S2 - Bab 16💋

3.2K 525 237
                                    

My Baby,
Your Daddy.


Wah! Daddy Koo memang jjang!” puji Rania seraya memberikan thumbs up kepada Jungkook. Senyuman lelaki itu makin lebar bila dipuji oleh anak sendiri.

Warna biru muda dicalitkan ke kanvas, mahu membentuk awan diatas warna langit yang dia sudah letakkan.

“Daddy Koo lukis mommy?” soal Rania buatkan tangan Jungkook terjeda seketika. Lelaki itu memerhatikan semula lukisannya.

Tanpa dia sendiri sedar, diatas kanvas tersebut terlukis 3 orang manusia.

Dia, Rania dan... Harley.

Jungkook mengetap bibirnya, soalan Rania tidak diberikan sebarang jawapan. Matanya melirik kearah Jimin dan Harley yang sedang berbual di ruang tamu.

Dia dibakar api cemburu, namun Jungkook tak boleh berbuat apa- apa. Dia hanya mampu dia kerana dia tahu...

Harley takkan kembali kepadanya.

“Daddy?”

“Hurm?”

Mata bundar Rania menikam anak mata Jungkook yang membuatkan lelaki itu sedikit gelabah.

“Daddy Koo tak suka tengok mummy dengan Daddy Min?”

Mendengarkan Rania membahasakan Jimin sebagai 'Daddy Min' buatkan dia menjadi bengang.

“Rania sayang. Dengar sini, uncle tu bukan Daddy Rania. Yang ni, yang ada depan Rania ni adalah Daddy betul Rania. Jangan panggil dia Daddy lagi. I'm your only Daddy.” ucap Jungkook seraya memegang kedua belah bahu kanak- kanak kecil tersebut.

Rania cuma terkebil- kebil.

“Baiklah, Daddy Koo. Rania menurut perintah.” jawab Rania buatkan bibir Jungkook melebar dengan senyuman.

“Awak tak nak bagi peluang?” soal Jimin. Secawan teh yang masih panas itu ditiupnya. Sementera menunggu jawapan dari Harley, dia meniup- niup teh tersebut bagi mengurangkan rasa panas.

Molla.

“Don't you see? Jungkook's soft side is only for Rania? Awak masih bercadang nak pisahkan mereka?” soal Jimin. Harley mengetap bibir.

“Saya tak pernah pisahkan Rania dari Jungkook. I'm just scared. Apa yang berlaku 6 tahun yang lalu masih segar diingatan saya. You don't understand that feeling. Saya tak nak ia berulang, saya tak nak jadi lemah dihadapan Rania...” ucap Harley.

Jimin mendiamkan diri. Matanya melirik ke arah Jungkook yang sedang bergelak ketawa bersama Rania ditengah ruangan tersebut.

“I know...”

“Tapi tak ada kesalahan yang tak boleh dimaafkan, Harley.” kata Jimin.

“Awak tak ada ditempat saya Jimin. Awak tak faham apa yang saya rasa. Memang mudah untuk memaafkan, tapi susah untuk melupakan.” balas Harley seraya memalingkan wajahnya.

Jimin menghela nafasnya berat. Cawan berisi teh diletakkan diatas meja.

“Okay, saya minta maaf.” ucap Jimin seraya mengangkat tangannya.

[S1&S2] Daddy Issue ✓Where stories live. Discover now