28 | which one of them ?

615 111 50
                                    

"Kau pasti ingat apa yang aku bagitahu kau dulu tu kan ?" yoona tersenyum sinis. "Jika kau ingin hidup kekal abadi , kau kena buat Haewon jatuh cinta dengan kau dan berakhir dengan makan dia."

Kata kata Yoona terhenti buat seketika. Dia menoleh memandang tepat ke wajah Taehyung yang sedang memandangnya dengan mata yang lemah.

"...itu apa yang appa kau buat dekat omma kandung kau , Kim Tae."

Mendengarkan apa yang dijelaskan Yoona , Taehyung berasa geram dan ingin bangkit dan menumbuk gadis itu namun apakan daya , tubuhnya tersekat di katil itu.

Yoona tersenyum sinis. Dia mendekatkan tubuhnya dengan tubuh Taehyung. Rambut lelaki itu diusapnya lembut. "Jadi... untuk hidup kekal abadi , appa kau dah menghasilkan kau , Kim Tae."

Taehyung mengetap giginya rapat membuatkan rahangnya mula mengeras. Urat uratnya mula tersembul keluar. Mutiara peluh mula kelihatan jelas di dahinya.

Yoona ketawa kecil.

Tubuhnya dijauhkan daripada Taehyung. Perlahan dia mengatur langkah menjauhi katil yang disediakan untuk lelaki itu baring.

"Memandangkan kau terlalu bodoh memilih cinta berbanding kepentingan hidup kau sendiri , aku rasa hanya dengan cara bunuh kau sahaja dah cukup memandai. Sayangnya , Haewon patut saksikan detik detik kematian kau , Kim Tae..."

Yoona kembali ke mesin itu untuk menekan semula butang yang tersedia di atasnya. Supaya darah yang dimiliki Taehyung akan dapat disedut sepenuhnya dan lelaki itu akan mati.

"Mwo ?!"

Yoona yang baru sahaja ingin menekan butang itu terhenti. Pantas dia menoleh dan memandang ke arah Chanyeol di sebelah yang sedang menelefon seseorang. Wajahnya jelas kelihatan begitu tertekan.

"Apahal ?" soal Yoona kasar membuatkan Chanyeol terus menoleh memandangnya.

Bibir bawahnya diketap. Telefonnya pantas sahaja ditutup semula. "Ada gangguan di bawah."

"Dah tu ? Memang kau takde konco konco lain yang boleh uruskan ? Kita ada 80 orang pengikut. Ramai sangat ke gangguan tu ?" balas Yoona dengan nada yang menyampah.

Itu pun nak kena ajar ke ? desis hati Yoona perlahan.

"Masalahnya... hampir 50 orang pengikut kita yang tumpas."

Mata Yoona membulat.

Kepalanya cuba untuk memikirkan berapa ramai gangguan yang tiba dan hebat sangat kah mereka itu sehingga hampir 50 orang pengikutnya yang hebat hebat sudah pun tumpas ?

"Be-berapa orang ?" soal Yoona serius.

Bibir Chanyeol digigit. "Tiga. Hanya seorang vampire dan lagi dua manusia biasa."

Mata Yoona membulat besar. Makin hairan gadis itu jadinya mendengar pernyataan tak masuk akal yang baru sahaja terbit di bibir Chanyeol. Mana mungkin manusia biasa berkebolehan untuk menghapuskan vampire vampire yang lain ???

Dan jikalau itu semua perbuatan seorang vampire itu pula , mana mungkin hanya dengan seorang vampire dapat tumpaskan hampir 50 orang vampire yang lain. Itu semua mustahil !

𝑯𝒊𝒄𝒌𝒆𝒚 . • kthWhere stories live. Discover now