Bab 19

1.7K 36 0
                                    

Selepas makan Bik Ani menolong Kyra membersihkan diri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas makan Bik Ani menolong Kyra membersihkan diri . Kyra sudah siap mandi , dia kembali ke katil. Kakinya masih belum gagah untuk banyak melangkah , dia masih memerlukan bantuan org sekeliling untuk memapahnya atau mengunakan kerusi roda.
Bik Mona membuka pintu setelah dibenarkan masuk oleh Kyra. Di tangan Bik Mona ada bekasan air dengan tuala , dia mendekati Kyra dan Bik Ani di katil.

"Cik Puan , saya letakkan ais kejap ya."

Bik Mona meminta izin sebelum menyentuh kaki Kyra. Kyra menggeleng tak mengizinkan.

"Tak ape Bik , saya boleh buat sendiri. Letak je situ. Nanti saya buat."

"Ehh tak boleh , nanti Tengku marah. Biar saya buat. Takpa Cik Puan. Cik Puan kan sakit. Jangan banyak bergerak."

Kyra hanya membiarkan. Mungkin senang baginya bila ada orang yang menolong. Bik Mona mula meletakkan ais di kaki Kyra yang bengkak. Bik Ani hanya memerhati. Bik Mona menjeling ke arah Bik Ani yang kaku berdiri dari tadi. Mata Bik Ani tak lepas memandang Kyra dari tadi , seperti terpesona.

"Tahulah Cik Puan cantik , tak payah la tengok macamtu sekali. Kerja dah siapkan ? Pergi letak dulang tu kat bawah. Lama lama kat situ kan mengamuk Tengku."

Kyra memandang Bik Mona yang bercakap. Laju Bik Mona menutup mulutnya. Seakan akan terlepas cakap. Tak tahu ke sekarang dia berhadapan dengan isteri Tengku. Lagi mahu mengata Tengku depan depan. Bik Ani yang perasan kecoplosan Bik Mona sudah gelisah tak menentu. Dia mengambil dulang di atas meja.

"Err , ampun Cik Puan. Tak bermaksud apa apa pun , saya cuma nak suruh Bik Ani keluarkan dulang makan tu cepat cepat. Kalau tak cakap macamtu. Dia tak bergerak."

Membulat mata Bik Ani mendengar kata kata Bik Mona. Tiba tiba dia yang kena. Dasar mona  , nak lepas diri , aku di salahkan. Bebel Bik Ani.

"Eee jahat ea mulut , nama orang pulak di petik. Dia yang cakap bukan bukan."

Bik Ani menjeling tajam. Geram. Bik Mona hanya menunduk , tangannya masih bergerak dengan ais di kaki Kyra. Kyra hanya sorok senyum. Rupa rupanya mereka takut dengan Tengku Farathid , siapa yang tak takut , asyik nak membaham orang je kerja bila marah. Benci Kyra dalam hati , mengingatkan perangai Tengku Farathid.

"Takpa Bik Ani , pergi je keluarkan mangkuk tu semua kat bawah."

Kyra memaniskan muka. Bik Ani melangkah keluar dari bilik.

"Bikk...."

"Bik Mona Cik Puan."

Bik Mona mengangkat muka memandang Kyra. Serba salah rautnya. Bimbang Kyra marah dengan kata katanya tadi pada Tengku Farathid, padahal Kyra sedikit pun tak ambil kisah , hanya saja Bik Mona dan Bik Ani yang takut.

[C] Kyraa Dan Pria TerhebatWhere stories live. Discover now