S2 - Bab 25💋

2.4K 415 217
                                    

My Baby,
Your Daddy.




JADI, bila Jungkook rancang nak lamar Harley?soal Puan Jeon ketika mereka tinggal berdua di ruang tamu sementara Harley menemani Rania ke tandas.

Soalan itu buatkan senyuman Jungkook menjadi lebar. Dia menyandarkan tubuhnya pada sofa seraya melepaskan keluhan kecil.

“Kook nak lamar Harley dalam waktu terdekat ni. Tapi... Harley macam masih so-so dengan Kook.” jawab Jungkook. Puan Jeon menjongketkan keningnya satu.

So- so? Apa tu?”

“Harley macam tak berapa nak feel dengan Jungkook. Entahlah, Kook dapat rasakan yang Harley masih ada perasaan dekat bekas suami.

Yalah, bila kook mention pasal bekas suami dia. Mulalah nak moody semacam.” adu Jungkook. Puan Jeon menggelengkan kepalanya.

Anak lelakinya itu mana faham akan perasaan 'sabar'. Yang anaknya tahu, Harley perlu melupakan Taehyung dan mula menunjukkan rasa cintanya hanya untuk Jungkook seorang.

“Macam mana dia nak lupakan Kook? Dia hidup dengan suami dia 6 tahun. Kenangan macam tu tak boleh dikuburkan terus, lebih- lebih lagi bila dia pernah menjadi ayah kepada Rania.

Dan bekas suami dia tu jugalah yang pernah jaga dia waktu dia mengandung. Kamu apa tahu?” balas Puan Jeon. Jungkook memalingkan wajahnya.

“Kalau dia tak pilih si Taehyung dulu, tak adanya season two sekarang.” balas Jungkook jengkel. Puan Jeon menjongketkan keningnya.

“Dah kamu tu tak guna sangat kenapa? Fikir ada ke perempuan yang akan kembali ke kamu lepas apa yang kamu buat?” ungkit Puan Jeon. Kalau boleh, mahu dipiatnya telinga anak lelakinya itu.

Memang tak boleh disangkal kebodohan anak lelakinya itu.

Dulu, bila buah hati berada dekat disisi, tak nak pula mengaku sayang, bila dah menjadi milik orang. Mulalah nak meroyan bagai.

“Halah, itu cerita dululah mama.”

Jungkook membetulkan duduknya bila kelibat Harley kelihatan memasuki ruang tamu bersama Rania.

Halmonie! Jom teman nia ambil angin dekat luar.”

“Eh-”

“Marilah, kita jalan- jalan dekat tepi kolam sana.” ajak Puan Jeon seraya menuntun Rania keluar rumah, meninggalkan Jungkook bersama Harley berdua.

Suasana serta merta menjadi hening. Jungkook melirik Harley dari ekor mata. Gadis itu sedang menghirup secawan teh sebelum meletakkannya semula diatas meja.

“Awak nak cakap apa- apa ke?” soal Harley bila dia sedar akan lirikan mata Jungkook terhadapnya.

“Erm... tak ada kot?”

“Jungkook...” Harley menjeda ayatnya. Dia menoleh memandang wajah kacak Jungkook. Lelaki itu menjongketkan kening, bibirnya mengukir senyum kecil. Sedikit teruja untuk mendengar ucapan gadis itu.

“Bagi saya masa untuk lupakan semuanya.”

Jungkook sedikit tersentak.

“Nae?”

“Saya dengar semua yang awak luahkan dekat mama awak tadi. Saya tahu awak tak suka saya bahas pasal dia. Tapi saya ni bekas isteri orang. Saya perlukan waktu.”

“Memang saya cintakan awak, Jungkook. Memang saya dah terima awak. Tapi kenangan saya dengan dia masih segar diingatan. Tolong faham saya.” ucap Harley dengan nada rendah. Jungkook mendiamkan diri.

Tapak tangannya menyentuh lembut pipi Harley sebelum mengusapnya perlahan.

“Saya faham dan saya minta maaf...”

“Saya akan beri awak masa, tapi bila dah sampai satu tahap yang buatkan saya terdesak. Awak perlukan lupakan dia dan hidup bersama saya.” ucap Jungkook pula. Jarinya menyentuh bibir mungil merah milik gadis itu.

“Saya boleh berikan awak banyak peluang, bahkan seribu peluang...

sebab aku tak nak kehilangan kau lagi.” bisik Jungkook seraya menekankan perkataan terakhir. Tapak tangan Harley dicapainya lalu dikecupnya lembut.

I trust you and i hope you trust me too.

Harley mengangguk kecil. Belum sempat dia hendak membalas ucapan Jungkook, telefonnya sudah berdering menandakan ada panggilan masuk.

Pegangan tangan Jungkook dilepaskan, handphone di beg tangan dikeluarkan. Harley terjeda seketika melihatkan nama pemanggil.

Tak semena- mena jantungnya mula berdegup kencang, seakan tahu ada sesuatu yang bakal berlaku.

Butang hijau digesel.

Harleu yang dari tadi mendiamkan diri kini menangis teresak- esak. Telefon yang dipegangnya Harley jatuh diatas lantai. Jungkook menjadi gelabah.

“Sayang? Kenapa ni? Sayang?!”

.


*sad potato noise*

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*sad potato noise*




[💓]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[🙆]

[S1&S2] Daddy Issue ✓Where stories live. Discover now