8 | deal

1.2K 172 69
                                    

"Kenapa kau datang jumpa aku ?" soal Haewon dingin.

Kedua dua belah tangannya disilangkan dan dirapatkan ke dada. Wajahnya memandang dingin sahaja lelaki di hadapannya itu. Pandangan tajam diberikan sekali.

Namun lelaki di hadapannya itu langsung tidak menunjukkan sebarang rasa gentar pun terhadap renungan tajam Haewon yang dianggap bagaikan setajam pisau plastik mainan sahaja.

Makanan yang ditempahnya sebentar tadi di hadapannya itu lebih utama berbanding perempuan tembok tak tahu malu yang sudah pun meniduri lelaki puntianak sepertinya itu.

"Tunggu , aku tak tahu pulak yang vampire sangat berselera makan makanan manusia" ujar Haewon dalam nada perli.

"Habistu ? Kau fikir kitorang makan najis ?" sarkastik sahaja Taehyung membalas.

Balasan Taehyung membuatkan Haewon membuat mimik wajah menyampah. Matanya diguling ke atas. Sungguh malas ingin melayan lelaki menyakitkan hati di hadapannya ini.

Namun apakan daya , memang ini takdir Eun Haewon untuk melekat bersama Kim Taehyung yang dia sendiri tidak tahu tentang asal usul lelaki bukan manusia biasa tersebut.

"Bukan... korang hisap darah manusia ke ?" bicara Haewon serious.

"Darah manusia ? Kampung betul kau punya pemikiran terhadap vampire"

"Apa ? Betul lah. Dalam filem filem barat pun ada cakap yang vampire ni hisap darah manusia tau !"

Taehyung ketawa kecil. Seolah olah apa yang dikatakan oleh Haewon ketika itu terlalu lucu baginya. Entah apa yang kelakar , Haewon sendiri tidak tahu. Gila ke lelaki ni ?

"Kitorang dah lama berhenti hisap darah manusia , untuk pengetahuan kau"

"W-wait what ?" membulat mata Haewon.

Sesungguhnya , dia tidak sangka plot twist yang telah berlaku dalam dunia vampire. Selama ni dia hanya dididik dengan santapan asas puntianak iaitu darah manusia sendiri.

"Well , mungkin masih ada yang hisap darah manusia tapi mostly dah takde dah. Cause you know what..." Taehyung mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke arah Haewon.

Haewon pula membuat mimik wajah ingin tahunya kepada Taehyung. Tidak mahu terlepas walaupun satu pun butiran maklumat yang diberikan Taehyung kepadanya.

Taehyung tersenyum. "Darah manusia ni kinda disgusting , for your information"

Zzap !

Entah kenapa Haewon rasa sentap semacam. Hakikatnya bahawa dirinya itu merupakan manusia yang berhadapan dengan Kim Taehyung , si lelaki vampire itu.

Adakah lelaki itu bermain dan cuba untuk menghina Haewon dalam maksud tersirat sebenarnya ?

"Apa ? Kau fikir aku tipu kau ?" Taehyung ketawa kecil. "Aku tengah jujur lah"

"Kau biar betul ? Habistu... korang makan makanan manusia ?"

"Well , kitorang makan je makanan manusia walaupun makanan ni tak bagi effect apa pun. Bila kitorang makan , makanan ni rasa macam plain. Rasa macam takde rasa. Kitorang makan ni pun bila bosan rasa macam mulut kosong rasa nak mengunyah je"

Ternganga Haewon buat seketika mendengar penjelasan jujur yang diutarakan oleh Taehyung sendiri. Apa lelaki ni biar betul ? Sumpah lah dia ni vampire ?

Taehyung tersenyum. "Instead of hisap darah manusia , kami mendapatkan tenaga melalui sumber lain"

"Apa dia ?"

𝑯𝒊𝒄𝒌𝒆𝒚 . • kthWhere stories live. Discover now