My Baby,
Your Daddy.“TAEHYUNG!” nada suara Jasmine naik satu oktaf bila lelaki itu terburu- buru melangkah keluar dari bilik.
Bila mendapat panggilan dari jiran sebelah rumahnya yang ada dua orang jejaka yang tak dikenali memasuki kawasan rumah, automatik dirinya dilanda rasa risau yang amat.
“Awak nak tinggalkan saya disini ke?” soal Jasmine.
Lelaki itu mengeluh perlahan, dompet kulit dikeluarkan dari poket sebelum beberapa keping not kertas dihulurkan kepada Jasmine.
“Ni 50,000 ribu won, cukup untuk tambang teksi dan makan awak sekali.”
Mendengarkan itu buatkan darah Jasmine meruap marah.
“Saya tak nak duit awak! Saya nak balik dengan awak!” ucapnya, wajah gadis itu mula merah kerana marah dengan tingkah laku Taehyung. Geram.
Adakah patut dia ditinggalkan seorang diri disini kerana Taehyung lebih pentingkan Harley dari dirinya?
Bullshit!
“Saya tak kira! Saya nak ikut awak balik juga!” ucap Jasmine seraya menghentak- hentakkan kakinya. Taehyung meraup rambutnya geram.
“Jasmine please, tak boleh. Saya bimbang Harley tahu pasal awak-”
“Kalau awak takut Harley tahu pasal hubungan kita, kenapa awak ambil keputusan untuk kahwin dengan saya? Kenapa awak pilih saya? Hah?” soal Jasmine seraya menolak bahu Taehyung perlahan.
Dia tak peduli dengan mata- mata orang sekeliling di lobi hotel itu yang sedang tertumpu kepada mereka.
Yang dia mahu tahu hanyalah jawapan yang ikhlas dari Taehyung.
“Kalau awak cintakan saya Taehyung, awak takkan takut untuk dedahkan siapa saya sebenarnya kepada Harley.”
“Awak tahu tak betapa penatnya saya terpaksa berlakon depan Harley sebagai kawan baik dia semata- mata nak tutup kesalahan awak?” ucap Jasmine.
Sudah lama dia berlakon menjadi pelakon wanita dihadapan Harley, dengan senyuman palsu dan terpaksa melihat kemesraan Taehyung bila bersama Harley.
Tak tahukah Taehyung yang dia sudah penat melakukan itu untuk hampir setahun lamanya?
“Jasmine, can we talk later? Harley perlukan saya-”
“Habis tu macam mana dengan saya?! Saya ni isteri awak Taehyung!” jerit Jasmine. Taehyung menarik tubuh Jasmine, kedua bahu gadis itu dicengkamnya kuat, meminta agar gadis itu diam.
“Jasmine, tolonglah faham! Harley isteri saya. Saya sayangkan dia lebih dari segalanya. Awak pun tahu, kan?” soal Taehyung.
Air mata Jasmine gugur perlahan-lahan mendengar ayat tersebut.
“See? Awak tak cintakan saya. Awak hanya ambil saya sebagai isteri untuk lampiaskan nafsu awak. Awak lelaki tak guna!”
Jasmine meronta mahu melepaskan diri, namun Taehyung lebih pantas menarik gadis itu kedalam pelukan.
“Sayang, i'm sorry, i'm so sorry...” bisik Taehyung. Pelukan dieratkan lagi bila tangisan Jasmine makin kuat.
Fikirannya yang tadinya tertumpu pada Harley kini beralih kepada Jasmine.
Dia masih risaukan Harley, namun dalam masa yang sama, dia tak mahu lukakan perasaan Jasmine.
“Taehyung?” teguran dari satu suara buatkan Taehyung serta merta meleraikan pelukan.
Dia meneguk liurnya bila figura seorang lelaki yang agak familiar dimatanya kini berada dihadapan mata.
“Jasmine?” tegur lelaki itu lagi.
“Harry, aku boleh terangkan semuanya.” ucap Taehyung. Dia sudah menggigil bila abang iparnya itu mula memberikan pandangan tajam kepadanya.
“No need explain it, aku dah dengar semuanya.” ujar Harry buatkan Taehyung lemah satu badan.
“Dulu beria nak jadikan adik aku isteri, bersumpah akan bawa dia lari dari segala penderitaan. Sekarang kau pasang lain belakang adik aku? Dengan kawan baik dia sendiri?” soal Harry.
“Harry, i can explain to you-”
“No. Harley terlalu naif ke sampai korang boleh bodohkan dia? Jasmine? Apa lagi yang kurang? Harley dah tolong kau macam- macam, kau nak rumah, dia bagi. Kau nak kereta, dia bagi. Sekarang kau nak suami dia pula?” soal Harry.
“Memang patut pun aku tentang perkahwinan kau dengan adik aku dulu. Sebab aku nampak, kau akan buat dia lebih menderita dari yang Jungkook pernah buat.” ucapan Harry buatkan Taehyung jatuh terduduk diatas lantai.
Jasmine pula membisu disamping lelaki itu.
“Tak perlu perbincangan yang panjang, aku nak kau ceraikan adik aku bila kau balik Seoul nanti.” ucap Harry dengan nada serius.
“Tolong bagi saya peluang kedua-”
“Hati yang dah patah, tak boleh dikembalikan seperti yang sedia kala. Kalaupun adik aku masih maafkan kau, aku yakin. Layanan dia takkan sama seperti yang sebelum ni.” kata Harry sebelum melangkah meninggalkan mereka berdua.
Taehyung meraup wajahnya. Menyesal dengan tindakannya yang sudah mengahwini Jasmine dalam diam.
“Argh!” raung Taehyung.
.
Okay, malam ni tidur awal, esok iskul.
Huehue.
YOU ARE READING
[S1&S2] Daddy Issue ✓
De Todo[Remake version of Suami Untuk Disewa.] "I'm not your daddy." "Jadi kenapa awak 'beli' saya kalau tak nak kena panggil daddy?" Dibeli oleh seorang lelaki kaya dan muda, Harley berfikir bahawa lelaki itu mahu menjadi sugar daddy bagi dirinya. Namun l...