Pagi itu,Ji Hyo pergi ke sekolah awal sedikit.Alasannya kerana ingin melihat wajah-wajah pelajar yang lewat datang ke sekolah.
" Yo. "
Langkah Ji Hyo terhenti.Kelibat Takeru berada di depannya.Ji Hyo mengerutkan kening.
" Ohayo....?"
Lelaki itu smirk.Ji Hyo peluk tubuh.
"Kalau awak fikir nak buli ,saya rasa awak dah salah orang."
Ujar Ji Hyo tegas.Dia tiada mood nak berdalih dengan budak baru ini.
Takeru ketawa.Rasa geli hati pula.
"Kalau ye kenapa?"
Cuba berdolak-dalik.
Ji Hyo smirk.
"Jangan nak pandang saya sebelah mata budak baru."
Takeru ketawa lagi.Kali ini lebih kuat.
"Woo Aku takut."
Ucapnya.Ji Hyo geleng kepala lalu cuba melintasi lelaki itu tetapi beg sandangnya ditarik sehingga langkah Ji Hyo terhenti.
"Aku nak cakap something."
Soal lelaki itu.Ji Hyo peluk tubuh.
"Let me go first."
Takeru senyum lalu melepaskan pegangannya pada beg Ji Hyo.Ji Hyo toleh belakang .
"Nak cakap apa?"
Soalnya.
Takeru memasukkan kedua-dua tangannya didalam poket seluar.
"Aku nak tau kenapa aku kena ikut cakap kau?Rasanya aku tak pun pernah buat masalah sejak aku datang kat Korea ni?"
Ji Hyo diam.Mencari alasan yang sesuai.Begitu pula Takeru yang setia menunggu jawapan dari perempuan itu.
"Sebab awak chingu saya dan saya chingu awak."
Jawab Ji Hyo.Takeru terkedu.
"Sebagai chingu saya kena tolong awak perbaiki hidup awak.Yes macam awak cakap kelmarin.Sebab satu kesalahan seribu kebaikan dilupakan."
Ji Hyo berhenti sekejap.
"Jadi awak kena perbaiki hidup awak..."
Sambungnya.Tapi tidak lama kemudian Ji Hyo smirk.
"Saya harap tu bukan jawapan sebenar yang awak nak dengar dari mulut saya."
Takeru mengerutkan kening.Ji Hyo menghampiri Takeru.Jari telunjuk Ji Hyo menunjuk ke arah dada Takeru.
"Reason yang awak nak tau tu ada kat diri awak sebenarnya.Kenapa awak kena ikut cakap saya?kenapa awak dalam list pelajar masalah tu."
Ujar Ji Hyo sinis.Takeru memegang pergelangan tangan Ji Hyo kuat.Matanya tepat memandang ke arah anak mata perempuan itu.
"Bila orang yang kita sayang tiba-tiba dibuli.Kemudian,kita sebagai orang penting dia just goyang kaki tak buat apa-apa...lepas tu bila kita cuba menuntut bela tapi kita disalahkan.Di pandang hina dan jijik.Dan bila orang yang kita sayang tu dah pergi..."
Takeru diam.Kemudian dia smirk.
"Aku harap tu bukan Reason kenapa kau listkan aku dalam pelajar bermasalah."
Tangan Ji Hyo dilepaskan kemudian dia berlalu dari situ.
Ji Hyo tergamam.Mencernah setiap ayat yang keluar dari mulut lelaki itu.
'apa maksud dia?'
YOU ARE READING
🌸-SAKURA BOY-🌸 [ Complete ]✓
DiversosKisah tali persahabatan antara Song Ji Hyo dan Takahashi Takeru. Pohon sakura menjadi saksi. Dihadapannya permulaan,dan dihadapannya juga pengakhiran. 🌸🌸🌸