7 | love warning

1.3K 178 33
                                    

"YAH KIM TAEHYUNG !" Haewon menjerit marah tatkala matanya terlihat wajah Taehyung dengan sengihan lebar di dalam bilik rakaman suara.

Pintu bilik itu pantas dibukanya dan dia masuk ke dalam bilik. Pintu itu dihempas kuat tanda amarah terhadap apa yang baru sahaja Taehyung lakukan.

Taehyung hanya tersengih. Seolah olah gadis yang rupa seperti hendak membunuhnya ketika itu langsung tidak menakutkannya.

Haewon berdiri betul betul di hadapan Taehyung. Kedua belah tangannya disilangkan lalu dirapatkan ke dada. Pandangan tajam diberikan kepada lelaki itu.

Taehyung masih dengan sengihan lebarnya. Belakang badannya disandarkan pada meja yang ada di dalam bilik tersebut. Kebetulan , hanya mereka berdua sahaja yang ada di situ.

"Macam mana kau tau alamat campus aku ?" soalan pertama Haewon tujukan.

Taehyung ketawa sinis. "Kau lupa ? Aku ada instinct untuk tau di mana kau berada dan apa yang kau tengah rasakan"

"Oh ? Jadi kau nak berbangga dengan aku yang kau ni vampire , macam tu ?"

Senyuman Taehyung mati.

"Apa kau fikir kalau kau vampire dan kau tau di mana aku berada , aku hamak sangat ke nak tau ? Hell no , Kim Taehyung. Kau tu dah memalukan aku depan kawan kawan campus aku , apa masalah kau sebenarnya ni ? Apa yang kau nak , ha ?"

Mata Haewon dijengilkan ke arah Taehyung. Sengaja ingin menunjukkan kepada lelaki itu bahawa dia tidak gentar langsung walaupun sudah mengetahui lelaki itu bukan manusia biasa.

"Pelik... kau tak takut dengan aku ke ?" sebelah kening Taehyung terjungkit ke atas.

"For what ? Sebab kau vampire , hm ?"

"Yea. Aku pelik sebab kau langsung tak freak out lepas tau yang aku vampire. Malahan juga aku dah buktikan dekat kau sekali"

"Buat apa pulak aku—"

"Oh ya , hampir terlupa" kata kata Taehyung memotong percakapan Haewon. Taehyung tersenyum sinis. "Kau kira beruntung tau"

"Untuk ?"

"Sebab selama ni orang yang tahu aku vampire , semuanya dah jadi santapan malam aku" dia tersenyum sinis.

Mendengarkan sahaja kata kata Taehyung , Haewon tersentak. Terkejut mendengar pengakuan yang menggetarkan tubuh badannya ketika itu.

Walaupun dirinya tiba tiba sahaja rasa terancam dengan kewujudan Taehyung di hadapannya , namun sedaya upaya gadis itu mengekalkan wajah selambanya.

Tidak mahu kelihatan begitu lemah ataupun tumbang dengan apa yang baru sahaja lelaki itu katakan. Mungkin Kim Taehyung hanya sekadar bergurau.

"Kenapa ? Kau fikir aku bergurau ?" dia ketawa sinis.

Haewon tersentak.

Perlahan Taehyung berdiri tegak lalu berjalan menghampiri gadis di hadapannya itu. Entah kenapa kaki Haewon langsung tidak dapat berganjak.

Bagaikan digam kukuh pada lantai , gadis itu hanya tercegat sahaja di hadapan Taehyung walaupun lelaki itu sudah makin menghampirinya.

Taehyung mendekatkan wajahnya ke wajah Haewon dan mula berbisik perlahan ke telinga gadis itu. "Kalau kau izinkan , aku boleh hisap darah kau dekat sini jugak"

Membulat mata Haewon. Tubuh badannya serta merta kaku. Terkejut dengan apa yang baru sahaja dia dengar daripada lelaki di hadapannya itu.

Tatkala tangan Taehyung mula menyentuh kulit lehernya , terasa begitu sejuk dan dingin sekali serta merta membuatkan bulu roma Haewon menegak.

𝑯𝒊𝒄𝒌𝒆𝒚 . • kthWhere stories live. Discover now