Bab 59

1.2K 31 1
                                    

"Benci macam mana pun Kyra dekat dia , tak patut Kyra buat dia macam tu , Athid tu masih suami Kyra. Papa tak pernah ajar anak papa jadi macam ni."

Wajah Kyra di tatap lagi. Geram di hatinya masih terbuku melihat perbuatan Kyra untuk Tengku Farathid.

"Habis tu papa suruh dia ceraikan Kyra. Kyra tak nak ada dosa banyak dengan dia. Cukup dia je yang berdosa dengan Kyra. Buat benda macam tu kat belakang Kyra."

"Kyra.... kita siasat dulu benda ni , jangan ambik keputusan terburu buru. Papa takut Kyra menyesal."

Membulat mata Kyra mendengar yang keluar dari mulut papanya. Dia mengharapkan papanya berpihak padanya. Tak sangka , lelaki itu jugak menjadi belaan Dato Malek. Kyra sudah bangun dari duduknya.

"Menyesal ? Kyra tak akan menyesal kalau bercerai dengan dia pun. Kyra akan bahagia. Papa nak tengok Kyra duduk dengan orang macam tu ? Papa suka Kyra di perbodohkan oleh dia ? Papa suka ? Kenapa papa masih lagi nak backup dia atas apa yang dia dah buat dekat Kyra ? Pa.... dia tak iklas sayang Kyra. Kenapa papa susah sangat nak faham."

"Tapi kita tak ada bukti , dia buat semua tu.."

"Kyra nampak dengan mata kepala Kyra , pa !! Apa yang tak ada bukti nya , papa nak apa ? Papa nak video dia tengah bermaksiat dengan perempuan tu ? Biar nampak jelas dengan mata papa ?"

"Kyra... sabar... jangan ikut sangat dengan rasa amarah tu. Kita tunggu , Athid dapat bukti semua tu."

Makin tak faham Dato Malek dengan sikap Kyra yang memberontak itu. Selalunya Kyra bersikap matang.

"Bukti apa ?? Dua hari , tak ada apa yang boleh dia buktikan pada Kyra , pada papa. Dia hanya cakap dengan mulut manis dia , dia tak buat ?? Orang macam tu mana nak mengaku salah. Kyra tak nak hidup lagi dengan dia pa... Kyra tak nak ! Suruh dia lepaskan Kyra."

"Kyraaa ! Sudah... Athid tak boleh ceraikan Kyra."

"Kenapa ?? Kyra tak kira. Kyra tak nak tinggal kat rumah ni lagi. Kyra tak nak tengok muka dia."

Muka Kyra sudah memerah. Dato Malek menggeleng berkali kali.

"Athid tak boleh ceraikan Kyra."

"Kenapa ?? Papa pun dah gila kan harta dia ? Dia ugut papa lagi ?? Dia buat apa kat papa sampai papa jadi macam ni ? Sikit pun papa tak nak dengar cakap Kyra !"

Airmata yang telah jatuh itu di biarkan sahaja. Dia tak mampu lagi untuk menghalanginya , sakit di hati sudah terlalu dalam. Dia melangkah laju untuk keluar dari bilik itu , dia harus bersemuka dengan lelaki itu. Langkahnya laju di atur , Dato Malek sedikit berlari cuba mendapatkan anaknya. Panggilan papanya langsung tidak dia hiraukan. Pintu bilik Tengku Farathid di tolak kasar oleh Kyra , tercengang Tengku Farathid di atas katil itu. Dia cuba berdiri walaupun kakinya masih sakit , selaju itu juga lah tamparan Kyra yang kuat singgah di pipinya. Pandangan kebencian Kyra untuknya jelas kelihatan. Dato Malek sudah terlopong di muka pintu.

"Apa yang kau dah ugut papa aku ? Apa lagi yang kau dah buat ? Tak cukup ke semua benda yang kau dah buat sebelum ni ?"

Kelihatan bibir Kyra terketar ketar menahan amarah dan sebaknya sekali arus.

"Kyra !!"

