Tengku Farathid Marteen CEO muda yang memiliki segalanya tapi bukan hati si gadis yang di cinta. Dalam sejarah hidupnya tiada perempuan yang terpahat di hati kecuali Kyra Mayseera. Segala di atur demi memiliki hati si gadis.
Kyra Mayseera putri tun...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Kerja kau mudah je pun , tak perlu nak takut. Just buat apa yang aku suruh."
Alana berpeluk tubuh. Adzran di sebelah sudah tersenyum.
"Ni 3 ribu. Kau selesaikan dulu kerja kau. Lagi 7 ribu aku transfer nanti kau dah bereskan kerja kau."
Alana menjelaskan. Adzran sudah terlopong mulutnya mendengar jumlah yang di tawarkan Alana untuk wanita di depan mereka itu. Biar betul. Bukan biasa biasa perempuan ni. Adzran menjeling lagi. Wanita itu hanya mendiamkan diri. Hanya menunduk.
"Kau fikir lah , mana kau nak dapat 10 k mudah mudah macamni. Alahh , setakat kerja kat hotel ni , apa lah sangat , lepas ni mana mana pun kau boleh kerja kan. Tak payah risau. Tidak pun aku carikan kau kerja kat tempat lain. Jangan bimbang."
Alana bersuara lagi. Wanita itu mengangguk angguk.
"Boleh pasti ke kau transfer duit tu semua. ?"
"Hellooo , setakat duit tu apa lah sangat. Aku just nak pastikan kau siapkan kerja kau aja. Kalau aku nk transfer sekarang pun boleh lah , tapi tu lahh. Kang aku transfer siap siap , kau pulak tak buat kerja."
"Okayy.. beritahu aku masa mana. Bilik berapa.?"
Alana dan Adzran saling menatap bila wanita itu mula bersuara. Mereka senyum bahagia.
**************
Kyra memicit micit kepalanya. Lakaran pada buku itu masih belum dia siapkan. Entah kenapa dari pagi lagi dia terasa mual mual. Tubuhnya juga terasa lesu sahaja , terasa tenaga pada badan tiba tiba hilang untuk hari ini.
"Puan okay ke ?"
Pembantu butiknya bertanya , melihat wajah majikannya yang lesu itu menrisaukan hatinya. Kyra memaniskan wajahnya.
"Iya Nori , saya okay je."
"Puan nampak macam tak sihat je."
"Saya sihat . Cuma rasa mual sikit. Awak jangan risau. Rasanya harini saya balik awal sikit kut. Nanti awak handle apa yang patut ea."
"Okay Puan. Saya rasa pun , Puan patut balik awal , rest . Muka Puan nampak pucat."
"Thanks Nori."
Pembantu butiknya mengangguk faham. Dia membetul dress pada patung itu seketika sebelum melangkah keluar dari bilik Kyra. Terasa tengkoknya yang penuh untuk mengeluarkan lavanya , cepat cepat Kyra berlari menuju ke bilik air yang sudah sedia ada pada biliknya itu. Segala yang penuh pada tengkoknya yang di rasai tadi , sudah habis keluar ke singki itu. Kyra mengeluh perlahan. Dia tersalah makan ke pagi tadi. Ahh ! Tak tahan diri merasa mual yang kuat mencengkam itu.