22 | your own choice

695 109 29
                                    

Kadang kadang ,

Suatu perkara menarik akan berlaku kepada kita tanpa kita sedari dan begitu juga kepada suatu perkara yang buruk. Semuanya datang tanpa kita sendiri tahu.

Dan akan sampai di satu tahap di mana kita menyedari semua itu telah pun kita lalui.

Sejak aku kecil , aku tak pernah diberikan kasih sayang yang secukupnya memandangkan onma dan appa aku terlalu sibuk dan gilakan kerja mereka. Langsung tidak mengambil tahu tentang satu satunya anak perempuan mereka.

Dan disebabkan itu lah , aku cuba untuk memberontak.

Aku buli budak kelas aku , berlaku biadap di hadapan guru dan aku juga seringkali mendapat tempat tercorot di dalam kelas sudah semestinya dalam akademik.

Nak tahu apa yang aku rasa ?

Aku puas. Puas sangat sangat. Buat pertama kalinya , omma dan appa mengunjungi sekolah kerana aku dimaklumkan membuli pelajar lain di dalam kelas aku.

Dan buat pertama kalinya...

Aku dapat merasai kasih sayang dan bagaimana omma aku ambil berat tentang diri aku. Buat pertama kalinya , aku mengalirkan air mata kebahagiaan di hadapannya.

. . .

Ppang !

Wajah aku tertoleh ke tepi. Mata aku membulat besar. Terkejut dengan tamparan kuat secara tiba tiba yang diberikan omma sejurus sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik disiplin.

Mereka yang berada di dalam bilik tersebut turut terkejut dengan tindakan omma. Manakala appa hanya mengalihkan pandangannya sahaja. Langsung tidak membuat apa apa terhadap apa yang berlaku.

"Yah Eun Haewon , mana maruah kau ?!"

Dan itu , ayat pertama yang omma tujukan kepada aku.

"P-puan Eun , Haewon--" baru sahaja guru kelas aku ingin menenangkan omma , appa pantas sahaja menghalang.

Dia menggelengkan kepalanya buat tiga kali kepada guru kelas itu tanda tidak perlu masuk campur dalam urusan keluarga Eun ketika ini. Dan wanita itu hanya mengangguk tanda faham.

Aku ketap bibir rapat.

Jujur , tamparan yang omma berikan kuat sekali. Walaupun pipi aku dah memerah kerana pedih namun entah kenapa aku langsung tak rasa sakit. Aku tak rasa pedih pun.

Sebab tamparan ini... tanda kasih seorang ibu kepada anaknya.

Anak mata omma mencerlung tajam memandang wajah aku. "Aku hantar kau ke sekolah dan ini yang kau buat , ha ?!"

Omma berdecit halus. Kepalanya digeleng buat seketika. Pandangan penuh benci masih setia diberikan kepada aku tanpa langsung terniat ingin mengalihkannya.

"Kau , sejak kau lahir lagi , hidup kau hanya tahu menyusahkan hidup aku je !"

Mata aku sudah mula berair.

"Sepatutnya waktu aku tinggalkan kau waktu kau kecil dulu , kau patut mati sahaja ! Kenapa kau boleh merangkak masih hidup kembali kepada keluarga ni balik ?!"

Aku ketap bibir rapat.

"Aku... tak pernah sesaat pun dalam hidup aku , aku anggap kau sebagai anak perempuan aku."

Wajah aku ditunduk.

"Untuk pengetahuan kau... kau hanyalah kesilapan besar yang aku dengan appa kau lakukan sahaja. Aku tak pernah langsung berniat nak lahirkan kau."

𝑯𝒊𝒄𝒌𝒆𝒚 . • kthWhere stories live. Discover now