18 | the one you want protect the most became the one you need to fight

731 118 38
                                    

Kereta yang dipandu Taehyung serta merta berhenti di atas jalan raya tatkala Taehyung melihatkan lampu isyarat menunjukkan tanda bethenti.

Sebelah tangannya didaratkan di atas stereng kereta manakala sebelah lagi diletakkan di atas pehanya. Sedang dia menunggu lampu isyarat berubah hijau , matanya meliar memandang sekeliling buat seketika.

"Taehyung-ah !"

Taehyung tersentak.

"Tae-Taehyung !"

Suara tangisan penuh ketakutan seorang perempuan betul betul kedengaran bagaikan di dalam kepalanya.

Kedua belah mata Taehyung membulat. Jantungnya tidak henti berdegup laju bagaikan dia sedang takut akan sesuatu yang dia sendiri tidak pasti.

"To-tolong ...."

Serentak itu kedua dua belah mata Taehyung mula berubah warna merah.

Urat urat biru gelap mula tersembul keluar di bahagian tengkuk dan pipinya.

Giginya pula tiba tiba sahaja tumbuh memanjang dan tajam.

Taehyung mendongakkan wajahnya buat seketika dan memandang tepat di hadapannya. Pandangan tajamnya kelihatan cukup menggerunkan.

Rupanya yang sebenar.

Dan dalam sekelip mata , jasad Kim Taehyung hilang di dalam perut keretanya.

♡♡♡

Haewon's

Perlahan lahan kelopak mata aku dibuka. Pada awalnya , segenap ruang aku kelihatan agak kabur membuatkan kepala aku terasa pusing dan sakit.

Terasa bagaikan baru sahaja dihantuk kepala dengan suatu yang keras.

Perlahan mata aku dibuka semula setelah dipejam buat seketika bagi menstabilkan pandangan aku yang kelihatan agak kabur sebentar tadi.

Mata aku serta merta membulat.

"A-apa yang..."

Tatkala melihat keadaan di sekeliling , seluruh anggota tubuh aku serta merta menggigil dahsyat bagaikan tiada masa untuk aku bertenang langsung.

Aku tak pasti aku berada di mana.

Tapi keadaan di sekeliling aku kelihatan cukup menakutkan. Kelihatan seperti aku berada di kawasan bawah tanah memandangkan dindingnya sendiri diperbuat daripada batu bata.

Ada beberapa obor api yang digantung pada dinding supaya menerangi keadaan tempat ini. Jujur , jikalau tiada obor itu , sudah pasti aku akan terjaga dalam keadaan gelap gelita.

Di hadapan aku terdapat sebuah meja panjang dan banyak kerusi. Seolah olah itu merupakan sebuah meja makan untuk mereka yang berjumlah ramai.

Tapi bukan itu yang merisaukan aku.

Bahkan aku sendiri masih boleh bertahan lagi dengan keadaan tempat itu walaupun gelap , kotor dan begitu asing buat aku yang tidak tahu di mana sebenarnya aku berada.

Tetapi yang lebih menakutkan....

Apabila aku menyedari bahawa aku digantung di atas tiang yang aku tak tahu apa. Aku digantung dalam cara bentuk salib.

𝑯𝒊𝒄𝒌𝒆𝒚 . • kthWhere stories live. Discover now