🌸Part 10 [ Wu suo Wei ]🌸✓

108 20 4
                                    

Flashback

Takeru memandang kubur yang berada di depannya.Tertera nama Takeru Naomi di situ.

" Hidup tu indah sayang..tak semua hidup itu buruk."

Naomi mengelus lembut rambut Takeru yang masih kecil itu.Naomi tahu,Takeru masih kecil.Tapi biarlah...dia hanya ingin mencurahkan rasa yang dirasainya sekarang.

"kenapa Takeru takde ibu?"

Soal Takeru kecil.Naomi senyum.Tubuh Takeru dipusingkan menghadapnya.

"Itu namanya ujian."

Jawab Naomi.

"Ujian??"

Takeru kecil menunjukkan wajah polosnya.

Naomi mencuit hidung Takeru.

"Ujian untuk jadikan Takeru tu seorang yang kuat."

Jawab Naomi lembut.Sayangnya pada anak kecil ini semakin melimpah ruah dari hari ke hari.Kerana kepolosan yang membuatkan dia teringat akan mendiang anaknya dahulu.

Takeru diam.seekan mencari ayat lain.

"Jadi macam sakura...walaupun sakura hidup untuk waktu yang sekejap.Tapi kehilangan dia menjadi bermakna dalam hati manusia."

Takeru menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kenapa cakap pasal sakura pula?Takeru tak faham lah..."

Naomi ketawa geli hati.Lupa...Takahasi Takeru hanya anak kecil yang polos.

"Suatu hari....Takeru akan faham sayang.Dah...waktu untuk tidur."

Takeru sengih menampakkan barisan gigi hadapannya.

Takeru menarik rumput-rumput yang  mula tumbuh ditepi kubur itu.

"Tak adil kan....Bonda tinggalkan Takeru sorang-sorang."

Ucapnya.

"Bonda cakap sakura beri makna yang mendalam kat hati manusia..."

Takeru senyum penuh makna.Dadanya disentuh.

"Sini sakit bonda....Takeru tak tahu nak buat apa dengan perasaan ni."

Luahnya lagi.Mengharapkan agar Takahashi Naomi membalas luahannya seperti selalu.

Takeru bangun.

"Takeru cuba untuk jadi kuat...tapi...andai Takeru turut gugur.Izinkan Takeru bersama Bonda semula."

Ujarnya.

"Bonda...Takeru nak ke Korea buat masa terdekat ni.Bonda jangan risau ok.Takeru dah besar...."

Takeru mengeliat.Senyuman manis terukir dibibirnya.

"Doakan Takeru untuk mekar sekali lagi...."

Takeru memberikan kucupan hangat pada batu nisan Naomi.

'Arigatou...'

Ucapnya dalam hati.

Akhirnya tempat itu ditinggalkannya sendirian .

END FLASHBACK

(TT)Tq supporting me.....lopppp u ollZ...

🌸-SAKURA BOY-🌸 [ Complete ]✓Where stories live. Discover now