Bab 20

2.1K 40 0
                                    

Tengku Farathid berjalan perlahan , matanya melilau mencari isterinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Farathid berjalan perlahan , matanya melilau mencari isterinya. Resah dia seketika bila sampai di bilik , kelibat Kyra tidak kelihatan. Bimbang Kyra melarikan diri , tapi tak mungkin dengan keadaan kakinya sebegitu tambahan lagi di luar rumah sudah ada pekerjanya yang menjaga setiap saat. Bila dia ke ruang tamu utama , Bik Mona sudah memberitahu akan keberadaan Kyra.

Dia memandang tubuh Kyra di atas kerusi rotan renang bersebelahan kolam , Kyra sudah berbaring di atas kerusi itu. Matanya pejam. Tidur ke ? Tengku Farathid mendekati kerusi itu , dia duduk di sebelah Kyra yang tersisa ruangnya sedikit sahaja. Tanganya menyentuh lembut pipi Kyra . Terkejut dengan sentuhan itu , Kyra membuka mata laju seraya mengalihkan badannya ke arah kiri , kerana tiada penghalang pada kerusi hampir saja dia jatuh ke bawah , mujur saja Tengku Farathid laju menangkap badan Kyra. Mereka sama sama terperanjat dengan kelakuan masing masing.

"Hati hati lah , kaki ni tak baik lagi. Nanti tangan tu pulak yang jadi mangsa. You nak makan bersuap seminggu ke ?"

Tengku Farathid risau. Setelah menstabilkan posisinya di kerusi kembali , Kyra menolak perlahan badan Tengku Farathid sampai terbangun suaminya.

"You boleh tak jangan asyik nak menyentuh I je . Stay away jela. I pandai nak jaga diri. Kalau you tak duduk dekat dekat , tak ada nya benda tadi jadi. Kenapa miang sangat ni ? Memang hobi you macamni ke?"

Kyra menjeling tajam. Tengku Farathid sudah memegang kerusi roda disebelahnya.

"Ooo pandai jaga diri ? Boleh jaga diri ? Okay. Tak perlukan I la ni ? Okay , fine. Boleh jaga diri kan.?"

Tengku Farathid sorok senyum. Dia menolak kerusi roda tadi menjauhi Kyra. Kyra memandang tajam. Sakit hati. Buat hal lagi la mamat ni. Dia memerhati saja tingkah Tengku Farathid yang menolak kerusi rodanya sampai ke dalam rumah. Kyra membuat muka geramnya. Tengku Farathid kembali semula ke arahnya , kerusi rodanya sudah tiada dengan Tengku Farathid. Tengku Farathid melangkah ke arahnya sambil menanggalkan baju di badannya. Apa lagi kali ni , Kyra berpaling muka ke arah lain.

"Bikkk !! Bikk Mona !!"

Kyra menjerit kuat. Memanggil bibiknya. Tengku Farathid sudah di depannya , hanya berseluar pendek atas lutut. Tengku Farathid meletakkan bajunya di atas kerusi renang kosong di sebelah Kyra , jaraknya dekat saja.

"Bikkk Mona......."

Kyra terus memanggil. Bik Mona sudah tiba terpingga pingga. Risau wajahnya.

"Yaaa Cik Puan. Tengku ? Kenapa ?"

"Bikk , tolong ambik kan wheelchair saya."

[C] Kyraa Dan Pria TerhebatWhere stories live. Discover now