My Baby,
Your Daddy.HARLEY duduk termagu diatas sofa, jam sekarang sudah menunjukkan pukul 11 malam. Namun, tanda- tanda Taehyung hendak balik pun tidak kelihatan sama sekali.
Ini bukan kali pertama dia berkelakuan seperti itu. Bila ada masalah, Taehyung akan cuba menjarakkan diri, mengelak dari bersemuka dengan dirinya, takpun dia akan duduk berkurung didalam bilik.
Entahlah, bila ditanya soal hati kepada Taehyung, lelaki mula melenting dan marah tak tentu pasal.
Memang lelaki itu boleh marah, tapi takkan soalan yang mudah dan senang untuk dijawab itu buatnya sukar untuk memberikan jawapan? Dia selaku isteri harus mengetahui hal luar dan dalam suaminya juga.
Takkanlah, disebabkan kesalahan kecil, Taehyung mengasingkan diri darinya?
Bunyi enjin kereta yang menderu- deru diluar rumah buatkan Harley bingkas bangun lalu melangkah ke pintu rumah.
Bibir tetap mengukir senyuman walaupun dia terasa hambar saat itu.
“Taehyung...” tegur Harley, namun kehadiran gadis itu dianggap tidak wujud saja. Tapak tangan dikepal, dia hembuskan nafasnya perlahan walaupun perasaan geramnya sudah menebal didalam hati.
“Tae, saya dah sediakan awak makan malam. Saya boleh panaskan kalau awak nak makan. Em, saya temankan awak makan.” kata Harley.
Sekali lagi, lelaki itu tak menjawab.
“Taehyung huh... sampai bila awak nak layan saya macam ni?” soal Harley, lelaki itu sekadar menghembuskan nafasnya kasar.
“Saya penat, tak ada mood.” jawabnya acuh tak acuh seraya melonggarkan ikatan tali leher yang membelit di lehernya.
“Kim Taehyung!” nada suara Harley sudah naik satu oktaf.
“Saya penatlah nak layan awak ni, kenapa bila saya awak satu soalan tentang hati, awak dah melenting tak tentu pasal? Bukan sekali awak buat, berkali-kali! Saya tak fahamlah Tae! Saya tak tahan!”
“Kalau macam nilah perangai awak, baik saya balik New Zealand dengan Rania!” ucap Harley dengan dada yang berombak.
Marah, kesal dan geram semuanya bercampur menjadi satu perasaan. Harley melepaskan keluhan berat.
“Dahlah, saya penat.” ucap Harley, langkah kaki dibawa melangkah naik ke tingkat atas namun langkahnya terbantut bila lelaki itu menahan lengannya.
“Sayang, i'm sorry.” bisik Taehyung.
“I know i'm little sensitive lately, i know you didn't do anything wrong. But, i need some time to relax myself. Tolong faham. Saya akan pergi outstation 3 hari esok. Lepas balik, kita bincang baik- baik.” ucap Taehyung dengan nada lembut.
“Awak nak pergi outstation esok, tapi sekarang baru awak bagitau saya, kenapa?” soal Harley sebelum dia berdiri betul- betul dihadapan lelaki itu.
Parasnya yang mencapai dada lelaki itu buatkan dia terpaksa mendongak memandang wajah tanpa perasaan Taehyung itu.
“Dengan siapa?” soal Harley lembut, rasa marah yang membuak- buak didalam hatinya tadi reda sedikit demi sedikit.
“Dengan pekerja saya.”
“Jasmine juga?” soal Harley, sebaik nama kawan baiknya disebut, kelihatan Taehyung sedikit tersentak namun riak wajahnya cuba dikawal sebaik mungkin.
“Yes, dia PA, jadi dia wajib ikut sekali.” jawab Taehyung, tenang.
Harley mendiamkan diri, dia tak mahu berburuk sangka pada Jasmine kawan baiknya itu. Tapi gelagat suaminya buatkan dirinya selaku isteri rasa curiga.
“Taehyung...” Harley menggigit bawah bibirnya sebaik matanya bertatapan dengan sang suami.
“I trust you.”
. . .
“Ige mwoya?” Rania menyoal pelik bila dia menyeluk sisi beg sekolahnya dan mendapati satu keping kertas kecil diselitkan disitu.
Dilipat kecil dan bila dibuka merupakan nombor telefon seseorang. Dahi Ranis berkerut pelik.
Kalau mommy tahu yang Nia tak tidur lagi mesti mommy marah, desis hati kecil kanak- kanak itu.
Namun disebabkan matanya belum lagi mahu tidur, Rania memilih untuk menyelongkar beg sekolahnya. Mahu mencari rainbow pin yang diberikan cikgu sekolah kepadanya tadi.
Tapi alih- alih dua menjumpai sekeping kertas kecil berisi nombor telefon?
“Em... patut ke Nia dial nombor ni?” soal Rania sendiri.
Telefon pintar miliknya dicapai sebelum nombor tadi ditekan satu persatu di keypad.
Drt drt...
“Yeoboseyo?” suara seorang lelaki kedengaran dihujung panggilan sebaik panggilan tersambung.
“Daddy?”
“Rania...”
.
Hai❤
YOU ARE READING
[S1&S2] Daddy Issue ✓
De Todo[Remake version of Suami Untuk Disewa.] "I'm not your daddy." "Jadi kenapa awak 'beli' saya kalau tak nak kena panggil daddy?" Dibeli oleh seorang lelaki kaya dan muda, Harley berfikir bahawa lelaki itu mahu menjadi sugar daddy bagi dirinya. Namun l...