Baca yang ini dulu sebelum bedal bab dalam ni woi :v (Kenalah acah-acah gengster sikit masa tulis Nota Penulis ni sebab cerita nikan cerita budak-budak gengster.)
Okey saya sekadar bergurau. Mohon jangan ambil hati. Alright, so hi? Thal di sini. Pertama sekali, saya nak beri amaran yang novel ini dah saya kategorikan untuk golongan yang berumur 16 tahun dan ke atas. Tak, takkan ada scene merepek, merapu, mengarut atau scene haram tapi bahasa-bahasa kesat tu ada. Serta sedikit keganasan. Haha yelah tu sedikit. Maafkanlah saya :'(
Sebenarnya, saya dah edit semula, saya dah cuba untuk mengurangkan bahasa kasar tu tetapi sedikit sajalah yang saya mampu ubah dan buang. Saya tahu rata-rata yang baca novel ni masih muda belia. Masa saya tanya tu ada yang kata umur dia 13 tahun. Fulamak adik, kecik-kecik dah cili berapi.
Firstly, tahniah dik sebab muda-muda lagi dah minat membaca. Teruskan, teruskan. Yang keduanya, adik-adik sekalian jangan terpengaruh eh dengan watak-watak dalam ni. Kalau adik-adik sendiri masih berdegil nak baca juga, hereby I remind you, read at your own risk. Bukan apa, saya cuma takut korang terpengaruh dengan konten buku ini. Itu saja.
Seterusnya, saya nak beri peringatan awal yang Adam tu saya punya jadi jangan beranganlah nak suka dekat dia ya. Nak crush crush bagai ngeee shuh.
Just kidding!
Masa mula-mula baca cerita ni nanti saya memang jamin korang akan ada pening-pening sampai nak hentak kepala dekat dinding sebab-- haa bacalah sendiri kalau nak tahu. Tapi in shaa ALLAH, nanti korang akan faham juga dan mungkin akan menyukai twist dan plot cerita yang saya dah atur sebaik mungkin ni. Maybe la just maybe. (ayat Aly 😆)
*Jangan lupa sediakan sebiji panadol bersama anda.
Akhir sekali, maafkan saya kerana karya saya yang ketiga ini banyak kekurangan dan kecacatannya. Update pun slow halamak kak apa ni kak. Maklumlah, tiada yang sempurna di dunia yang fana ini. Yang jernih kita ambik, yang keruh kita lempar jauh-jauh dari muka bumi ini.
Saya harap sangat korang seronok membaca buku ni, sebagaimana saya seronok menulisnya. Okeylah, saya mengaku sekarang yang masa menulis tu ada jugaklah saya rasa cringe (help) tapi apa nak buat? Cerita ni saya tulis pada tahun 2018. Tu zaman purbakala waktu dinosaur masih lagi belum dihentam ratusan meteor.
Sekarang ni umur saya dah 2*. Angka belakangnya saya rahsiakan atas sebab-sebab tertentu (range umur saya sebenarnya antara 20-26 🙆 ). Saya seronok tahu menulis cerita fiksi remaja walaupun saya dah on the way jadi orang tua bangke ahaks~
Sebelum saya terlupa lagi, terima kasih tak terhingga diucapkan kepada yang rajin komen dan undi. Saya stalk tau profil Wattpad korang. Usha-usha gerangan yang dah banyak berjasa dengan buku ni. Mantap la guys. Teruskan vote, anda telah membuatkan saya berasa sangat gembira! Arigatou gozaimas! :D
Percayalah, sengih saya bila baca komen korang tu pun dah sampai ke telinga. Ibarat saya mendapat mesej dari kekasih hatilah katakan, padahal saya masih single mingle. Sampaikan ibu saya tegur, "eh along kenapa kamu tersengih-sengih ni? Pakwe ke tu?" Itu dia, sampai ke pakwe sekali kena tuduh. Padahal dah cakap kan kita single :v (yelah tu single HAHAHA)
Dan silent readers pun tak terkecuali tau. Teruskan menjadi 'pembaca hantu' yang berjaya 👻. Kalau tak keberatan, share share lah ya dekat kawan-kawan yang lain.
Agaknya itu sajalah mukadimah untuk Nota Penulis ini. Akhir kata, terima kasih kerana memilih buku ini untuk dibaca dan selamat melayari dunia Ein dan Adam 🤍 Saya sayang anda semua muahh. Tanpa anda semua, saya bukanlah siapa-siapa di dunia Wattpad ini.
Sekian.
Your Truly Definitely Absolutely Correction,
Prime She yang tersangat kiut miut (YIKES)
.
.
.
EDIT: Buku ini mula-mula ditulis pada 22 Mac 2018 dan masih belum siap sehinggalah sekarang. Bertarikh Jan 2023 ini, saya telah mengedit dan mengaudit bab-bab yang ada sebelumnya yang berjumlah 28 bab, dan telah memutuskan untuk mengubah hampir 85% daripada konten asal. Untuk pembaca lama, tiada apa yang harus dipeningkan kerana saya hanya ubah kedudukan plot dan bab sahaja. Sekian, terima kasih.
.
.
.
*p/s: Dalam ni tak ada orang nama Hawa.
.
.
.
YOU ARE READING
Dia Raja Buli
Teen Fiction3 | Ruthless Saviour "Sekolah ni walaupun bukan bapak aku yang punya, aku yang paling berkuasa. This is my territory. Sekali kau pijak lantai sekolah ni, kau, dah jadi milik aku." --- Tengku Adam Naufael. Baru sehari aku belajar di SMK Empirik, d...