1 | taruhan gila

2.6K 259 72
                                    

Tangan Haewon pantas sahaja mencapai gincu berwarna merah pekat yang tersedia elok di atas meja solek. Gincu tersebut mula dicalitkan di atas bibir mungilnya. Menunjukkan warna yang begitu menawa sekali.

Haewon menghiris senyuman buat seketika tatkala melihat pantulan wajah sendiri di cermin solek. Dua ulas bibirnya dikemam perlahan bagi meratakan gincu yang dipakainya.

Sebaik sahaja menilik wajah yang sudah pun lengkap dengan solekan ringan namun kelihatan cukup menawan dan indah di wajahnya yang sedia cantik itu , pantas sahaja gadis itu bangkit daripada duduk.

Dress merah yang tersarung di tubuhnya diperhatikan semula. Buat ke sepuluh kalinya , pantulan dirinya dilihat pada cermin solek tersebut sebelum sekuntum senyuman terukir di wajah.

Haruslah gadis itu bersiap lawa lawa. Mahu ke parti kawan baiknya pulak tu.

Takkan pulak mahu kelihatan sememeh dengan pakaian buruk di sana pulak nanti. Mahu kena tahan malu Haewon tu nanti. Habis lenyap terus title bidadari campusnya itu nanti.

Eun Haewon.

Gadis yang memang terkenal dengan rupa parasnya yang begitu cantik sehingga mampu membuatkan semua lelaki yang memandangnya , jatuh cinta pada pandang pertama.

Bukan itu sahaja , Haewon juga merupakan salah seorang pelajar Seoul National University yang tergolong dari keluarga yang kaya raya. Omma dan appanya , kedua duanya mempunyai kerja tetap yang bagus sekali.

Ommanya merupakan seorang pensyarah terkenal di seluruh dunia disebabkan otaknya yang begitu genius manakala appanya pulak merupakan seorang pendakwa raya yang cukup terkenal dengan skillnya di dalam dewan persidangan.

Dan lahirlah , gadis dengan panggilan bidadari itu di dunia. Sempurna. Memiliki apa sahaja. Dan sentiasa akan dapat apa yang dia mahukan.

Namun mungkin kita patut ketepikan buat seketika tentang personaliti yang takkan pernah lepas dari kehidupan seorang gadis bernama Eun Haewon.

Pakar dalam mematahkan hati lelaki.

Angkuh dan sombong.

Kaki kelab malam dan kaki botol.

Kepakaran yang dia ada , menggoda lelaki dan buatkan lelaki tersebut jatuh cinta kepadanya.

Namun selalunya , selepas sahaja dia bosan dengan lelaki itu , ditinggalkan sahaja lelaki itu bagaikan sisa makanan yang dibuang ke dalam tong sampah tanpa perlu berfikir dua tiga kali.

Itulah kehidupan mewah Eun Haewon.

"Haewon-ahhhh !!!" kawan kawan rapat Haewon yang duduk di meja bulat tersebut menyambut kedatangan gadis itu.

Melebar terus senyuman Haewon sehingga menampakkan barisan gigi putihnya itu. Tanpa berlengah masa , pantas sahaja dia mengambil tempat di sebelah salah satu ahli kumpulannya , Oh Sehun.

Kumpulan Haewon merupakan satu satunya kumpulan yang cukup terkenal di campus memandangkan mereka semua terdiri dari ahli ahli yang kaya dan rupawan semuanya.

Tiga orang perempuan dan dua orang lelaki termasuknya.

"Yahhh , aku baru sampai tapi kau dah mabuk dah ?!" Haewon menekankan suaranya kepada Jisoo yang sudah mula mabuk.

Disebabkan suasana kelab malam yang bising dengan rentak lagu yang mengasyikkan dan suara suara pelanggan yang lain , terpaksa juga Haewon tinggikan suaranya. Kalau tidak , mahunya Jisoo tak dengar nanti.

Jisoo tersengih sengih bagai kerang busuk dengan kedua dua belah pipinya yang memerah. Di sebelahnya , Jaehyun yang merupakan teman lelakinya cuba untuk menenangkannya.

𝑯𝒊𝒄𝒌𝒆𝒚 . • kthWhere stories live. Discover now