My Baby,
Your Daddy.
“AKU dah dapat maklumat pasal anak kau, Rania. Dia tinggal dan dilahirkan di New Zealand pada 30 september. Dia alergic kacang macam Harley.Dia dah masuk sekolah rendah seminggu di Uncheon School di Gangwando. Setakat ni, itu je yang aku tahu, yang lain nanti aku update. Good luck!” Ucap Jimin di hujung talian.
Jungkook tersenyum sendiri, gambar gadis kecil bernama Rania Kim yang dihantar oleh Jimin kepadanya.
“Rania... my baby.” bisik Jungkook, jarinya menyentuh wajah comel milik kanak- kanak perempuan itu.
Bila dia slide pula gambar yang seterusnya, dia terhenti seketika. Dia merenung gambar Harley yang sedang tersenyum gembira sambil memeluk Rania.
Dia pejamkan mata, kalau saja dulu dia pertahankan Harley, tentu gadis itu menjadi seutuhnya milik dirinya.
Dulu dia bodoh, bodoh sebab tak dapat bezakan antara nafsu dan cinta.
Sekarang dia mahukan Harley dengan Rania menjadi miliknya. Walaupun dia tahu Harley takkan semudah itu mengaku yang Rania itu dagingnya sendiri.
Tapi tanpa usaha, semuanya takkan kemana, kan?
Sayang...
Just wait and see until i get you back, bisiknya didalam hati.
Kereta Audi milik lelaki itu kini terparkir dihadapan pintu gerbang utama sekolah yang dimaksudkan oleh Jimin itu.
Sekali lagi biibirnya mengukir senyum kecil. Matanya melirik ke arah jam tangan di pergelangan tangannya.
Ketika itu, waktu sudah jam digital sudah melepasi jam 12.30 tengah hari. Saat itu juga kelihatan ramai pelajar sekolah berpusu- pusu keluar melalui gerbang sekolah petanda waktu persekolahan sudah tamat.
Tiba- tiba saja Jungkook merasa nervous. Yalah, ini kali kedua dia berjumpa dengan Rania, yang pertama ketika di Majlis Usahawan tempoh hari, itupun secara tak sengaja.
Jungkook menghela nafas, enjin kereta dimatikan sebelum pintu kereta dibuka. Disebabkan terlalu teruja mahu berjumpa dengan anaknya, dia terlupa untuk singgah kerumah menukar baju.
Hasilnya, dia ke sekolah sambil mengenakan baju pejabat.
“Boleh saya tahu kelas pelajar bernama Rania?” soal Jungkook pada seorang guru wanita yang sedang berdiri dipintu bilik darjah.
“Rania? Pelajar baru pindah dari New Zealand tu eh? Ada tadi, dia ke tandas sementara menunggu ibu dia datang. Encik ni siapa ya?” soal guru wanita itu.
Jungkook melirik sekilas ke dalam bilik darjah yang mula lenggang dengan pelajar. Tinggal 2- 3 orang pelajar saja yang menunggu waktu untuk diambil.
“Saya ayah Rania.” jawab Jungkook tanpa teragak- agak.
“Daddy?” soal satu suara dari arah belakang Jungkook yang membuatkan jiwa gemuruh lelaki itu makin menjadi- jadi.
“Rania... anak ayah.” ucap Jungkook ketika dia berpandangan empat mata dengan kanak- kanak kecil itu.
. . .
“Taehyung ni, kena call tak pulak angkat! Semalam janji cakap yang dia akan ambil Rania. Setengah jam menunggu, batang hidung pun tak nampak!” bebel Harley seraya keretanya membelok masuk kedalam kawasan sekolah.
Dia menarik nafas sebelum menghembusnya, dia tak boleh berjumpa Rania dalam keadaan marah begitu. Dia takut, anaknya terkesan.
“Sabar Harley, mungkin Taehyung sibuk. Chill.” enjin kereta dimatikan sebelum pintu kereta dibuka.
Harley melangkah keluar dari perut kereta sebelum berlari anak ke bangunan sekolah.
Langkah kaki dibawa ke kelas Rania, namun senyuman di bibirnya memudar bila melihat gerangan seorang lelaki yang sedang berbual dengan anaknya itu.
“Macam mana Daddy boleh kenal Mummy Rania?” kedengaran Rania menyoal sambil matanya yang bulat itu ralit memerhati wajah lelaki dihadapannya itu.
Mendengar soalan itu buatkan Jungkook ketawa kecil.
“Panjang ceritanya, sayang. Kalau Daddy ada masa, Daddy ceritakan-”
“Rania!” panggil Harley serentak buatkan kedua mereka menoleh memandang kearahnya. Mata lelaki itu menikam anak mata Harley buat seketika, namun cepat- cepat gadis itu mengalihkan pandangan.
“Rania, mummy dah cakap jangan dengan orang yang Rania tak kenal, kan?” soal Harley seraya menarik Rania kearahnya.
“Uncle ni cakap, dia daddy Rania. Betul ke mummy?”
“Masuk kereta dulu” ucap Harley tanpa menjawab soalan gadis itu. Rania melambaikan tapak tangannya ke arah Jungkook sebelum berjalan ke koridor sekolah.
“Apa awak buat kat sini?”
“Rania... dia membesar dengan cantik, macam mummy Harley dia.” ucap Jungkook sambil tersenyum.
“You have no right to meet my daughter-”
“Correction, my daughter. Walau macam mana carapun kau sembunyikan hakikat yang Rania tu anak aku, instict aku sebagai ayah akan dapat kesan.” ucap Jungkook. Dia melangkah setapak, Harley mengundur setapak.
“Dia bukan anak awak. Tolong jauhkan diri awak dari Rania. Saya mohon.” ucap Harley sebelum dia melangkah pergi.
Jungkook merengus geram.
“Argh!”
.
YOU ARE READING
[S1&S2] Daddy Issue ✓
De Todo[Remake version of Suami Untuk Disewa.] "I'm not your daddy." "Jadi kenapa awak 'beli' saya kalau tak nak kena panggil daddy?" Dibeli oleh seorang lelaki kaya dan muda, Harley berfikir bahawa lelaki itu mahu menjadi sugar daddy bagi dirinya. Namun l...