🌸 part 21[ Meet another Sakura] 🌸✓

46 11 3
                                    

Hujung minggu...

Takeru yang sedang duduk di salah satu kerusi di Taman permainan itu terpandang susuk seseorang yang amat dikenalinya.

Senyuman terukir di bibir merah itu.

Takeru peluk tubuh sambil matanya tetap fokus pada gadis yang sedang bermain basikal bersama seorang anak kecil.

Song Jihyo. Jujur saja sejak akhir-akhir ini dia sangat selesa berasa di samping gadis itu. Walaupun dia masih dianggap pelajar bermasalah namun perasaannya mengatakan bahawa jihyo tidak pernah beranggapan sedemikian.

Mungkin kerana kisahnya membuatkan gadis itu berubah fikiran?

Atau mungkin....

Asyik fikirannya memikirkan hal yang mustahil tiba-tiba anak mata mereka bertembung, Takeru melambai tangan.

Dan gadis itu menghampirinya bersama anak kecil itu.

" Sorang je ke?"

Soal gadis itu.

" Tak...ngan dongsaeng aku."

Jawab Takeru sambil mencubit pipi gebu anak kecil itu. Ingatannya terimbas ketika Yuta masih kecil. Pipi tembam itu asyik menjadi sasarannya.

" Yuta?"

" Emm..."

Jihyo mengambil tempat duduk di sebelah Takeru. Anak kecil bernama Hoshi itu diletakkan di atas pahanya.

" Ahjumma nak aiskrim.."

Rengek Hoshi.

Takeru yang mendengarnya ketawa kuat.

Jihyo memandangnya tajam.

" Ahjumma?....memang sepadan lah ngan kau...buwahahahahha.."

Gelaknya.

Jihyo cuma bagi jelingan maut.

" Nak aiskrim? Tapi ahjumma tak bawak duit la..."

Nak tak nak, Jihyo gelarkan juga dirinya Ahjumma. Lagipun, memang sejak dulu Hoshi mengelarnya begitu dan itu juga sudah menjadi kebiasaannya.

Hoshi tarik muncung. Takeru menongkat kepalanya dengan tangan sambil memandang insan-insan "comel" itu.

" Adik nak aiskrim?"

Kelibat Yuta yang datang secara tiba-tiba menarik perhatian Jihyo.

Hoshi angguk kepala. Matanya tidak lari dari memandang sebatang aiskrim di tangan Yuta.

Yuta pandang Takeru. Takeru angguk kepala.

"Nah....ni untuk adik.. Tapi untuk ahjumma takde."

Yuta sengih. Jihyo buat muka selamba.

Bukan dia mintak pun. Tak heranlah dengan aiskrim je!

" Gumawo...."

Ucap Hoshi kecil. Yuta senyum dan mencubit pipi tembam itu.

" Okaylah....saya gerak dulu. "

Jihyo bangun.

" Eouh...."

Jawab kedua-dua lelaki itu serentak.

" By the way...thank you untuk aiskrimnya ye ahjushi sekalian. "

Jihyo sengih lalu beredar.

Takeru mengukir senyum.

" Are you like Jihyo nuna?"

Yuta serkap jarang. Melihat abangnya yang asyik mengukir senyuman membuatkan dia buat kesimpulan sendiri.

" She's my friend Yuta...."

Jawab Takeru. Yuta mencebik kemudian mengambil tempat duduk.

" Jangan nak tipu sangat lah. Your eyes only see her right now..."

Ujar Yuta. Takeru ketawa geli hati.

" Entah dari sudut pandangan mana kau tengok mata aku ni pun aku tak tau...but just one aku dapat simpulkan. "

Takeru memandang belakang gadis yang kian menjauh itu.

" Dia macam Bonda..."

Ucapnya.

Yuta diam.

Seperti instingnya tidak pernah salah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
slow update...sorry2....🌸🌸🌸🌸

🌸-SAKURA BOY-🌸 [ Complete ]✓Where stories live. Discover now