12 | love sickness

1.2K 170 13
                                    

"Dia denam panas"

Taehyung gigit bibir bawahnya buat seketika. Perlahan kepalanya diangguk sebagai tanda faham. Wajah Haewon yang sudah pun tertidur di atas katil tak lepas dipandang risau.

Sebaik sahaja menjalankan tugas , doktor peribadi Haewon terus meminta diri untuk pulang. Madam Lee juga turut menemankan doktor tersebut untuk ke keretanya.

Entah apa yang terjadi , tatkala Taehyung sedang membawa gadis itu pulang ke rumahnya sendiri , tiba tiba sahaja Haewon pengsan dan suhu badannya panas sangat.

Effect terkejut sangat sampai denam panas ke ?

Taehyung melepaskan keluhan berat. Kedua dua belah tangannya digenggam dan dahinya direhatkan di genggaman tangannya sendiri di sisi katil milik Haewon.

"Err.. maaf bertanya. Tapi boleh saya tahu encik ni siapa ? Dan macam mana pula encik boleh bawak dia pulang ke rumah dalam keadaan macam tu ?"

Entah datang dari ceruk mana , Madam Lee tiba tiba sahaja menujukan soalan pertama yang daripada tadi tak henti berlegar di dalam mindanya membuatkan dia ingin tahu sangat sangat.

Taehyung angkat wajahnya sedikit dan memandang ke arah Madam Lee sebelum ukirkan senyuman manis. Badannya ditegakkan sedikit.

"Kim Taehyung. Saya..." wajah Haewon yang pucat lesu dipandang buat seketika.

"Teman lelaki Eun Haewon."

Mendengarkan sahaja jawapan daripada Taehyung , Madam Lee terus kuntumkan senyuman lebar. Faham sahaja lah anak majikannya ini memang lelaki keliling pinggangnya sahaja.

Jadi sepatutnya Madam Lee tak perlu tertanya tanya jikalau ternampak Haewon bersama dengan lelaki lain dan berbeza setiap hari di mana mana.

Yang membuatkan Madam Lee pelik , Haewon tak pernah membawa teman teman permainan lelakinya itu ke rumahnya.

Lagipula , wajah tampan Taehyung kelihatan agak asing sekali di mata Madam Lee. Tak seperti rupa budak budak lelaki yang Haewon sengaja permainkan hati mereka.

"Encik nak apa apa air panas ? Kalau nak madam boleh buatkan. Kopi ke teh ke ?"

Taehyung pantas menggeleng kekok. "Eh tak payah tak payah. Saya okay je. Dan madam pun boleh panggil saya Taehyung je."

Wanita separa umur 40-an itu ukirkan senyuman manis kepadanya sebelum menunduk hormat lalu pergi meninggalkan bilik tidur tersebut.

Memandang kedua dua orang tua Haewon tiada di rumah buat seketika atas urusan kerja , jadinya hanya ada pembantu rumah sahaja yang akan menjaga Haewon di rumah.

Lagipula , sudah menjadi kebiasaan buat gadis itu tatkala pulang ke rumah dan langsung tidak menjumpai batang hidung omma dan appanya di mana mana.

Kerja lebih penting dari anak sendiri gamaknya.

Wajah Haewon yang masih terpejam erat kedua dua belah matanya itu diamati Taehyung lama. Riak wajah risau jelas kelihatan terpapar di mukanya ketika itu.

Takut takut jikalau demam panasnya semakin merosot dan menjejaskan kesihatan gadis itu.

Lagipula memang itu semua salah dirinya. Jikalau dia tidak hadir di dalam hidup gadis itu , sudah pasti dia tidak akan meletakkan gadis itu di dalam posisi yang bahaya.

Perlahan Taehyung mencapai tangan Haewon dan mula digenggamnya erat. Tangan gadis itu diusapnya lembut sambil mata tak lepas memandang gadis itu.

"Mianhae..." Taehyung gigit bibir bawahnya. "Kalau kau tak jadi hickey aku , pasti semua ni langsung takkan jadi"

𝑯𝒊𝒄𝒌𝒆𝒚 . • kthWhere stories live. Discover now