My Baby,
Your Daddy.MATANYA tertancap kepada makam yang masih baru itu. Sia sudah terlalu penat untuk menangisi kepergian lelaki itu. Sejak semalam lagi, air matanya tak berhenti- henti turun ke pipi.
킴
태
형
[1995 - 2018]
“Taehyung...” dengan nada perlahan nama lelaki itu meniti di bibir. Matanya kembali berkaca- kaca.
Untuk kesekian kalinya dia diterpa rasa yang begitu berat membuatkan air matanya kembali turun membasahi pipi.
Harley menundukkan wajahnya, dia teresak- esak menangis. Dengan perlahan tubuhnya melorot jatuh, tapak tangannya menyentuh nisan berukirkan nama lelaki itu.
“Saya minta maaf...” bisik Harley perlahan. Tak peduli dengan pandangan orang- orang di sekelilingnya. Hujan gerimis mula turun membasahi bumi saat itu menjadikan suasana menjadi bertambah sedih.
Harley masih kekal disitu walaupun ketika orang ramai sudah berlari keluar dari kawasan pemakaman. Puan Kim memandang sayu bekas menantunya itu.
Perlahan- lahan dia melangkah menghampiri Harley sebelum bahu gadis itu ditepuknya perlahan.
“Pulanglah, kasihan Rania menunggu di rumah. Mama yakin, Taehyung pun tak nak tengok Harley menangis macam ni.” ucap Puan Kim, belakang badan Harley diusapnya perlahan.
Namun dia wanita itu terima hanyalah gelengan petanda tidak. Puan Kim melepaskan keluhan berat.
“Kalau macam tu mama balik dulu. Harley pulang nanti, ya?” ucap Puan Kim lembut. Harley mendiamkan diri, esak tangisnya masih lagi kedengaran saat Puan Kim melangkah pergi dari kawasan permakaman tersebut.
“Taehyung... saya minta maaf sebab tak dapat jadi isteri yang baik untuk awak.” bisik Harley.
Dia tahu Taehyung tidak mungkin akan mendengar bahkan membalasnya. Tapi Harley masih tetap mahu meluahkan isi hatinya.
Dia pernah menjadi isteri kepada Kim Taehyung, dia pernah menjadi segala- galanya bagi lelaki itu. Namun jodoh mereka tak panjang apabila orang ketiga datang untuk meragut segala kebahagiaan.
“Saya maafkan semua kesalahan awak kepada saya, Taehyung. Saya maafkan semuanya. Saya restui semua yang awak lakukan. Saya tak marahkan awak, Tae... Saya cuma terkilan.”
“Awak nak tahu sesuatu, Taehyung?”
“Saya masih cintakan awak...” bisik Harley seraya mengetap bibirnya.
“Saya tak sangka awak boleh pilih Jasmine untuk jadi isteri awak dan peneman hidup awak. S- she's pretty, right?”
Matanya dipejam rapat, cuba untuk menenangkan dirinya dari beremosi. Harley menekup mulutnya, mengawal suara agar tidak terlepas.
Disisi yang lainnya, Jungkook yang sedang berdiri dua langkah dari belakang Harley itu terkaku mendengar pengakuan gadis itu. Tapak tangannya yang menggigil dikepal, dia cemburu.
Satu keluhan berat dilepaskan. Jungkook melangkah menghampiri Harley dan memayungi gadis itu. Tubuh Harley yang sudah basah sepenuhnya dia selimutkan dengan kot hitamnya.
“Eung?”
“Tak nak balik?” soal Jungkook lembut seraya duduk mencangkung dihadapan Harley. Mereka saling berpandangan buat seketika sebelum tapak tangan Jungkook menyentuh pipi Harley.
YOU ARE READING
[S1&S2] Daddy Issue ✓
Random[Remake version of Suami Untuk Disewa.] "I'm not your daddy." "Jadi kenapa awak 'beli' saya kalau tak nak kena panggil daddy?" Dibeli oleh seorang lelaki kaya dan muda, Harley berfikir bahawa lelaki itu mahu menjadi sugar daddy bagi dirinya. Namun l...