27 | the hidden truth

632 110 98
                                    


Perlahan lahan mata Taehyung terbuka. Pandangannya masih tidak stabil dan kabur jadi dia terpaksa memejamkan semula mata dan cuba untuk membuka balik.

Entah kenapa sisi kepala Taehyung rasa sakit sangat. Bagai mencucuk cucuk. Taehyung pun tak pasti apa yang dia buat sampai kepalanya rasa sakit yang amat seperti ini.

"Kau dah sedar ?"

Suatu suara menarik perhatian Taehyung membuatkan dia cuba untuk bangkit daripada posisi baring namun entah kenapa tak boleh. Terasa bagaikan seluruh tubuhnya telah pun melekat di tempat perbaringan itu.

Taehyung cuba untuk menggerakkan kedua dua belah tangan dan kakinya dan tatkala itu baru dia sedar bahawa pergelangan tangan dan kakinya sudah pun diikat dengan besi.

"Argh !" Taehyung meraung kuat namun kudratnya tak mampu melepaskan diri daripada tempat itu.

Baru Taehyung sedar , kini dia berada di dalam sebuah tempat yang seakan bilik pembedahan. Dan Taehyung berada di atas tempat pesakit baring untuk menjalani pembedahan.

A-apa yang dah terjadi sebenarnya...?

Seorang wanita mula menghampirinya dan menundukkan pandangannya bagi bertemu mata dengan Taehyung. Taehyung cuba untuk melihat wajahnya dengan lebih jelas.

Mata Taehyung terpaksa dikecilkan akibat silau dek kerana bekalan cahaya terang dari tempat ini. Pabila dia menstabilkan pandangan , baru Taehyung nampak wajah Im Yoona dengan jelas.

"Yo-Yoona..."

Dia tersenyum sinis. "Kenapa ? Terkejut kenapa kau berada di sini dan orang pertama yang kau nampak tu aku , hm ?"

Taehyung terdiam.

Taehyung masih keliru dan tak faham dengan apa yang terjadi ketika itu. Dia cuba ingat semula apa yang telah terjadi kepadanya sebelum ini namun entah kenapa kotak fikirannya langsung tidak mahu menayangkan semula insiden lalu.

"Kim Tae , kau tak faham lagi ke , hm ?"

"Yoona apa yang--"

"Aku , bukan dari keturunan vampire liar seperti kau , Kim Taehyung."

"Ma-maksud kau ?"

"Maksud dia yang dia tu salah satu daripada kami lah , bodoh." Chanyeol yang entah datang dari ceruk mana tersengih nakal.

"C-Chanyeol ? Ma-macam mana kau boleh ada dekat sini ? A-aku fikir kau dah mati lepas aku hancurkan tempat persembunyian korang." ujar Taehyung keliru.

Sesungguhnya , dia langsung tidak faham dengan apa yang terjadi. Melihatkan Chanyeol bersama dengan Yoona juga membuatkan dia jelas terkejut. Lagi lagi apabila mereka berdua seolah saling mengenali.

"Kenapa ? Kau fikir aku ni lemah sangat ke boleh mati macam tu je ? Tak menarik lah kalau aku mati awal awal kan , Taehyung ?" Chanyeol ketawa.

"Lagipula , sepanjang serangan yang aku berikan kepada kau yang melibatkan Haewon , hanya lah satu uji kaji untuk aku kenal pasti apa kelemahan sebenar kau."

Riak wajah Taehyung berubah.

"Dan kalau kau masih tak faham... aku orang yang menjerat Haewon dalam bahaya itu. Aku yang mengajaknya untuk ke party yang menemukan dia dengan Chanyeol. Dan aku juga turut menyuruh Jisoo beritahu kepada Haewon bahawa ada lecturer ingin berjumpa dengannya di dewan kuliah sedangkan aku menjeratnya masuk ke tempat pemujaan kami." jelas Yoona tenang.

Mata Taehyung membulat besar.

"Jadi... memandangkan kau ni seorang vampire lagenda , apa kata kau teka apa yang kami ingin lakukan kepada kau , Kim Taehyung ?" sengihan jahat menghiasi wajah Chanyeol.

𝑯𝒊𝒄𝒌𝒆𝒚 . • kthWhere stories live. Discover now