10 | save me

1K 162 6
                                    

Suasana ruang makan tersebut sunyi sepi tanpa sebarang suara. Hanya bunyi sudu , garfu dan pinggan berlaga sahaja yang memenuhi ruang makan tersebut.

Mereka yang turut hadir di rumah agam milik Keluarga Kim semuanya berpakaian kemas dan segak sahaja. Tidak kira sama ada perempuan mahupun lelaki.

Bukan seperti keluarga biasa yang menikmati hidangan mereka bersama dengan keluarga tercinta , namun keluarga yang bersama di ruang makan ini sangat berbeza.

Daging mentah yang masih kelihatan enak dengan darah segar menghiasi pinggan putih tersebut. Tidak langsung membuatkan mereka yang menikmatinya terasa jijik.

Malahan mereka melahap daging dan darah segar itu dengan begitu tekun dan berselera sekali. Memang benda itu sahaja merupakan nafsu makan mereka.

Tapi hanya ada seorang sahaja yang tidak tenggelam dalam nafsu makanannya. Masih berdiam diri dan langsung tidak menyentuh makanannya.

Taehyung termenung jauh.

Fikirannya jauh melayang ke tempat lain memikirkan sesuatu. Seolah olah hanya jasadnya sahaja yang ada di kerusi namun rohnya melayang jauh entah ke mana.

Menyedari anak bongsunya yang langsung tidak menumpukan perhatian terhadap makanan yang terhidang khas buat mereka yang cukup luar biasa ini , Tuan Kim berdehem.

Deheman Tuan Kim mampu membuatkan mereka di meja makan serentak berhenti.

Pantas kesemuanya menoleh dan memandang yang paling tua itu serentak. Hanya Kim Taehyung sahaja masih tenggelam dengan angan angannya.

"Taehyung-ah , mana selera kau , hm ?" suara garau serak itu menerjah pendengaran.

Serentak mereka di meja makan memusingkan kepala dan memandang ke arah Taehyung yang tersedar dari lamunannya. Terpinga pinga lelaki itu jadinya.

"Nae ?"

Dia yang duduk paling hujung sekali terkejut melihat Tuan Kim yang kini sedang merenung tajam ke arahnya seolah langsung tidak berpuas hati dengannya.

"Ke-kenapa , appa ?"

"Kau termenung apa ? Benda apa yang bermain dalam kepala otak kau tu sampai makanan dekat depan mata pun langsung kau tak layan ?"

Taehyung terdiam.

"Jangan nak termenung sangat , makan makanan kau tu" ujar Tuan Kim kasar lalu menyambung menikmati makanannya semula.

Perlahan lahan Taehyung meletakkan garfu dan pisaunya di atas pinggan dan mengangkat wajahnya ke atas. Abahnya yang berada di hadapan dipandang.

"Perjumpaan keluarga malam ni memang nak kaitkan pasal Taehyung ke ?"

Suasana sunyi sepi buat seketika.

Tuan Kim yang berada di tengah tengah meja makan tersebut memandang tepat ke arah Taehyung. Dahinya dikerutkan tatkala memandang anak bongsunya sendiri.

Mendengarkan kata kata Taehyung , membulat terus mata Jimin. Cuak lelaki ketot itu jadinya. Takut takut jikalau Taehyung membuka mulut dan membabitkan namanya sekali.

Pandangan redup Taehyung berikan. "Appa nak mention pasal hickey Taehyung ke ?"

Dahi Tuan Kim berkerut.

Buat seketika , Taehyung memandang mereka semua yang berada di ruang makan itu silih berganti. Semua ahli keluarganya ditatap wajah perlahan.

"Mungkin selama ni kamu semua pandang rendah dekat Taehyung sebab masih tak jumpa pengactive hickey sendiri sedangkan kamu semua dah jumpa. Dan Taehyung tahu , sebagI keturunan vampire , hickey tu penting untuk hidup kita semua sendiri"

𝑯𝒊𝒄𝒌𝒆𝒚 . • kthWhere stories live. Discover now