13 | marry me

1K 150 41
                                    

Kedua dua belah kelopak mata gadis itu bergerak gerak sedikit sebelum perlahan lahan dibukanya. Pandangan yang kabur menerjah pemandangannya memandangkan dia sudah pun lama berpejam mata.

Membuatkan pandangannya menjadi agak kabur tatkala dia membuka pertama buat kali pertama.

Lama Haewon mendiamkan diri. Kejap kejap matanya dipejam dan dibuka bagi membetulkan pandangannya yang sebentar tadi kian kabur.

Sebaik sahaja pandangan matanya sudah pun menjadi normal. Dia mula melepaskan keluhan perlahan. Melihatkan sahaja dari gaya tempat dia berada , tahu lah dia sedang berada di dalam bilik tidurnya.

Perlahan Haewon bangun dari pembaringannya dengan bantuan sebelah tangannya yang diletakkan di atas permukaan katil sebagai penyokong tubuh badannya.

Baru sahaja dia ingin menoleh ke tepi , matanya serta merta membulat besar tatkala melihat figura yang langsung tidak asing di pandangannya yang elok sahaja duduk bersilang kaki di sisi katilnya.

"Kamchagiya !" lafaz Haewon terkejut sambil bahunya terhinjut laju.

Pandangan penuh terkejut dan sukar untuk dipercayai Haewon paparkan kepada lelaki tersebut. Walaupun mereka sudah bertentang mata , lelaki itu tetap memberikan pandangan selamba.

Seolah olah kehadirannya secara tiba tiba di dalam bilik tidur gadis itu bukan lah suatu masalah yang besar yang patut mereka berdua perdebatkan.

"Ma-macam mana kau boleh ada dekat sini , bongok ?" marah Haewon geram.

Manakan tidak , bangun bangun sahaja pemandangan pertamanya dicemari dengan wajah si tak guna seperti Taehyung itu. Nasib sahaja gadis itu tidak punyai penyakit jantung.

Kalau tidak , sudah bergelar mendiang lah Haewon nanti.

Taehyung masih dengan pandangan kosong dan selambanya setia di raut wajahnya. Dia membalas pandangan Haewon sebelum membuka mulut untuk menyatakan jawapannya sendiri.

"Aku lupa jalan balik rumah , tu yang aku stay sini"

Pandangan kau-biar-betik ditayang Haewon kepada lelaki itu. Sememangnya jawapan Taehyung merupakan alasan terpaling bodoh pada abad ini yang pernah Haewon dengari.

"Kau fikir aku bodoh ke , Taehyung ?" pandangan menjengkelkan ditayang. "Sebelum aku belasah kau , baik kau berambus dari bilik aku sekarang ! Dasar pervert !"

Taehyung ketawa sinis.

"Look who's talking here." Taehyung geleng kepalanya sinis dan tersenyum nakal.

Mata coklatnya merenung tepat ke dalam anak mata hazel milik Haewon dengan pandangan dan gaya nakal tak ubah seperti badboy.

"Kau yang merayu dekat aku bukan main malam semalam sambil menangis nangis supaya aku tak tinggalkan kau seorang. Dan sekarang pulak kau suruh aku berambus ?" Taehyung tersengih sinis. "What a good twist , Eun Haewon"

"Wait what ?"

Berkerut seribu terus dahi Haewon mendengar bait perkataan yang terbit di bibir milik lelaki itu. Makin dia tidak percaya apabila lelaki itu mengatakan semuanya berpunca daripadanya sendiri !

Mana mungkin Haewon akan meminta lelaki seperti itu untuk berbuat demikian. Taehyung pasti sedang mereka cerita untuk membuatkan Haewon rasa bersalah !

Haewon senyum sinis.

"Do you think I'm stupid enough to believe that ?" kata kata penuh berbaur sarkastik Haewon berikan.

Taehyung ketawa sinis.

"Aku dah agak kau pasti akan kata begitu. Memang kau tak mahu percayakan langsung kebenaran yang aku beritahu kepada kau , bukan ?"

𝑯𝒊𝒄𝒌𝒆𝒚 . • kthWhere stories live. Discover now