My Baby,
Your Daddy.“DADDY?” soal lelaki itu dihujung talian.
“Eo? Awak bukan suara daddy saya. Habis tu, kenapa saya boleh dapat nombor ni? Awak siapa? Kenapa boleh tahu nama saya?” soal Rania bertubi- tubi buatkan lelaki yang berada dihujung talian itu ketawa kecil.
Suka dia mendengar celoteh suara kanak- kanak bernama Rania itu. Comel!
“Rania salah nombor ni. Dapat dari mana?”
“Eum... dari dalam beg sekolah Rania. Uncle nama apa?”
“Kenapa panggil uncle? Panggil daddy kan dah elok?” ucap lelaki itu buatkan Rania tersenyum kecil.
“Boleh ke Rania panggil uncle ni daddy?” soal Rania dengan polosnya. Sekali lagi lelaki yang berada dihujung talian itu ketawa kecil. Ya tuhan, tak bosan kalau cakap dengan Rania ni.
Dia rela call 24 jam asal itu Rania.
“Boleh je, sayang. Panggil daddy Penguin je. Jangan bagitau mommy tau?”
“Okay, daddy! Tapi, daddy tau Rania dari mana? Daddy stalk Rania eh?”
“Dari suara lagi daddy dah tahu yang ni Rania. Mana ada suara yang lagi comel dari suara Rania anak daddy ni.” ucap lelaki itu buatkan senyuman lelaki itu makin lebar dari yang sebelumnya.
“Geure? Tapi Daddy Tae tak pernah cakap macam tu dekat Rania. Dia selalu cakap Rania bising. Dia puji Rania masa ada mommy je. Boleh tak daddy jadi daddy Rania?”
Lelaki dihujung talian itu terdiam.
“Daddy Tae cakap macam tu?” soalnya dihujung talian. Nada suaranya agak dingin dari yang biasa petanda dia tak suka sikap daddy tae yang diucapkan Rania tadi.
“Eum... tapi Rania tetap sayangkan Daddy Tae! Daddy Tae macam tu sebab dia tak nak Rania manja. Sebab tu kot?” ucap Rania.
“um... Rania tak nak tidur ke? Dah lewat, walaupun esok cuti, tapi kanak- kanak macam Rania tak boleh tidur lewat. Kan tak elok?”
“Okay, disebabkan Daddy dah cakap macam tu, baiklah Rania nak masuk tidur dulu. Daddy tidur elok- elok eah?”
“You too, Rania. Sleep well.” bisik lelaki itu sebelum panggilan diputuskan.
“Location detected!”
Mata lelaki itu melirik ke skrin komputernya. Disebabkan Rania membuat panggilan kepadanya dahulu dan panggilan yang agak panjang itu membolehkan dia menemui alamat rumah kanak- kanak tersebut.
Tapi niatnya baik, dia mahu tahu bagaimana sikap Rania yang sebenarnya. Melalui penilitiannya, kanak- kanak itu ada iras Jungkook sedikit.
Mata bulatnya, gigi hadapannya dan alahannya terhadap kacang. Memang tak dapat disangkal lagi.
Tapi niat Jungkook tak baik.
Bibirnya mengatakan yang dia mahukan Harley dan Rania, namun perangai kaki perempuan dan pemabuk itu masih belum hilang walaupun selepas dia mengetahui Rania itu anaknya.
Dia cuma bimbang kalau Jungkook tak dapat jalankan tanggungjawabnya dengan betul sekiranya lelaki itu berjaya menawan hati Harley balik.
YOU ARE READING
[S1&S2] Daddy Issue ✓
Aléatoire[Remake version of Suami Untuk Disewa.] "I'm not your daddy." "Jadi kenapa awak 'beli' saya kalau tak nak kena panggil daddy?" Dibeli oleh seorang lelaki kaya dan muda, Harley berfikir bahawa lelaki itu mahu menjadi sugar daddy bagi dirinya. Namun l...