Daddy Issue
❝I'm somebody that you can't control.❞
___________________
“KEADAAN dia baik-baik je, nasib kau cepat call aku, kalau tak nyawa perempuan ni dah melayang.” ujar Seokjin seraya mengangkat punggung dari birai katil.
Jungkook cuma memerhati, jauh disudut hatinya dia betul- betul rasa kesal dengan sikapnya.
Kalau dia tahu Harley alah pada kekacang, tak ada adanya dia hidangkan biskut kacang pada gadis itu.
“Perempuan ni ada alahan pada kekacang, dia tak tahu ke? I mean, kalau dia tahu kenapa dia berdegil nak makan biskut kacang tu?”
“Satu biji kacang dia makan boleh menyebabkan ruam dan bengkak pada bibir. Kalau banyak boleh menyebabkan tekak sempit dan sukar untuk bernafas.” terang Seokjin, doktor lelaki berbibir tebal itu.
“Kalau makan berlebihan pula boleh menyebabkan kematian. Dia nampak sengaja makan. Kenapa?” soal Seokjin, keningnya terjongket seraya matanya ditolehkan ke Jungkook.
Lelaki itu diam saja, tak merespon soalan rakannya yang bekerja sebagai doktor itu dan juga pemilik sebuah hospital di Seoul.
“Tak ada apa- apalah, hyung. Em, tak ada rawatan lain ke supaya elergic dia tu cepat sembuh? Bibir dia dah mula bengkak. Aku nak dia sembuh cepat.” ucap Jungkook, serius saja nadanya.
Seokjin terjeda seketika, dia melepaskan keluhan kecil. Satu jarum kecil dikeluarkan dari briefcase-nya.
“Ini suntikan Epinephrine, untuk sembuhkan alahan dia dengan cepat. Disebabkan kau dah tak sabar sangat nak dia sembuh, aku terpaksa gunakan.” terang Seokjin, baju di bahagian lengan Harley diselaknya.
Dia hanya mampu menarik nafas berat bila ada kesan lebam seakan bekas jarum disitu.
Seokjin menutupnya, dia memilih untuk menyuntik gadis itu di bahagian tapak tangan saja.
Jarum diletakkan disemula didalam briefcase.
“Aku ada selak sikit bahagian badan dia, ada kesan sebat dan luka di bahagian paha. Kook, aku tahu kau nak sembuh dengan cepat, tapi bukan ini caranya.” ucap Seokjin.
“Kalau kau terus- menerus buat macam ni, kau boleh disabitkan kesalahan penderaan seksual, kau tahukan?” soal Seokjin, cermin mata bulatnya dibetulkan bila hampir melorot ke hidung.
YOU ARE READING
[S1&S2] Daddy Issue ✓
Random[Remake version of Suami Untuk Disewa.] "I'm not your daddy." "Jadi kenapa awak 'beli' saya kalau tak nak kena panggil daddy?" Dibeli oleh seorang lelaki kaya dan muda, Harley berfikir bahawa lelaki itu mahu menjadi sugar daddy bagi dirinya. Namun l...