S2 - Bab 24💋

2.5K 434 151
                                    

My Baby,
Your Daddy.






CAHAYA matahari yang menerobos masuk dari celahan langsir tingkap menganggu tidur Jasmine. Dia menggeliat kecil, namun rasa sakit dibahagian lengannya membuatkan dia meringis kesakitan.

Damn it!

Kesan lebam di lengannya membuatkan dia lemah seketika. Bahagian kaki dan tangannya yang diikat membuatkan dia sukar untuk bergerak.

Matanya meliar memandang ke sekitar bilik tersebut, namun kelibat lelaki itu langsung tak kelihatan sama sekali.

Jantungnya mula berdegup kencang bila telinganya menangkap bunyi derap tapak kaki melangkah memasuki bilik tidur. Keringat sejuk menitis di dahinya.

Kreak!

“Eoh? Selamat pagi sayang.” sapa Taehyung dengan muka polos seraya membawa secawan susu untuk gadis itu. Jasmine terasa seakan ada sesuatu yang akan berlaku selepas itu.

“A- apa awak nak?”

“Saya nak minta maaf sebab layan awak teruk semalam. I'm so sorry.” ucap Taehyung seraya melabuhkan punggung dibirai katil. Jasmine mengesot menjauhi lelaki itu.

Dia masih rasa tak selamat walaupun ketika Taehyung menunjukkan sisi lembutnya kepada Jasmine. Taehyung memuncungkan bibirnya.

“Saya minta maaf...” ucapnya.

Taehyung membuka ikatan tali di bahagian kaki Jasmine. Matanya bertentang mata dengan Jasmine buat seketika, lelaki itu mendekat, kali ini ikatan tali dibahagian pergelangan tangan Jasmine.

See? I'm truly sorry.”

“Ja- jauh sikit dari saya.”

Tanpa menyoal, Taehyung menuruti permintaan Jasmine sebelum kembali duduk di birai katil. Jasmine membetulkan duduknya.

“Maaf buat lengan awak luka. I didn't mean it.”

“Tch.” Jasmine berdencit kecil. Kalau boleh mahu saja dia menemplak Taehyung, apa yang lelaki itu lakukan kepadanya semalam bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilupakan.

“I wanna be alone.”

“Right now?”

“Yes, right now.” tegas Jasmine. Taehyung mendiamkan diri buat seketika. Secawan susu yang dibawa tadi diambil lalu dihulurkan kepada Jasmine.

“Saya buatkan awak susu tadi. Yalah, awak mesti penat... sebab hal semalam kan?” ucap Taehyung lembut. Jasmine mendiamkan diri. Dia menggeleng kecil.

“Awak masih ragu dengan saya? No, saya tak letak apa- apa dalam susu ni. It's fine. See?” Taehyung meneguk susu itu sedikit sebelum menayangkan senyuman manis kepada Jasmine.

Gadis itu diam, menunggu untuk beberapa saat.

“Sayang... believe me.”

“Fine.” Jasmine mengambil gelas berisi susu tersebut sebelum meneguknya sedikit. Senyuman sinis yang terhasil di bibir Taehyung buatkan Jasmine mahu menangis kerana menyesali keputusan untuk mempercayai lelaki itu.

“Tae- Tae...”

Let's die together. At least you're not alone in there...” buih- buih putih mula keluar dari bibir lelaki itu dan saat itu juga Jasmine mula terasa dadanya sesak.

Nafasnya tersekat- sekat.

Tubuh Taehyung sudah terbaring longlai diatas lantai. Cawan yang dipegang Jasmine jatuh diatas katil. Air matanya mengalir.

C- crazy.” bisiknya sebelum tubuhnya ikut terbaring lemah diatas katil lalu buih- buih keluar dari mulutnya.

Ya, suatu penyesalan bagi dirinya.

. . .

Sepanjang perjalanan menuju ke rumah Mama Jeon, Harley hanya membisu saja. Sejak semalam dia berasa tak sedap hati.

Entahlah, mungkin perasaannya saja ataupun dia mungkin nervous hendak berjumpa dengan Mama Jeon? Mungkin.

“Sayang, okay tak ni?” soal Jungkook seraya menoleh sekilas sebelum fokus ke pemanduannya semula. Harley mengangguk kecil.

Dia berdehem kecil. Matanya melihat ke cermin pandang belakang sekilas, Rania sedang duduk diam di kerusi belakang. Teruja nak berjumpa dengan Halmonie Jeon-nya itu.

“Betul ke okay ni? Saya perati dari rumah lagi sayang senyap je.” ujar Jungkook. Harley mendiamkan diri.

“Saya rasa tak sedap hati.”

“Pasal apa?”

“Jasmine...”

Jungkook terjeda seketika, dia berdehem kecil. Seakan tak suka dengan pengakuan gadis itu.

“Risau pasal Jasmine ke... atau awak risaukan bekas awak tu?” soal Jungkook dengan nada sedikit jengkel. Harley menoleh sekilas. Jungkook sama sekali tak menoleh kearahnya. Dia mengeluh kecil.

“Saya cuma rasa tak sedap hati, bukannya ada niat nak bahas pasal lelaki tu. Kalau awak tak suka, saya minta maaf.” jawab Harley.

Dari pandangan sisi saja dia tahu yang Jungkook tak sukakan respon yang dia beri. Tapi dia peduli apa?

“Okay, saya minta maaf. Saya terbawa emosi. Saya cemburu...” balas Jungkook. Harley mendiamkan diri, tiba- tiba saja dia kehilangan mood nak berbual dengan lelaki itu.

Kereta Jungkook berhenti tepat dihadapan pintu pagar sebuah rumah banglo. Beberapa saat kemudian, gate terbuka dengan sendirinya.

Terpacul muka Puan Jeon di hadapan rumah dengan senyuman yang lebar sampai ke telinga.

“Halmonie Jeon?” soal Rania dengan nada teruja.

“Rania turun dulu, Daddy nak cakap dengan Mummy kejap. Boleh, nia?”

“Boleh je Daddy!” jawab Rania, tampa banyak soal, kanak- kanak kecil itu melangkah keluar dari kereta lalu menghampiri Puan Jeon, sebuah pelukan diberikan. Harley cuma memerhati dalam diam.

Saat itu dia merasakan tapak tangannya disentuh, Harley menoleh ke sisi.

“Maaf pasal tadi. Saya janji tak buat lagi. Janganlah marah sayang.”

“Saya tak marah pun. Dahlah, saya nak keluar.”

Pegangan tangan Jungkook dilepaskan sebelum Harley melangkah keluar dari perut kereta.

Jungkook tergamam, tak sangka sebegitu reaksi Harley terhadap dirinya?


.

Double update, so smile!

[🙆]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💓]

[S1&S2] Daddy Issue ✓Where stories live. Discover now