11 | protect

1.1K 161 23
                                    

"Long time no see , Kim Taehyung" ujar lelaki itu dengan senyuman sinisnya.

Taehyung memandang sekilas di ke dalam rumah yang menampakkan Haewon yang sedang diikat di sebuah kerusi tersebut di ruang tamu sebelum merenung lelaki itu tajam.

"Apa yang kau fikir kau sedang lakukan ini , Chanyeol ?"

Lelaki bernama Chanyeol itu ketawa sinis buat seketika. Entah di mana lucunya , Taehyung sendiri tidak tahu. Wajah lelaki itu direnungnya tajam.

"Kau rasa ?"

"Sebelum aku buat apa apa yang berada di luar jangkaan kau , lebih baik kau lepaskan sahaja dia. Kalau kau buat baik , aku pasti akan balas baik jugak"

Chanyeol tersenyum sinis. "So is that true ?"

Serta merta sebelah kening Taehyung terangkat ke atas. Pelik dengan apa yang Chanyeol di hadapannya ini sedang maksudkan dengan ayatnya itu.

"Perempuan tu yang active kan hickey kau , bukan ?"

Taehyung tersentak.

Riak wajahnya serta merta berubah. Dia sendiri tidak tahu mahu balas bagaimana terhadap soalan yang ditujukan Chanyeol kepadanya itu.

Lidahnya kelu.

Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Entah macam mana Chanyeol sendiri dapat mengetahui hal ini , dia sendiri tidak tahu langsung.

"Kenapa ? Terkejut ? Nak tahu macam mana aku tahu pasal benda tu ke , hm ?"

Wajah Taehyung serta merta berubah ketat. Pandangan dingin dia berikan dengan renungan tajam yang menikam anak mata Chanyeol di hadapannya.

"Itu bukan tujuan aku datang ke sini. Aku tak kisah apa yang kau nak cakap tapi lepaskan perempuan tu. Selagi aku masih boleh berbaik , lebih baik kau ikut"

Kata kata beransur ugutan keras kepada Chanyeol membuatkan lelaki itu tiba tiba sahaja tertaw kecil.

"Oh no , aku memang tak sepatutnya menganggu keturunan vampire liar seperti kau , bukan ?"

Taehyung hanya diam.

Matanya masih tidak henti merenung tajam Chanyeol bagaikan bila bila masa sahaja dia boleh meratah dan membunuh Chanyeol semahu yang mungkin.

Perlahan Chanyeol ukirkan senyuman manisnya selepas menghamburkan segala gelak tawanya. Wajah Taehyung di hadapan dipandang penuh sinis.

Perlahan Chanyeol dekatkan sedikit tubuhnya dengan tubuh milik Taehyung. Dia membuka mulutnya untuk berbisik perlahan di telinga Taehyung.

Bahu Taehyung ditepuk dua kali.

"Untuk kalini , aku lepaskan perempuan kau. Mungkin aku boleh katakan harini merupakan hari suai kenal aku dengan dia" Chanyeol tersenyum sinis.

Dia melirik sedikit ke tepi membuatkan dia dapat melihat wajah Taehyung sedikit dari arah tepi sebelum dia tersenyum sinis. Penuh rasa kemenangan.

"Tapi... buat kali kedua aku berjumpa dengan dia. Jangan sesekali berharap yang aku akan lepaskan dia hidup hidup , Kim Taehyung"

Ugutan sinis itu membuatkan Taehyung mengepal penumbuknya erat. Walaupun jauh di dalam sudut hatinya terasa seperti ingin menumbuk lelaki itu , namun dikubukan sahaja.

Elok elok Chanyeol and the gang lepaskan Haewon untuknya , tidak boleh lah dia membuat hal dan membuatkan Chanyeol menarik semula kata katanya.

Lagipula , Taehyung malas ingin menjadikan hal ini semakin sukar. Tidak mahu berlakunya pertumpahan darah di antara kedua dua spesis yang sama seperti mereka.

𝑯𝒊𝒄𝒌𝒆𝒚 . • kthWhere stories live. Discover now