S2 - Bab 21💋

2.8K 500 239
                                    

My Baby,
Your Daddy






JUNGKOOK memberikan pandangan tak suka, selera makannya hilang walaupun masakan Harley begitu menyelerakan saat itu. Jungkook bertikam pandangan dengan Jimin yang ikut duduk di meja makan.

Chopstick dicapai lalu digenggamnya geram. Kalau boleh, dia mahu saja mengheret lelaki pendek itu keluar dari rumah.

Buat apa datang rumah ni? Menganggu ketenteraman orang saja! Desis hati Jungkook. Mahu terkeluar biji mata dia kerana asyik menjegilkan mata kepada Jimin yang cuma membalas dengan sengihan saja.

“Daddy, makanlah nasi. Rania tengok Daddy macam nak makan Daddy Chim pula.” tegur Rania sambil mengunyah makanan. Dari tadi kedua Daddy- nya itu asyik menjegilkan mata saja. Takut pula dia tengok.

Jungkook tersenyum kecil, mahu menutupi rasa jengkelnya yang masih tersisa untuk Jimin itu. Dia mencapai kimchi yang berada di pinggan lalu dimasukkan kedalam mulut.

“Mommy masak tak sedap ke Daddy Koo?” soal Rania dengan kening yang terjongket satu. Gelabah Jungkook menggeleng apabila Harley dan Rania sama- sama menoleh ke arahnya.

Bukan masalahnya tak sedap sayang, masakan dah sedap, cuma permandangan je tak sedap! Adu Jungkook dalam hati.

“Sedaplah, kenapa Rania cakap macam tu. Ni tengok Daddy makan ayam ni. Daddy ambil daging dan sayur, buat macam ssam, ngap! Syedap.” ujar Jungkook dengan mulut yang dipenuhi dengan makanan. Rania ketawa kecil.

“Comelah Daddy ni!”

Jungkook tersenyum, saat dia berpandangan dengan Harley, dia hampir tersedak bila bibir Harley membentuk sebuah senyuman. Walaupun senyuman kecil saja, namun itu berhasil membuatkan hati Jungkook berbunga- bunga.

“Daddy Chim tak nak tidur sini?” soalan Rania buatkan Jungkook sedikit bengang. Nasiblah dia sudah menelan makanannya tadi, kalau tak habis disemburnya.

“Eh, kenapa nak tidur sini pula!” soal Jungkook tak puas hati. Dahinya berkerut tak suka. Kepalanya digelengkan perlahan, sengaja mahu memberi isyarat agar Rania tidak meminta Jimin berbuat demikian.

“Daddy tidur sini boleh pula!” balas Rania seakan tak membaca signal dari ayahnya itu. Jungkook mengetap bibir.

“Eum... Daddy ada kerja sikit nak buat. Lain kalilah Daddy tidur sini. Banyak masa lagikan?” jawab Jimin dengan senyuman. Jungkook melepaskan keluhan lega, sekarang dia boleh makan dengan tenang tanpa fikirkan masalah itu.

Suasana di meja makan mula hening, hanya kedengaran bunyi sudu yang berlaga dengan pinggan saja. Jujur dia cakap, kekok dia tu tak boleh nak bawa bincang.

“Mummy, Nia dah siap makan. Nia naik atas dulu, nak mandi. Bye Daddy!” ucap Rania seraya melambaikan tapak tangannya. Selepas kanak- kanak itu hilang dari pandangan, suasana kekok makin menjadi- jadi.

Jungkook melirik memandang Jimin, Jimin juga berbuat begitu. Kemudian, masing- masing sambung mengunyah makanan.

“Eum... saya balik dululah Harley. Rasanya, dah lewat ni. Thanks jemput saya makan malam, masakan awak sedap.” ucap Jimin beberapa minit kemudian setelah sisa makanannya dihabiskan.

Harley cuma mengangguk kecil.

Bingkas Jungkook mengangkat punggung mengekori langkah kaki Jimin ke luar rumah.

“Jangan datang lagi.”

“Apasal pulak? Aku datang sini sebab Rania je.” jawab Jimin, kasut disarungkan ke kakinya. Dahinya cuma berkerut memandang wajah tak puas hati Jungkook itu.

“Ceh. Kau fikir aku boleh percaya kau ke? Dalam rumah ni ada dua orang perempuan, Harley dan Rania. Kalau kau jumpa Rania, mesti kau akan jumpa Harley dulu. So, no. Jangan datang sini lagi.” Jungkook berpeluk tubuh. Wajahnya cuba digarangkan, namun dia betul- betul serius dengan apa dia ucapkan.

Jimin ketewa kecil.

“Kook lek ahh, Harley takkan jadi milik aku. Penangan kau ni, tak ada perempuan yang boleh move on.

“Maksud kau?”

“Dahlah, aku balik dulu. Aku harap kau ambil peluang ni baik- baik, minggu depan Harley nak pindah New Zealand.” pesan Jimin sebelum melangkah keluar dari rumah tersebut, meninggalkan Jungkook yang terpinga- pinga.

“Awak masih nak makan ke?” soal Harley dari belakang. Jungkook memalingkan tubuhnya, tak semena- mena pandangan mereka terkunci antara satu sama lain.

Debaran didalam hati Jungkook tidak dapat dikawal lagi. Namun riak wajah gadis itu tidak boleh dibacanya. Riak wajah Harley kosong.

Tanpa perasaan...

“Aniya...” jawab Jungkook.

Chakaman.” lengan Harley ditahan bila gadis itu hendak memusingkan tubuh.

“Betul ke awak nak pindah ke New Zealand?” soal Jungkook, nada suaranya mula bergetar.

“Ya, kenapa?”

“H- How about me? Awak akan tinggalkan saya ke?”

“Jungkook, kita tak ada apa- apa hubungan-”

“Harley, tak boleh ke awak bagi saya peluang? Boleh tak awak jangan hukum saya? Awak bawa Rania jauh dari saya, bawa pergi kebahagian saya, patahkan hati saya... macam itu je?” tutur Jungkook dengan nada rendah. Matanya mula berkaca- kaca, bila- bila masa saja air matanya akan jatuh membasahi pipi.

“Awak tak sayangkan saya...” bisik Jungkook seraya menundukkan wajahnya.

“Tak ada function saya disini cuba tarik perhatian awak semula, kan? Kalau macam tu, biar saya jadi Jungkook balik.

Daddy Jeon Jungkook.” ucap lelaki itu diselangi dengan sengihan sinis.

Tubuh Harley ditariknya kasar kedalam pelukan.

I'll make you mine, darling.” bisik lelaki itu penuh sensual.


.

BLEKMUN


Boleh tak korang spam komen? Sha rasa makin naik chapter, makin hambar dan sunyi.

Hiuhiu.

[S1&S2] Daddy Issue ✓Where stories live. Discover now