My Baby,
Your Daddy.
LENA Harley terganggu dengan bunyi dengkuran Jungkook. Dia mencelikkan matanya, wajah Jungkook yang hanya beberapa inci darinya membuatkan dia kebelakang sikit. Terkejut.
Pelukan erat Jungkook dipinggang membuatkan pergerakannya sedikit terbantut. Harley menghela nafas kecil sebelum kembali baring menghadap lelaki itu.
Wajah Jungkook yang sedang tidur direnung. Mulai dari bibir, hidung, alis mata. Perfect. Itu merupakan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan lelaki itu.
Facts.
Tapak tangan Harley mengusap lembut pipi Jungkook. Bibirnya menguntum senyum.
“Saya tak sangka, awak sanggup tunggu saya walaupun selepas 6 tahun.” bisik Harley. Waktu enam tahun cukup membuktikan rasa cinta Jungkook kepadanya. Bertuah jika kau mendapat seseorang yang sanggup menunggumu selama 6 tahun.
Jujur Harley katakan, sepanjang enam tahun, dia tak pernah terfikirkan akan Jungkook kerana diwaktu itu dia ada dua insan yang sentiasa menghiasi hidupnya.
Dua insan yang membuatkan dia lupa akan keperitan hidup yang dia alami sebelum ini.
“I'm sorry...” bisik Harley.
Dia tahu yang dia salah. Dia tahu dia menyeksa jiwa Jungkook dengan menjauhkan Rania dari lelaki itu. Dia tahu Jungkook sedang menunggu.
Dia tahu Jungkook perlukan dia dan Rania. Tapi dia ego. Dia punya ego yang tinggi melambung kerana kisah hitam yang berlaku antara dia dan Jungkook dahulu.
Tapi sekarang?
Harley mahu memperbetulkan semuanya. Dia mahu kembali kepada Jungkook dan mulakan hidup baru dengan lelaki itu. Dia akan cuba memahami Jungkook. Dia mahu hidup bersama Jungkook sebagai suami isteri.
Dia cuma... mahu lihat Jungkook memegang status ayah kandung kepada Rania.
“Good morning, love.” bisik Jungkook dengan suara serak- serak basahnya seraya mengeratkan pelukannya dipinggang Harley. Gadis itu sedikit tersentak, namun bibirnya mengukir senyum kecil.
“Morning.” jawabnya hampir tak kedengaran ditelinga Jungkook kerana dia sedang gugup. Wajah Jungkook yang begitu rapat hingga dia dapat merasakan nafas lelaki itu menderu- deru di pipinya.
Jantungnya berdegup kencang bila Jungkook merenung wajahnya tanpa berkelip.
“A- apa?”
“Kau nampak cantik.” puji Jungkook buatkan Harley terkebil- kebil mendengarnya.
Biar betul Kook? Rambut serabai, tak mandi lagi ni yang awak cakap cantik? Soal Harley dan hati.
Jungkook tersenyum. Jarinya menyentuh collarbone Harley yang terdedah itu. Love bite dibahagian leher Harley itu membuatkan Jungkook tersenyum puas.
Cepat- cepat Harley menutup bahagian lehernya dengan tapak tangan buatkan Jungkook berdecit kesal.
“Don't tryna hide my love bite or I'll do something to make it obvious.” ugut Jungkook. Harley mengetap bibirnya, wajah dipalingkan. Malu.
YOU ARE READING
[S1&S2] Daddy Issue ✓
Acak[Remake version of Suami Untuk Disewa.] "I'm not your daddy." "Jadi kenapa awak 'beli' saya kalau tak nak kena panggil daddy?" Dibeli oleh seorang lelaki kaya dan muda, Harley berfikir bahawa lelaki itu mahu menjadi sugar daddy bagi dirinya. Namun l...