Bab 12

2.1K 49 0
                                    

Kyra merenung menu di atas meja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kyra merenung menu di atas meja. Dia tidak menyentuh. Menu itu langsung tidak di lihatnya. Handphone di ambilnya , entah apa yang di tengoknya , suami di depan yang sedang merenungnya tidak di endahkan.

"You nak makan apa.?"

Tengku Farathid bertanya.

"Taknak . I tak lapar."

"Mayseera, tadi kat rumah you tak makan. Sekarang dah pukul satu. Order apa apa yang you nak ."

Tengku Farathid tahu sejak pagi Kyra tak menjamah makanan. Risau kerana dua hari lagi akan berlangsung majlis persandingan mereka. Tak mahu apa apa berlaku pada Kyra.

"I cakap taknak. It's okay. You order apa yang you nak. I taknak makan."

Handphonenya di ambil laju oleh Tengku Farathid. Terkejut Kyra dibuatnya.

"You dah kenapa ? Bagi balik lah!"

Kyra cuba merampas balik handphone miliknya. Laju saja Tengku Farathid memasukkan handphone Kyra kedalam poket seluarnya. Kyra merenung tajam.

"Bagi balik lah!!"

"Makan. Tengok menu tu . Pesan makanan. Tengok phone nanti nanti. Okay?"

Tengku Farathid senyum manis. Kyra masih merenungnya lagi. Tidak berkelip.

"You kalau satu hari tak menyakitkan hati I memang tak boleh ea ?"

Kyra membuat muka geramnya.

"Okay boleh. Tapi you kena ikut semua cakap I. Lagipun kenapa you nak marah ? I suruh you pesan makanan untuk makan je pun. Untuk you jugak kan. Bukannya suruh you buat kerja berat. But is okay. Pelik pelik you pun I tetap sayang."

Tengku Farathid mengambil tangan Kyra di atas meja , laju juga Kyra menarik tangannya . Tak mahu di sentuh Tengku Farathid. Mukanya di palingkan ke arah lain. Malas mahu memandang lelaki itu.

"Kyra... Berapa kali I nak kena cakap. You tu sekarang dah jadi isteri I , macam mana sekali pun muka I yang you kena hadap. Breakfast, lunch , dinner , bangun dari tidur , lepas mandi sekali pun. I je yang akan ada. So stop buat perangai macam ni lagi. Accept the fact."

Tengku Farathid bertutur lembut. Kyra menjeling sekilas. Perlu ke nak sebut ayat yang last tu. Ada je benda yang membuat sakit hati. Dasar lelaki gatal. Bentak hari Kyra.

Setelah berperang mulut dengan Tengku Farathid, akhirnya Kyra memesan makanan. Dia mahu cepat cepat balik. Tak mahu lama lagi dengan lelaki ini. Panas hatinya. Lima belas minit kemudian makanan yang di pesan mereka sampai.

[C] Kyraa Dan Pria TerhebatWhere stories live. Discover now