25 | missing you

636 111 50
                                    

Perlahan lahan mata Haewon dibuka. Seperti biasa , benda pertama yang dilihatnya ketika itu hanyalah siling putih biliknya. Bukan lah satu benda asing yang menyambut paginya.

Haewon memejam matanya rapat buat seketika lalu dibuka kembali. Cuba untuk menstabilkan penglihatannya yang terasa agak kabur.

Perlahan tangan kanannya diletakkan di atas tilam sebagai penyokong untuk membantu tubuhnya mengubah posisi daripada baring kepada duduk di atas katil.

"Argh !"

Sisi kepala Haewon pegang perlahan. Entah apa yang dibuatnya malam semalam sehingga kepalanya terasa sakit dan pening ketika bangun pada pagi itu.

"Tunggu..."

Kejadian semalam bermain semula di dalam benak fikirannya di mana insiden Taehyung yang entah bagaiman boleh berada di beranda rumahnya dan dia membawa lelaki itu masuk ke dalam biliknya.

"Taehyung ?!" Pantas Haewon memusingkan tubuhnya ke kiri dan kanan memandang atas katilnya.

Malangnya , hanya ada dia sahaja di atas katil.

"Aku bermimpi ke se--"

Kata kata Haewon terhenti tatkala menyedari tubuhnya yang tidak berbaju. Dari atas hingga ke bawah tiada seutas benang pun menutupi kulit putihnya itu.

"Oh gosh." Mulutnya ditekup dengan kedua dua belah tangan.

Ini bermakna , kejadian semalam bukanlah mimpi.

♡♡♡

"A-argh..." Haewon mengerutkan dahinya menahan rasa sakit di bahagian kemaluannya.

Bibirnya diketap rapat. Sejak bangkit daripada lenanya tadi , bahagian kemaluannya terasa pedih dan sakit semacam. Nak kencing pun rasa perit tau !

Haewon cuba untuk tidak berfikiran negatif seperti Taehyung dengannya...

"Tak tak tak ! A-aku pernah bermalam dengan dia. Ta-tapi kitorang tak pernah lagi go all out terus." Dia menggeleng kepalanya laju.

Walaupun otaknya daripada tadi telah beranggapan berkemungkinan dia dan Taehyung melakukan aktiviti seksual bersama , namun Haewon tetap cuba untuk berfikiran positif.

Hakikat bahawa selama dia bermalam dengan Taehyung... tidak sekali pun Taehyung memasukkan benihnya ke dalam tubuhnya seingat Haewon.

"Morning Cik Haewon !"

Sebaik sahaja Haewon turun ke tingkat bawah , wajah Madam Lee menyambut paginya. Haewon terus membalas senyumannya secara paksa walaupun hakikatnya dia masih terasa sakit.

Mata Haewon meliar memandang sekeliling buat seketika. Takut takut jikalau ada kewujudan Taehyung berdekatan dekat bawah ni ke. Mana lah tau.

Dah mesej dia , dia tak balas. Malahan baca pun belum lagi.

"Madam Lee." Panggil Haewon perlahan membuatkan Madam Lee yang sedang mengemaskan meja makan terus menoleh.

"Ye saya ?"

"Arm... Taehyung ada tak ?" soalnya ingin tahu. "I mean like Taehyung ada tak pagi tadi turun dari tingkat atas ke or dia..."

"Teman lelaki cik ada singgah sini ke semalam ?"

Haewon terdiam.

𝑯𝒊𝒄𝒌𝒆𝒚 . • kthWhere stories live. Discover now