20 | what would you do if i'm the only one who cross the line

769 117 85
                                    

Perlahan lahan kedua belah kelopak mata gadis itu mula terbuka. Tatkala matanya dibuka , pandangannya kelihatan agak kabur membuatkannya terus memejamkan mata semula. Supaya pandangannya akan menjadi stabil seperti sedia kala.

Sebaik sahaja dia membuka semula matanya dan kini pandangannya tidak lagi kabur seperti sebelumnya , dia mula memandang ke atas. Bukannya pandangan yang selalu dilihatnya. Siling berwarna hitam seakan menyambut dirinya yang baru sahaja terjaga.

Pantas sahaja gadis itu bangkit daripada posisi baringnya. Dengan sokongan sebelah tangannya di atas katil , dia mampu ubah posisi baringnya kepada duduk di atas katil. Matanya meliar memandang sekeliling buat seketika.

Cuba untuk mengenal pasti di mana sebenarnya dia berada.

Pelik.

Tempat ini terlalu asing buatnya. Bagaikan dia langsung tidak pernah menyinggah ke tempat ini. Tapi bagaimana pula dia boleh berada di situ ? Lagi lagi apabila dia menyedari dia baru sahaja berbaring di atas katil bilik itu ?

"Aku kat mana ni ?" Suara Haewon perlahan.

Disebabkan perasaan ingin tahunya daripada tadi semakin membuak , pantas sahaja dia bangkit daripada katil dan meninggalkan bilik tidur tersebut. Sebelum dia beredar , sempat dia memerhatikan sekelilingnya buat seketika.

Siling berwarna hitam. Dinding berwarna putih. Dan kebanyakannya barang di dalam bilik itu berwarna gelap gelap sahaja. Tapi kelihatan agak cantik susunan di dalam bilik itu. Kelihatan agak aesthetic gitu.

Sebaik sahaja pintu bilik itu dikuak perlahan , Haewon memandang ke kanan dan ke kiri buat seketika. Sedangkan dia sendiri tidak tahu selok belok rumah ini , macam mana pulak dia ingin keluar , kan ?

"Kat mana pulak ni...?"

Ketika melangkah di sepanjang koridor tersebut , entah imbasan apa yang tiba tiba sahaja menerjah kotak fikiran Haewon membuatkan gadis itu menghentikan langkahnya buat seketika.

Tubuhnya kaku.

"Aku dah cakap , kali kedua aku jumpa kau , aku akan bunuh kau."

Mata Haewon terbuntang.

Entah mengapa wajah sinis milik Park Chanyeol bermain di dalam kotak fikirannya. Sekali teringatkan wajah lelaki itu , berdiri tegak terus kesemua bulu roma milik Eun Haewon. Takut.

"E-entah entah... aku ada dekat dalam rumah dia , tak ?" Wajah Haewon mula berubah.

Takut takut jikalau dia masih berada dalam bahaya ketika ini. Baru sahaja difikirnya tadi , apa yang telah menimpanya sebentar tadi merupakan mimpi ngerinya sahaja.

Tapi boleh jadi... jikalau semua itu sebenarnya realiti.

"Eo ? Kau dah bangun ?"

Mata Haewon sedikit membulat tatkala bertembung dengan seorang lelaki yang entah siapa tiba tiba sahaja berada di hadapannya. Kecut terus gadis itu jadinya. Takut takut jikalau dia akan ditangkap dan dikurung di dalam bilik itu semula.

Baru sahaja Haewon ingin berundur dan melarikan diri daripada lelaki itu , dengan pantas lelaki itu menahan lengannya membuatkan langkahnya terhenti. Pandangan takut Haewon berikan.

"Kenapa kau nak lari pulak ni ?" Berkerut wajah lelaki itu memandang Haewon.

"K-kau..." tubuh Haewon mula menggeletar.

𝑯𝒊𝒄𝒌𝒆𝒚 . • kthWhere stories live. Discover now