Jergahan Dato Malek kuat menepa di bilik itu. Dia masuk mendekat ke arah anak dan menantunya. Pandangan redup Tengku Farathid untuk Kyra langsung tidak melembutkan hati Kyra ketika ini. Dada Tengku Farathid di pukul berkali kali. Dato Malek mendapatkan anaknya yang sudah seperti kehilangan akal itu.

"Aku nak kau ceraikan aku ! Cukup lah aku hidup dengan orang hipokrit macam kau !! Lepaskan aku , Farathid. Ceraikan aku. !"

Dato Malek sudah bergelut dengan anak perempuannya. Badan Kyra di peluk kemas dari belakang.

"Kyra ! Sabar...... Athid tak boleh ceraikan Kyra !"

Muka Dato Malek sudah memerah melawan kudrat dengan Kyra..

"Kyra nak jantan ni ceraikan Kyra. Sekarang !!"

Laungan Kyra memenuhi ruang bilik itu. Dia meronta ronta dalam pelukannya Dato Malek.

"Kyra mengandung !! Athid tak boleh ceraikan Kyra !! Kyra mengandungkan anak Athid."

Bagai batu besar yang jatuh menghempap kepalanya , laju tubuh Kyra jatuh longlai dalam pelukannya Dato Malek. Wajahnya beku , airmatanya laju menuruni pipi itu. Dia menangis terisak isak sendiri. Tengku Farathid memejamkan matanya perlahan , akhirnya airmata lelakinya jatuh jua. Dia mendapatkan Kyra yang sudah di lantai. Sebaik saja tangannya menyentuh Kyra , Kyra menepis kasar tangannya.

"Pa.... Kyra tak nak anak ni . Kyra tak nak kandungkan anak dia."

Membulat mata Tengku Farathid mendengarnya , hatinya seperti di cucuk jarum yang tajam , dalam ke lubuknya.

"Kyra.... apa Kyra cakap ni ? Tak boleh macam ni sayang.... Kyra kena kuat.... Kyra tengah mengandung , jangan cakap yang bukan bukan.."

Dato Malek cuba menenangkan. Rambut Kyra di usap perlahan.

"Kyra tak nak.... Kyra tak nak budak ni !! Kyra tak nak budak ni ada dekat rahim Kyra.!"

"Sayang..... jangan cakap macam tu , ni anak kita ... tak baik cakap macamtu. Kalau you nak benci , benci I sorang.. jangan cakap macamtu kat anak kita. Dia tak salah apa apa."

Mata Kyra mencerlung memandang Tengku Farathid.

"Aku tak nak !! Aku tak nak benih kau ada dalam rahim aku !! Cukup lah hati aku sakit sebab kau !! Jangan hadirkan orang lain lagi !!"

"Kyra !! Ingat tuhan Kyra !! Kenapa Kyra jadi macamni ?"

Dahi Dato Malek berkerut. Menegur perbuatan anaknya yang seperti tidak mengingat tuhan itu.

"Baby kita tak salah apa apa , jangan buat dia macam ni , kesian baby kita sayang.."

Tengku Farathid sudah menangis semahunya , perasaan malunya sudah hilang di depan mentuanya , sekarang hanya yang ada perasaan sakit dan sedih yang begitu dalam.

"Ni bukan anak aku !!! Aku tak nak budak ni !! Pa... tolong Kyra.. Kyra tak nak budak ni dalam rahim Kyra."

"Ingat tuhan Kyra !!!"

Suara Dato Malek sudah meninggi. Tengku Farathid mengagahkan diri , bangun dan mencapai handphonenya. Nombor doktor peribadinya di dail laju. Sesekali matanya memandang isteri yang masih utuh dalam dakapan Dato Malek. Ayat yang sama keluar dari mulut Kyra , dia tak menginginkan bayi itu. Tengku Farathid mengaup rambutnya berkali kali menanti panggilannya di jawab oleh doktor. Semoga Tengku Farathid ada kesabaran yang tinggi untuk di hadiahkan pada Kyra nanti. Airmatanya yang menitis itu di lap kasar.

[C] Kyraa Dan Pria TerhebatWhere stories live. Discover now