19 | restart the hickey

815 119 13
                                    

. . .

Seorang budak lelaki dalam lingkungan umur 12 tahun duduk bersama kedua dua belah kakinya dipeluk dan dirapatkan pada dadanya. Dengan senyuman yang riang , dia menikmati pemandangan pada malam itu.

Malam yang indah.

Duduk di bawah pokok bertemankan angin yang setia bersamanya sambil menikmati pemadangan malam yang indah. Langit hitam juga bagaikan menyambut kedatangannya. Mempersembahkan jutaan bintang yang tidak dapat diungkapkan betapa indahnya.

Wajah budak itu luka.

Namun tidak lama kemudian , luka luka berdarah yang menghiasi wajahnya tika itu beransur hilang bagaikan terkena magis. Cepat sembuh walaupun lukanya dalam dan berdarah.

Si budak tidak terkejut. Malahan menganggap kejadian yang berlaku kepadanya bagaikan biasa biasa sahaja. Sudah seperti kejadian semula jadi yang akan berlaku kepada dirinya.

Sejujurnya ,

Si budak bukan manusia biasa.

Wajahnya didongakkan semula ke atas. Memandang langit gelap. Yang sudah pun dianggap bagaikan teman baiknya sendiri. Bersama dengan jutaan bintang yang indah. Sudah pun dianggap bagaikan adik beradiknya sendiri.

Hidup sebagai seorang anak tunggal bukanlah mudah bagi si budak.

Dia harus melakukan dengan baik dalam semua perkara walaupun tidak mahir. Dia seharusnya menjadi seorang yang bijak , berdedikasi dan sempurna dalam semua perkara.

Dunia langsung tidak mengizinkannya untuk menjadi dirinya yang sendiri.

Sebaik sahaja wajah si budak bersih dan licin tanpa sebarang luka mahupun darah , si budak mula melepaskan keluhan yang berat. Maknanya sudah sampai waktunya untuk dia pergi meninggalkan tempat rehatnya.

Dia harus masuk ke dalam rumah bagi menghadap kedua ibu bapanya semula.

Baru sahaja si budak bangkit daripada duduknya dan ingin melangkah pergi , tiba tiba langkahnya terhenti. Tubuhnya terkaku secara tiba tiba. Terasa seperti ada yang pelik dan berbeza di persekitarannya.

Hidungnya.

Terbau akan darah.

Pantas si budak menolehkan kepalanya dan matanya meliar memandang sekeliling cuba untuk mencari punca bau yang kuat itu. Bau yang cukup menyenangkan bagi para vampire sepertinya walaupun di usia yang muda.

Bau makanan mereka.

Tatkala si budak ternampakkan sekujur tubuh yang terbaring lemah di atas rumput tidak jauh dari tempatnya berada , dalam sekelip mata , matanya berubah warna. Warna merah darah.

Dalam kepantasan kilat , si budak menghampiri tubuh lemah tersebut.

Ianya milik seorang gadis.

Dianggarkan dalam lingkungan 8 tahun.

Masih kecil. Namun si budak langsung tidak kisah. Biarkan kecil ataupun besar , jikalau ada rezeki di hadapan mata , sudah pasti dia akan melahapnya. Lagi lagi di waktu dia sedang tertekan membuatkannya terus merasa lapar.

𝑯𝒊𝒄𝒌𝒆𝒚 . • kthWhere stories live. Discover now