Tengku Farathid Marteen CEO muda yang memiliki segalanya tapi bukan hati si gadis yang di cinta. Dalam sejarah hidupnya tiada perempuan yang terpahat di hati kecuali Kyra Mayseera. Segala di atur demi memiliki hati si gadis.
Kyra Mayseera putri tun...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tengku Farathid mengosok belakang Kyra , pili air di sinki itu di biarkan terbuka , melihat Kyra yang sudah sedikit lega itu , Tengku Farathid mencuci bibir Kyra dengan tanganya. Sesekali dia mencuci tangannya dengan air , kemudian mengelap bibir Kyra kembali. Wajah Kyra yang pucat itu di tatap lagi. Hatinya tersentuh pedih. Kyra menolak perlahan tubuhnya , mungkin tenaga kuat Kyra sudah perlahan hilang kerana alahan yang di terima.
"Tak payah sentuh lah!"
Tengku Farathid melepaskan perlahan pelukannya.
"Semua yang sayang makan tadi dah keluar , nanti I suruh Bik Ani buatkan bubur ya ?"
Tengku Farathid menjarakkan sedikit dirinya dengan isteri , memberi ruang untuk isterinya.
"Tak payah.."
Kyra mengkumur mulutnya. Wajah suami langsung tidak di pandangnya.
"Cik Puan nak makan apa apa ? Bik Ani boleh buatkan."
Bik Ani di belakang sudah bersuara. Kyra menggeleng lagi.
"Bik Ani , lepasni Bik Ani kena masak masakan yang sihat sihat untuk Cik Puan. Dia tak boleh makan yang pelik pelik dah lepas ni. Biar mummy dengan baby dalam perut ni sihat."
Tengku Farathid senyum. Terlopong Bik Ani mendengarnya , mata dia sudah bersinar , bahagia mendengar berita itu.
"Cik Puan mengandung ?? Syukur.... Tengku akan dapat baby."
Bik Ani sudah ketawa , Tengku Farathid senyum mengangguk angguk. Bik Mona meluru datang ke arah mereka .
"Cik Puan hamil ??"
Membulat matanya memandang Bik Ani. Bik Ani senyum. Dia mengangkat ibu jarinya kepada Bik Mona. Bik Mona ketawa besar. Matanya sudah bersinar sinar.
"Yess !! Tak sabarnya.... mesti semua comel comel macam daddy dengan mummy dia."
Tengku Farathid tersenyum bahagia mendengar kata kata Bik Mona. Kyra menoleh pandang ke arah mereka.
"Lepasni tak payah cakap benda ni lagi. Rimas lah !!"
Bik Mona yang riang ketawa tiba tiba berhenti. Bik Ani mendiamkan diri. Wajah Bik Mona di pandangnya.. Tak kena lagi ? Mereka bahagia pun salah ke ? Tak pernah pernah Kyra meninggikan pada mereka. Bik Mona menunduk. Kyra mula melangkah meninggalkan mereka.
"Cik Puan pregnant kan , emosi dia tak stabil sikit. Mesti sebab penat sangat. Bik Mona dengan Bik Ani tolong tengok tengok kan isteri saya nanti saya tak ada yaa. Rasanya Cik Puan belum boleh masuk butik lagi. Alahan dia teruk tu."