia Daddy. Tolong lupakan dia... Rania hanya ada Daddy Tae saja. Tolong ingat.” bisik Harley, walaupun hatinya bergetar saat menuturkan ayat tersebut.
Entah kenapa, hati dia terasa sangat berat.
“Geure? Tapi kenapa Mommy nampak sedih? Soalan Rania buat Mommy sedih ke? Kalau macam tu, Rania minta maaf. Rania janji tak tanya Mommy macam tu lagi. Mianei.” ucap Rania seraya menekup kedua belah pipi Harley.
“Mommy okay. Jangan risau.”
“Rania, its already 9 o'clock. Kenapa tak tidur lagi?” soal Taehyung seraya bercekak pinggang.
Laju saja Rania mengangkat punggung lalu melangkah naik ke tingkat atas setelah memberikan ciuman di pipi Harley.
“Tae? Awak tak nak makan?” soal Harley lembut.
“We need to talk.”
“About last night?”
“No, its about you.”
Taehyung menghela nafas berat. Beberapa keping gambar dicampak diatas meja kaca diruang tamu tersebut.
“Explained this.”
Dahi Harley berkerut pelik, sekeping gambar diambil sebelum ditelitinya. Matanya membulat besar.
Gambar dirinya dengan Jungkook!
“Dari mana awak dapat gambar ni?”
“Tak perlu tahu, terangkan pada saya. Kenapa awak boleh jumpa dengan Jungkook? Awak masih sayangkan dia sampai awak sanggup jumpa dia tanpa pengetahuan saya?” soal Taehyung dengan wajah keruh.
“Tae... bukan macam tu, Jungkook memang dah ada dekat sekolah masa saya nak ambil Rania tadi. Please believe me.” bila Harley mahu menyentuh lengan Taehyung, dengan sepantas kilat lelaki itu menepis.
“Dahlah, saya malas nak bincang perkara ni.”
“Taehyung! Boleh tak awak percayakan saya?!” nada suara Harley mula naik satu oktaf buatkan langkah kaki Taehyung terjeda.
“Sayang, saya dah letakkan 100 peratus kepercayaan saya pada awak. Walaupun saya terpaksa tanggung sakitnya, how about you sayang? Pernah ke awak percayakan saya?” soal Taehyung.
“Taehyung..”
“Ask yourself, Harley.”
.
YOU ARE READING
[S1&S2] Daddy Issue ✓
De Todo[Remake version of Suami Untuk Disewa.] "I'm not your daddy." "Jadi kenapa awak 'beli' saya kalau tak nak kena panggil daddy?" Dibeli oleh seorang lelaki kaya dan muda, Harley berfikir bahawa lelaki itu mahu menjadi sugar daddy bagi dirinya. Namun l...