My Baby,
Your Daddy.● ● ●
KLEK!
Pintu kamar mandi dibuka dari dalam, sebaik tapak kaki Harley menapak masuk kedalam ruang bilik, matanya bertatapan dengan Taehyung buat seketika.
Lelaki itu sedang duduk diatas katil sambil membaca sebuah buku yang bertajuk 'Curang' yang ditulis oleh penulis terkenal iaitu donutbeanmochi (notice me akak miran😭 jangan tag, i is malu😶)
“Sayang, come here-”
“I'm not in mood.” balas Harley seraya melangkah ke meja solek lalu melabuhkan punggung disitu.
Ikat sanggul ditarik dan rambutnya mengurai panjang. Sikat rambut dicapai lalu perlahan- lahan dia mula menyikat rambutnya.
Setiap gerak geri Harley diperhatikan dengan ralit dari belakang oleh sang suami. Bibirnya menguntum senyum.
“Sayang, marahkan saya ke?” soalnya.
Harley cuma berbalas pandang dengan Taehyung dari pantulan cermin. Disana kelihatan lelaki itu tersengih kecil menampakkan barisan gigi putihnya.
Bila tak kunjung mendapat respon dan jawapan dari soalannya tadi, Taehyung akhirnya mengalah. Buku yang dibacanya tadi diletakkan diatas meja lampu sebelum dia mengangkat punggung lalu melangkah menghampiri Harley.
Pinggang gadis itu dipeluknya dari belakang. Wajahnya dibenamkan di leher Harley.
“I'm sorry, saya tahu saya tak patut bawa awak ke sana. Saya tak sangka kita boleh jumpa Jungkook. That was a big event. Sayanglah kalau saya tak pergi.” bisik Taehyung.
“Sayang...” meleret- leret perkataan itu diucapkan dari bibir Taehyung.
Sempat bibir hangatnya mencium- cium sekitar leher Harley, mahu memujuk si jantung hati itu lebih tepatnya.
“Saya tak marah, saya cuma risau... Awak pun tahukan yang Rania-”
“Sayang, Rania tu anak saya. Anak kita berdua. Apa yang nak dirisaukan?” soal Taehyung, pipi Harley diciumnya sekilas.
“Lainlah kalau awak bagitau-”
“Kenapa saya nak bagitau pula?” balas Harley, pelukan Taehyung dia leraikan sebelum dia mengangkat punggung mahu melangkah pergi dari situ.
Lengan Harley ditahannya buatkan langkah kaki gadis itu terbantut. Taehyung mengambil tempat dimeja solek sambil lengannya menarik pinggang Harley agar dekat dengannya.
“You know that I love you, right?” bisik Taehyung. Jari jemarinya mengusap lembut pipi Harley. Matanya ralit merenung dua ulas bibir merah milik gadis itu.
Getaran didalam jiwanya terasa acap kali dia bersama Harley dan perkara memang tak dapat dinafikan.
“Of course I know.”
“Saya akan buat apa saja untuk pertahankan Rania dan awak. I will do anything for you, sayang. Kalaupun saya terpaksa bergadai nyawa-”
“Syhh. Jangan sebut pasal mati. Dah keluar tajuk.” sampuk Harley seraya meletakkan jari telunjuknya di bibir Taehyung. Lelaki itu ketawa kecil.
“Tak suka eh?”
“Mestilah tak suka.” balas Harley seraya memukul perlahan dada Taehyung.
Suasana menjadi hening seketika. Namun tapak tangan kasar lelaki itu mula bergerak mengusap pinggang Harley.
“Sayang... can i?” bisik Taehyung. Harley diam saja.
Tubuh Harley ditolak ke atas katil, Taehyung mula merangkak naik naik diatas tubuh gadis itu. Tali bathrobe yang mengikat tubuh Harley dia lepaskan perlahan- lahan.
“I love you-”
“Mummy! Nia tak dapat tidurlah. Boleh tak mummy bacakan buku cerita untuk Nia?” soal Rania diluar bilik sebelum kedengaran bunyi pintu bilik diketuk.
Taehyung menghela nafas perlahan, dia berganjak ke tepi, rasa kesalnya ditahan.
“Saya tidurkan Rania dulu, ya?” ucap Harley seraya ketawa kecil. Cardigan dicapai dari dalam almari sebelum dipakainya.
Sempat dia hadiahkan ciuman di dahi Taehyung sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut.
“Haih... melepas lagi.” rungut Taehyung.
Drt drt!
Bunyi deringan telefon pintar miliknya buatkan lelaki itu bingkas bangun. Nama si pemanggil yang tertera di skrin telefon buatkan dia menggigit bawah bibirnya.
Matanya melirik ke pintu bilik sebelum melangkah masuk kedalam kamar mandi.
Butang hijau digeselnya.
“Taehyung-”
“Saya dah cakap, call waktu pagi dan waktu saya dipejabat saja.” balas Taehyung tanpa sebarang kata sapaan.
“I'm sorry, i just missed you.”
Taehyung mengeluh perlahan. Wajahnya diraup menggunakan tapak tangan. Luruh hatinya mendengar ucapan rindu dari si dia.
“Maaf sayang, I miss you too.” bisiknya.
.
Satu kata buat hero anda?
YOU ARE READING
[S1&S2] Daddy Issue ✓
Acak[Remake version of Suami Untuk Disewa.] "I'm not your daddy." "Jadi kenapa awak 'beli' saya kalau tak nak kena panggil daddy?" Dibeli oleh seorang lelaki kaya dan muda, Harley berfikir bahawa lelaki itu mahu menjadi sugar daddy bagi dirinya. Namun l...