15 | drunk kim

1.1K 134 27
                                    

"Sudah sampai masanya untuk kau berlaku parasite terhadap seseorang , kim tae."

Kata kata Yoona sebentar tadi masih lagi terngiang ngiang di dalam kepalanya. Langsung tidak dapat dilupakan. Terasa bagaikan sudah digam kukuh di dalam kepala otaknya sendiri.

Taehyung yang sedang berjalan seorang diri itu perlahan menghentikan langkahnya. Keluhan berat dilepaskan serentak kedua dua belah matanya dipejam rapat , melepaskan segala rasa beban.

Malangnya , bebanan sendiri tak dapat dilupakan.

Taehyung juga sudah tidak tahu ke mana lagi mahu ditujunya. Entah ke mana kakinya membawanya , dia sendiri tidak tahu. Hanya berjalan tanpa arah tuju.

Keretanya pula sudah pun ditinggalkan kepada Yoona. Pandai pandai lah sepupunya itu menguruskan keretanya sendiri.

Perlahan wajahnya diangkat ke atas. Kedua dua belah matanya meliar memandang sekeliling. Memandang segenap ruang kawasan yang dia sedang berada.

Hanya sekitar kawasan jalan yang biasa. Terdapat pelbagai gerai menjual makanan , orang orang lalu lalang dan suasana yang agak sesak dengan ramai orang.

Namun , Taehyung tidak kisah.

Telefon pintarnya pun telah pun diturn off. Walaupun hakikatnya dia menerima banyak panggilan tak terjawab dan mesej daripada keluarganya , namun diabaikan sahaja.

Taehyung tahu dia bakal dimarahi sebentar nanti , namun apa boleh buat. Jikalau dia kata dia tidak mahu , maknanya situasi antara mereka sekeluarga tidak akan berubah langsung.

Lagipula , kalau dia kunjungi rumah keluarganya , bukannya dia akan berasa tenang pun. Makin serabut lagi ada lah. Buang masa sahaja dia ke sana.

"Haewon-ah..."

Entah bagaimana nama gadis itu tiba tiba sahaja terbit di bibir milik Taehyung. Sayu dan perlahan sahaja nada suara Taehyung. Mungkin kerana sedih ?

"Mianhae..."

♡♡♡

Haewon's

Ting ! Tong !

"Madam Lee ! Ada orang datang !" laungku kuat sambil berpaling ke arah dapur.

Rasanya tadi Madam Lee ada dekat dapur tengah kemas dapur. Tapi walaupun sudah berminit dia langsung tak sahut panggilan aku yang berada di ruang tamu ini.

Dahi aku berkerut buat seketika. Pelik lah pulak. Mana pulak Madam Lee ni ? Takkan dia tinggalkan aku sorang sorang dekat dalam rumah pulak ?

Omma dengan appa pulak macam biasa , tak ingat jalan balik rumah lah tu. Pejabat tu rumah baru gamaknya.

Ting ! Tong !

Perlahan aku tolehkan wajah dan memandang ke arah pintu utama rumah agamku ini. Entah siapa yang berada di hadapan pintu aku sendiri tak tahu.

Sebab malas sangat nak bermain permainan teka teki dengan kepala otak aku sendiri , aku pantas bangkit daripada duduk dan meletakkan telefon pintar di atas meja kaca di hadapan.

𝑯𝒊𝒄𝒌𝒆𝒚 . • kthWhere stories live. Discover now