Pejam celik , usia kandungan Kyra makin bertambah , perutnya juga sudah membesar.. Kyra membelai lembut rambut suaminya itu , terasa lembut sentuhan tangan Tengku Farathid pada perutnya.. Tengku Farathid yang berbaring pada paha Kyra sudah tersenyum , sesekali wajah cantik isterinya di pandang..
"Harini tak masuk office lagi ?"
Kyra sudah bertanya , jam di dinding di liriknya. Pukul 10 pagi. Sudah dua hari suaminya tidak ke hotel , hanya menemaninya di rumah.
"Takk.. I risau , tarikh ni kan tak lama lagi.."
Tengku Farathid menjawab. Kyra sudah tersenyum lebar..
"Lambat lagi la sayang.. seminggu lagi.. you boleh masuk office.. I okay je.. Bik Mona dengan Bik Ani ada kan ?"
Kyra cuba menyedapkan hati suami. Tengku Farathid sudah tak sabar sabar menantikan kelahiran baby mereka. Setiap saat dia mahu bersama Kyra , tak mahu berenggang walaupun sesaat.
"Mana boleh.. tunggu masa je ni nak meletup. Kalau I tak ada , susah.."
Pipi Tengku Farathid sudah di tampar lembut oleh Kyra..
"Risau tak bertempat kan.."
Tengku Farathid tersengih..
"Risau sebab sayang.. aaaa ! Ada apa apa lagi nak tambah tak untuk baby ?"
Tengku Farathid bertanya teruja. Kyra sudah menggeleng perlahan.
"Kat bilik tu dah penuh barang baby , sayang.. nanti kita masuk bilik tu , entah entah tak jumpa baby sebab barang banyak sangat , ishh.."
Tengku Farathid sudah tergelak mendengar usikan isterinya.. pipi Kyra di sentuh lembut..
"Sayang..."
Tengku Farathid memanggil lembut.
"Hmm.."
Kyra menyahut cepat..
"I love you.."
Kyra senyum mendengar luahan Tengku Farathid..
"I love you more husband.."
*****************
YOU ARE READING
[C] Kyraa Dan Pria Terhebat
RomansaTengku Farathid Marteen CEO muda yang memiliki segalanya tapi bukan hati si gadis yang di cinta. Dalam sejarah hidupnya tiada perempuan yang terpahat di hati kecuali Kyra Mayseera. Segala di atur demi memiliki hati si gadis. Kyra Mayseera putri tun...