Sss....Desiran dedaunan kering mula diterbangkan angin petang. Nayla masih berteleku di hutan kecil belakang rumah. Merajuk dengan keluarganya yang sering menyisihkan dia.
"Apa salah aku? Apa yang aku lakukan sehingga mereka benci sangat kat aku? Aku bukan darah daging merekakah?"
Hatinya sering merintih.
"Kalaulah ada orang yang mampu membalas dendam untuk aku."
"Aku ada, Nayla....."
Nayla berpaling. Suara seorang wanita singgah di telinganya.
"Siapa kau?" Matanya liar mencari. Mencari kelibat suara yang menyapanya seketika tadi.
Namun suara itu kembali senyap. Yang ada cuma deruan angin yang sedikit kencang. Dia suka di sini. Di bukit belakang rumah ni. Lalang-lalang yang meninggi namun tidak semak bagai ada yang menjaga. Telaga yang selalu jernih airnya.
Tiba-tiba matanya terpandang sesuatu. Sesuatu yang sedikit berkilau bersembunyi di sebuah lubang. Ya, di hujung perdu nangka ada satu lubang yang dalamnya memancarkan sedikit cahaya kekuningan.
Nayla mencari sesuatu. Dia jumpa parang yang sudah berkarat pasti ditinggalkan ayahnya dahulu. Parang tersebut diambil dan lubang kecil itu dirodok-rodok. Tangannya penuh tanah merah.
Apa ni?
"Emas?" Rantai tangan itu ditarik dari dalam tanah. Tanahnya sudah bagaikan sebati, cuma sedikit warna kuning yang berkilauan. Nayla tersenyum. Rezekinya mungkin hari ni. Dapat seutas rantai tangan.
Rantai tangan yang dipenuhi tanah digosok dengan hujung baju. Halus buatan emas ni. Dia akan sinpan emad ni. Dia yang jumpa, jadi emas ni kepunyaan dia. Nayla tersenyum, dia kembali duduk di lereng bukit. Rantai tangan itu padan betul dengan pergelangan tangannya. Cantik sekali.
Sreett....... Bunyi dedaunan bagaikan diseret sesuatu. Nayla berpaling.
Hatinya tergamam. Ada seorang lelaki yang hampir seusianya berdiri dengan senyuman. Pelik. Siap dia? Tak pernah dia bertemu lelaki itu dalam kawasan kejiranannya.
"Awak siapa?"
Entah kenapa senyuman lelaki itu menghalau rasa risau dan gementar.
"Saya kawan. Awak bangunkan saya. Rumah saya dekat sini-sini je. Awak nampak sedih."
Nayla cuba tersenyum. Seronok barangkali hatinya bila bertemu seorang 'kawan'. Entah kenapa dia tak mampu berfikir dari mana lelaki itu datang. Masakan dia tidak kenal jiran-jirannya sendiri.
"Saya Megat. Apa khabar, Suria?"
"Suria? Saya Nayla."
Megat tersenyum.
"Wajah awak sama macam Suria kawan saya."
Sejak itu, Megat menjadi peneman saat hatinya dilanda duka. Berkongsi cerita di bawah rimbunan lalang berhampiran hutan mengkuang. Pokok nangka, cempedak dan pinang yang tinggi dan rimbun menghalang pandangan orang-orang di rumah pada Nayla yang berbicara dengan Megat.
"Saya rindukan awak Nayla. Dah lama saya tunggu saat ni. Bertemu awak kembali."
Nayla kurang pasti apa maksud Megat. Tapi dia langsung tak fikirkannya. Dia berkawan dengan Megat dah berapa lama. Pulang sekolah di belakang inilah dia habiskan masanya bersama Megat. Ya, hatinya sudah jatuh cinta pada Megat.
Mereka bermain di telaga yang keruh airnya. Sehingga satu hari Megat datang bertemu Nayla dengan wajah yang sedih.
"Saya tak akan lama kat sini. Saya harus pergi, Nayla. Saya harus tinggalkan tempat ni."
Bertahun dia kenal Megat dan tiba-tiba Megat muncul dan memberitahu dia akan pergi.
"Awak nak pergi mana? Nak pindah mana? Tak boleh ke kalau kita berhubung lagi?"
Megat tersenyum.
"Saya yakin kita akan bertemu lagi, Nayla. Mahu tak awak berjanji dengan saya?" Soalan Megat diiringi dengan satu suara yang cukup aneh. Sayup-sayup menerjah telinga Nayla. Suara aneh itu semakin menyeramkan. Wajah Megat nampak kalut. Sesekali matanya memandang dada langit. Apa yang dipandang pun Nayla tak tahu.
"Nayla saya dah tak banyak masa. Mahukah awak berjanji dengan saya?"
Nayla akhirnya mengganguk. Suara bagaikan seorang wanita sedang mengilai kedengaran.
"Janji apa?"
"Awak tak akan lupakan saya. Dan suatu hari nanti awak dan saya akan bersatu."
Nayla tergamam. Ya, dia juga punya rasa yang sama terhadap Megat. Dua tahun dia kenal Megat.
"Saya akan tunggu awak. Ini janji saya."
Megat mengambil jari Nayla. Diletakkan sesuatu. Nayla buka genggaman tangannya. Sebentuk cincin dari emas merah berkilau di tapak tangannya.
"Ini janji kita. Simpan selagi nyawa awak ada. Seru nama saya andai awak dalam kesusahan. Saya pasti akan ada menolong awak."
Nayla cuma mengganguk. Dia keliru sebenarnya. Keliru dengan butir bicara Megat.
Suara-suara aneh semakin galak kedengaran. Dari sayup-sayup ia semakin dekat.
"Nayla saya kena pergi sekarang. Ingat janji kita. Satu masa saya akan datang untuk menuntut janji kita. Saya kena pergi sekarang."
Sekali lagi mata tajam Megat memandang ke atas. Kali ni tajam dan lama. Bagai ada sesuatu yang lelaki ini nampak di dada langit yang mendung.
Ya, itulah akhirnya pertemuan Nayla dengan Megat. Sejak itu Megat terus menghilang dari kornea matanya. Sesekali rasa rindu menjelma.
Saya akan pegang janji kita bersama.
YOU ARE READING
2. Kerana Kau Aku Kembali (ON GOING)
HorrorNayla terus hidup bertemankan iblis sehingga satu saat seorang lelaki muncul. Siapa lelaki itu yang menuntut janji Nayla? Dan ustaz Zarul yang selalu menganggu ketenangan dirinya. "Takdir aku untuknya dan aku akan bawa dia ke syurga." Iblis...