Dato Malek memandang anak perempuannya di sebelah. Kyra membuang pandang ke arah luar tingkap kereta.
"Mungkin ni semua salah papa. Semua ni punca dari papa.. Athid dah janji dengan papa , nak jaga Kyra sebaiknya , nak happy kan Kyra. Tapi siapa kita nak lawan takdir kan.. papa bukan nak salah kan Kyra. Iya papa tak tahu apa apa , tapi yang papa pasti , Athid dah sedaya upaya pertahankan rumahtangga korang. Kalau betul Athid tak sayang Kyra. Kenapa sebelum ni dia jaga baik Kyra ? Kenapa dia tak lepaskan Kyra kalau dia boleh dapatkan perempuan lain. Papa tak nak paksa Kyra. Kyra fikirlah sendiri. Lepasni papa tak nak masuk campur lagi."
Panjang kata kata Dato Malek.. Kyra hanya mendiamkan diri. Deringan handphone milik Kyra berbunyi. Dia menatap screen itu , tiada nama , hanya nombor yang tertera. Dia menjawab juga.
"Kak... Kak Kyra...."
Kyra kebinggungan mendengar suara itu muncul. Lelaki ? Memanggilkan kak ?
"Siapa ?"
Sepatah dari Kyra.
"Ni Adzran.. kak Kyra , boleh kita jumpa. ? Ada benda penting yang saya nak sampaikan."
Adzran teragak agak. Kyra buntu sendiri. Hal apa lagi.
"Benda apa ? Rasanya hal kita dah selesai haritu. Farathid pun dah tak nak kita jumpa antara satu sama lain kan. Rasanya tak perlu.."
"Perlu kak Kyra. Benda ni sangat penting. Tak apa kalau kak Kyra tak percayakan saya , Kak Kyra boleh bawa semua bodyguard kakak bila kita jumpa. Sekejap pun jadi kak. Please..."
"Sorry.. I tak free sekarang.."
Kyra malas mahu melayan.
"Malam nanti ? Boleh kan ? Please kak... sekali saja saya minta. Tolong....."
Rayu Adzran.. Kyra mengeluh berat. Ada ada saja lah.
"Iyaa okay. Malam nanti. Pukul 9 ? Masa tu je free."
"Okay kak ! Malam nanti. Pukul 9. Dekat mana ?"
Suara Adzran sudah teruja. Kyra memikir sejenak.
"Cafe Monaca , jalan cempaka."
"Okay kak ! Thanks sangat sangat. Jumpa malam nanti."
Kyra mematikan panggilan. Dato Malek di sebelah memandang.
"Siapa."
"Kawan.."
Sepatah dari Kyra. Dia tiada mood untuk berborak panjang.
YOU ARE READING
[C] Kyraa Dan Pria Terhebat
RomanceTengku Farathid Marteen CEO muda yang memiliki segalanya tapi bukan hati si gadis yang di cinta. Dalam sejarah hidupnya tiada perempuan yang terpahat di hati kecuali Kyra Mayseera. Segala di atur demi memiliki hati si gadis. Kyra Mayseera putri tun...